We are all dreamers wanting to be completely out of touch with reality

Ibu , Kaulah Yang Terindah

Assalamualaikum . Selamat pagi dunia .



Harini Ahad yang bertarikh 12 Mei 2013 . Hari Ahad ni jugak merupakan hari yang special buat ibu-ibu atau bakal ibu dekat seluruh pelusuk dunia . Tahu kan hari special tu hari apa ? Mestilah tahu kan . Setiap tahun , 2 minggu dalam bulan Mei , kita akan menyambut hari special tu . Tak lain tak bukan Hari Ibu . Hari ni mesti ramai yang bawak ibu masing-masing pergi mana-mana kan . Takpun belikan hadiah untuk dia . Gembiralah hati si ibu tu . Ada sesetengah orang tu akan lebih tunjuk yang dia betul-betul hargai ibu dia masa tibanya hari macam ni lah . Macam-macam yang dibuat nak tunjuk betapa dia hargai orang yang telah bersusah payah lahirkan dia . Sangat bagus sikap macam ni . Ada usaha nak menghargai ibu tersayang daripada takda langsung . Tapi , kita kena ingat , nak hargai ibu , bukan ibu sajalah ayah jugak sama , bukannya kena tunggu hari special macam ni baru kita berlumba-lumba dengan adik-beradik kita yang lain siapa yang lebih hargai diorang . Masa hari biasa pun boleh . Sebelum aku bercerita pasal seorang ibu ni , moleklah sekiranya aku bagi maksud ibu , emak , umi dan mama mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat . Tengok tu betapa rajinnya cari maksud ibu , emak , umi dan mama . Kahkah k :)

IBU - 1) Orang yang telah melahirkan kita . 2) Panggilan hormat terhadap wanita yang telah berumur atau wanita yang bersuami .

EMAK - Orang yang melahirkan seseorang . 

UMI - Ibuku . 

MAMA - Ibu .

Tak kiralah antara ibu , emak , umi dan mama , yang mana korang guna untuk panggil orang yang telah mengandungkan korang 9 bulan dan bersusah payah melahirkan korang supaya korang dapat tengok dunia ciptaan Allah , maksudnya semua panggilan tetap sama . Apa yang penting kita kena hormati , hargai dan sayangi ibu kita sepenuh hati kita . Betapa tingginya darjat seorang ibu . Tentu kita semua tahu kan , syurga seorang anak di bawak telapak kaki ibu . Apa kita sanggup nak membutakan hati daripada menggapai syurga yang ada di depan mata kita ? Syurga yang diidamkan oleh semua umat Islam .




Ibu . Jasanya memang tidak mampu kita balas . Dia mengandungkan kita selama 9 bulan . Dengan perut yang semakin membesar , dia tetap tabah menunggu hari kelahiran kita . Dia juga yang melahirkan kita . Dengan kudrat yang ada dalam diri dia , dia gunakan semuanya untuk keluarkan kita daripada rahim dia supaya kita berpeluang melihat dan hidup di bumi Allah . Dia sanggup andai dia terpaksa korbankan nyawa dia hanya kerana ingin bagi kita peluang kita merasai hidup . Betapa besar pengorbanan ibu . Dia juga menangis saat mendengar tangisan pertama kita . Dia menatang kita . Dia menjaga kita daripada kecil hingga besar . Dia yang selalu ada untuk kita . Masih ingat saat kita mula ingin merangkak ? Masih ingat saat kita mula bertatih ? Masih ingat saat kita mula menyebut perkataan 'Ibu' dan 'Ayah' ? Masih ingat saat kita mula pnadai berjalan tanpa bantuan mereka ? Masih ingat ketika kita sakit ? Masih ingat wajah mereka ketika itu ? Ya mungkin ada yang ingat atau tak . Tak hairanlah sebab masa tu kita masih seorang kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa . Aku sendiri pun dah lupa zaman aku masa kanak-kanak dulu . Jangan ditanya aku sama ada aku ingat masa aku berumur 1 tahun . Jawapan aku TAK .

