We are all dreamers wanting to be completely out of touch with reality

Aku , Kau Dan Mereka Part 3

Assalamualaikum .

Korang tengah buat apa tu ? Facebooking ? Tweeting ? Blogwalking ? Reading ? Tak tengok Muzik-Muzik ke ? Aku pun tak tengok sebab leka dok tweet . Dengar diorang semua tu nyanyi dah la . Okay now , aku just nak buat sambungan cerita rekaan aku tu saja . Takda idea nak merepek malam ni . Aku tak tahu la . Bengang dengan Facebook dengan line internet dengan laptop . Grrrrrr , memang menguji kesabaran aku . Hope blog ni tak buat aku bengang pulak . Facebook tu dah kenapa ? Taknak bagi aku online dah ke hape ? Sedih betul . Dah la , awak pergi baca saja sambungan cerita tu . Kang aku taip banyak-banyak , macam-macam yang terkeluar nanti 








“Heyy! Heyy! Apa ni?! Korang dah kenapa? Apa kena-mengena news korang dengan aku sampai suruh aku buat muka comel pulak ni?” bertalu-talu soalan yang ditanyakan Damia kepada Fiqa dan Liyana. Damia kelihatan agak bingung dan blur. Penyakit apa dekat tandas sana yang menghasut diorang berdua ni? Eqin, Hanim dan Nana juga tidak mengerti kenapa Fiqa dan Liyana tiba-tiba bertindak sedemikian. 

“Newsnya ialah japgi Asyraf and the geng nak lalu sini. Kelas diorang tadi nak habis dah masa kitorang lalu depan kelas dia. Hehe, saja ja lalu depan kelas form 5. Then, masa kitorang dah sampai tangga terakhir nak turun, kitorang dengar suara-suara budak form 5 macam dah habis kelas. Aku apalagi, terus tarik tangan Fiqa and lari turun bawah semata-mata nak sampai cepat kat korang!” terang Liyana panjang lebar. Liyana juga mengaduh kepenatan kerana terpaksa berlari laju hanya untuk menyampaikan berita itu kepada Damia. Fiqa juga begitu. Kawan-kawan mereka yang lain mengangguk faham dan kemudiannya ketawa. Gelak tu nak kenakan aku apa. Detik Damia dalam hatinya. Yelakan, orang kesukaan Damia sebentar lagi akan lalu depan tempat mereka sedang duduki sekarang. 

“Ehh! Ehh! Tu diorang! Weyy, cepat! Buat sembang macam biasa. Control ayu beb control ayu. Hahahahaha, Damia yang penting,” Nana memberitahu kawan-kawannya sambil jarinya menunjuk ke arah sekumpulan kawan-kawan Asyraf. Mereka segera mengambil tempat masing-masing dan berpura-pura bersembang seperti biasa dengan harapan agar Asyraf mahupun Khairi akan menegur mereka. Fiqa dan Liyana yang ketika itu sedang menahan ketawa mereka terpaksa menyembunyikan sedikit muka mereka supaya mereka tidak melepaskan larva ketawa mereka.

“Woi Fiqa, sejak bila jadi malu-malu kucing depan dengan aku and the geng haa? Liyana pun sama. Sembunyi tu kenapa?” tegur Khairi setelah dia perasan akan kelakuan Fiqa dan Liyana. Khairi, Asyraf dan kawan-kawan mereka berhenti berdekatan dengan tempat yang diduduki oleh Fiqa dan kawan-kawannya. Fiqa dan Liyana tersentak lalu mengangkat muka mereka.

“Ape? Eee, takde masa nak malu-malu depan abang-abang sekalian yer. Aaa mana ada kitorang sembunyi. Kitorang tengah aaaa tengah tengah haaaa! Tengah check belakang badan diorang ni ja. Kan Liyana kan?” sangkal Fiqa. Fiqa tergelak sedikit. Fiqa menghantar isyarat mata ke arah Liyana.

“A’ah, betul tu. Mana ada kitorang sembunyi. Tak hingin la nak main hide and seek dengan abang-abang sekalian yer. Taktau la kot ada sorang tu teringin. Kahkah,” Liyana menyetujui kata-kata Fiqa dalam masa yang sama memerli Damia. Kawan-kawannya terus tergelak sebaik sahaja Liyana berkata begitu. 