Sekarang kita dah besar . Dah boleh menilai mana yang baik dan buruk . Dah kenal erti kehidupan di dunia ni . Dah kenal siapa yang menghidupkan dan mematikan kita . Dah menghadapi bermacam-macam dugaan sepanjang kita hidup . Kita bukan kanak-kanak seperti dulu lagi yang setiap hari ibu dan ayah kita boleh pantau setiap saat dan waktu . Kita kan sekarang ni dah ada kawan-kawan . Berkawan ataupun bersosial boleh , tapi jangan sampai lupa tanggungjawab kita . Walau besar manapun kita , walau hebat manapun kita , jangan pernah lupakan siapa yang wujudkan kita kat dunia ni . Ibu , dia yang terlebih dulu tahu dan rasa pancaroba kehidupan di dunia . Kita yang masih hidup berbelas tahun kat dunia ni , tak payah nak berlagak sangat macam dah tahu serba-serbi kehidupan kat dunia ni . Masih banyak lagi kita kena teroka . Apa yang kita tahu sekarang ni , belum tentu cukup lagi untuk bekalan masa depan . Cuba tengok ibu kita . Dia nampak tabah kan harungi dugaan hidup ? Itu luaran . Cuba kita fikir dalaman dia pulak . Adakah setabah itu ? Dia tabah sebab taknak tunjuk kelemahan dia depan kita . Dia nak jadi kekuatan untuk kita . Dia nak jadi matang dalam hadapi dugaan hidup . Dia nak jadi contoh yang terbaik untuk kita . Pernah kita terfikir semua tu ?

Sini aku nak cerita sikit pasal ibu aku . For your informatian , aku mempunyai 2 orang ibu . Seorang aku panggil Ibu , seorang lagi aku panggil Aunty . I don't know why my father doesn't ask us to call Aunty with using 'Mama' . Sampai sekarang aku tak berani nak tanya sebab aku rasa semua tu tak penting . Lantaklah panggil apapun , asalkan aku kena hormat dia macam aku hormat ibu . Aku tak malu nak bagitau kat orang yang aku ada 2 orang ibu . Bagi aku , ada 2 orang ibu bukanlah benda yang memalukan . Bukan semua orang dapat rasa apa yang sedang aku rasakan sekarang . Bila dengan kawan-kawan aku , saat diorang cerita pasal family diorang , aku rasa aku special dalam kalangan tu sebab hanya aku yang ada DUA ORANG IBU . Kau ado ? Cuma , aku tak rapat sangat dengan Aunty . Aku paling rapat dengan Ibu ja . Jap jap , meh kita tengok insan-insan tu .





<>




Tadaaaaa ! Maaflah kalau tak jelas sebab aku memang sengaja kecilkan gambar tu . Hahaha k dah . Nampak tak budak kecil yang didukung oleh Aunty ? Haa tulah Adam . Adam si budak buas , comel dan nakal . Anak Anutny hasil dengan ayah aku . Adam bukan adik tiri aku sebab dia datang daripada benih ayah aku . K dah aku bukan bercerita pasal family aku .

Ibu . Nama penuh dia Shaharul Bariah bt. Saad . Ibu aku sentiasa nampak muda weh even umur dia dah 40 lebih ! Kalau aku jalan dengan dia , mesti orang akan ingat Ibu ni kakak aku takpun kawan aku . Aku macam -_____________________-" okay fine . Hahaha lawak pun ada . Memang dah jadi kebiasaan pada aku bila keluar dengan ibu . Orang akan pandang then kalau jenis tak malu mesti akan tegur bertanya . Aku layankan jelah even masa tu aku dah tak tahan nak gelak . Nak tahu rahsia dia ? Boleh tanya dia sendiri . Badan aku dengan badan ibu sama je . Selalu kongsi baju dan tudung dan shawl . Sehati sejiwa lah katakan . Syok oh dapat kongsi barang ni . Well , sharing is caring , right ? Ibu tak kerja . So , masa dia banyak dihabiskan kat rumah bersama adikku , Danish . Aunty . Nama dia Mashitah Ahmad . Orang Sungai Petani . Aku tak tahu la kenapa aku selalu rasa excited terlebih bila setiap kali Aunty ajak pergi rumah ayah dia . Hahaha -.- pelik pulak aku rasa . Yeke Syaza ? Haha k taktau . Lalalala .  Umur berapa aku tak tahu . Ini memang tak patut . Ahaks~ aku mana pernah ambil tahu :( eleh konon je muka codeh tu . Tapi aku rasa bawah 30 . Okay dah diam semua tutup mulut tu jangan biarkan terbuka . Aunty kerja dengan ayah aku . Ayah aku kan buka kedai sendiri . Kedai ayah aku pun umpama rumah kedua aku . Kalau ibu ada Danish , Aunty pulak ada Adam !

Ibu . Dia selalu ada untuk aku . Seriously , masa aku form 1 , aku tak rasa ibu berhak tahu masalah aku . Yes , itu pada pemikiran masa form 1 . Tak guna betul otak aku pada zaman tu -.- aku suka simpan masalah or rahsia aku masa tu . Semuanya aku luah dekat blog je takpun diari . Bila aku form 2 , aku macam nak je beritahu ibu tentang masalah aku , but aku takut weh ! Aku fikirkan apa reaksi ibu bila dengar apa yang aku nak ceritakan kat dia . Aku pernah couple dengan sepupu sendiri . Ini yang aku nak geli bila teringat balik . Macam manalah boleh tersangkut dengan sepupu sendiri . Haishh =.= dan ibu aku tahu pasal ni . Tupun sebab kantoi message dalam handphone . Memang aku kena disoal siasat habis-habisan ah masa tu . Sepupu aku tu buat bangga ibu aku tahu . Yang aku ni cuak tak sangga ! Sengal gila . Masa form 2 , aku paling banyak bergaduh dengan orang . Lepas dengan orang ni , orang tu pulak , lepas tu berganti dengan orang lain pulak . Wa dulu gangster comel sekolah k :p hahaha dah Syaza dah . Aku couple dengan orang lain . Pakcik pendek yang buat aku rasa untuk kali pertama nak terlucut jantung ni haa bila dengan dia . Inipun ibu tahu jugak . Aku tak ingat camna boleh kantoi . Haiyo haiyo -.-

Form 3 . Tahun 2012 . Tahun yang aku takkan lupa dalam hidup aku . Banyak betul pengajaran aku dapat masa tahun tu . Aku dah berubah beb ! Aku masih ingat masa aku ada perselisihan faham dengan orang tu . Aku memang perlukan seseorang masa tu untuk dengar segala luahan aku . Entah macam mana , malam tu , Ibu masuk dalam bilik aku and gaya aku tidur letakkan bantar atas muka buat dia tarik bantal tu and nampak aku menangis . Dia tanya kenapa . Aku geleng kepala sambil usap airmata . Dia tanya lagi . Aku tunjuk text seseorang dekat ibu . Ibu suruh aku tidur dan jangan layan sangat benda remeh macam tu . Esok tu pulak , aku cerita semuanya dekat Ibu . Semuanya . Start hari tu , aku dah mula cerita kat ibu macam-macam apa yang dah jadi dalam kehidupan aku . Ibu tahu dengan siapa aku texting . Dengan siapa aku berkawan . Ibu kenal pakcik tu . Ya , ibu paling kenal pakcik tulah sebab aku selalu cerita kat ibu pasal dia . Kahkah , sorry pakcik pendek comel~ rasa janggal pula bila guna balik panggilan tu . Ibu pun tahu pasal entry yang dia buat ! Muahahaha semuanya disebabkan aku yang bercerita :D aku ni kan jenis kepoh sikit kadang-kadang . Apa saja benda yang buat aku teruja , mesti aku akan cerita kat orang .

Kesimpulannya , terima kasih Ibu sebab selalu ada untuk akak . Terima kasih jaga akak daripada akak kecil sehinggalah akak besar . Comel kan anak dara Ibu sekarang ni ? Wkwkwkwk xD anak siapalah kan ? Terima kasih selalu bagi nasihat dekat kami adik beradik . Terima kasih sebab sanggup membawa akak dalam perut ibu selama 9 bulan dan bersusah payah melahirkan akak . Terima kasih sebab selalu basuh baju akak :) okay ini memang dah kantoi wakakaka . Terima kasih selalu masak untuk kami adik-beradik . Terima kasih kerana menjaga kami dengan penuh kasih sayang . Jasa Ibu memang takkan mampu kami balas . Kekalkan kecantikkan Ibu because anakmu yang comel ini nak mewarisi segala kecantikkan tu . Hikhik ^_^ suka hati aku je . Kami semua saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang ibu !!!! xx








My mother is a woman like no other . She gave me life , nurtured me , taught me , dressed me , fought for me , held me , shouted at me , kissed me , but most importantly loved me unconditionally . There are not enough words I can say to describe just how important my mother was to me and what a powerful influence she continues to be . Ibu , I LOVE YOU .


No comments:

Post a Comment

Drop your messages here.

All Right Reserved By SYZASYZWNA