“Amboi korang, kenakan geng sendiri nampak. Ni kelas takde ke?” tanya salah seorang kawan Khairi dan Asyraf, Izzat. Izzat juga tergelak semasa mendengar Liyana berkata begitu. 

“Entah korang ni, kelas takde ke? Seronoknya diorang dok melepak lagi. Mana reti tengok jam dah,” sampuk Khairi dalam nada memerli. 

“Kelas? Ohh kelas, 5 minit sebelum kelas start, baru kitorang masuk. Rilek der,” Hanim membalas pertanyaan mereka. 

“Khairi, kalau kau layan geng ni, sampai esok pagi pun takkan habis. Dah la, jom pergi kantin. Perut aku dah berdendang,” ajak Naim sedari tadi diam sahaja tiba-tiba bersuara sambil memegang perutnya. Sempat juga Naim menjeling ke arah Fiqa dan kawan-kawannya. 

“Makan je kerja kau. Sabarlah. Rehat kita masih ada banyak masa lagi,” balas Asyraf yang tadi juga mendiamkan diri. Asyraf menepuk-nepuk bahu Naim. Khairi, Izzat dan Haziq turut mengiakan kata-kata Asyraf sebentar tadi. Naim mengeluh. Mukanya dimuramkan sedikit. Fiqa dan kawan-kawannya sedikit rasa geli hati melihat kelakuan Naim.

Dalam keadaan sebegitu, Damia masih sempat lagi mengambil kesempatan merenung ke arah wajah Asyraf. Damia mula mengingati saat-saat pertama kali dia dan Asyraf berjumpa dan sekaligus berkenalan antara satu sama lain. Ketika itu, Damia masih berada di tingkatan 1, manakala Asyraf pula berada tingkatan 3. Asyraf yang ketika itu sedang ralit bersembang dengan rakan-rakannya sehingga tidak menyedari Damia berada di hadapan laluannya bersama rakan-rakan Damia yang lain, secara tidak sengaja terlanggar Damia lalu menyebabkan tudung sekolah Damia terkena tumpahan air yang dibawa oleh Asyraf. Masing-masing terkejut terutama Damia yang menahan rasa malu apabila terdapat beberapa murid yang lalu di situ. Asyraf segera memohon maaf dan menjelaskan bahawa dia tidak sengaja dan tidak ternampak Damia. 
Damia tidak berkata apa-apa. Damia melihat ke arah tudungnya yang terkena tumpahan air milo tersebut. Ya Allah, banyaknya. Boleh hilang ke tak ni? Damia berkata di dalam hati. Ada juga Liyana dan Eqin menanyakan dia okay atau tidak. Tetapi soalan itu tidak dijawab oleh Damia. Damia segera berlari ke tandas untuk mencuci tumpahan air tersebut walaupun dia tahu kesannya pasti ada. Seminggu selepas kejadian itu, Damia menerima sekeping kad comel berwarna biru dan di dalamnya tertulis ayat ‘I’m sorry. Saya betul-betul tak sengaja. Please? Tak baiklah marah lama-lama, nanti muka cepat tua :P’. Damia terus tersenyum ketika membaca ayat tersebut. Liyana yang menyedari perbuatan Damia dan terlihat kad itu di tangan Damia terus merampasnya daripada tangan Damia. Liyana turut menunjuknya kepada rakan-rakannya yang lain. Mereka mula mengusik Damia dan mengatakan Damia begitu bertuah kerana mendapat pemohonan maaf seperti itu. Tambahan pula, senior hot yang bagi pulak tu. Wahh, beruntung badan!

Setelah mengetahui nama Asyraf dan juga kelas Asyraf, Damia meninggalkan nota kecil di bawah meja Asyraf yang tertulis ‘It’s okay. Tak sengaja kan? Just forget it ’. Selepas itu, hubungan Asyraf dan Damia semakin baik. Begitu juga, kawan-kawan Asyraf dan kawan-kawan Damia. Perhubungan itu terbina begitu baik. Selama berkawan dengan Asyraf dan kawan-kawannya, mereka mendapati bahawa Asyraf dan kawan-kawannya ialah senior yang baik, peramah, bertanggungjawab, caring, kelakar dan kadang-kadang nakal juga. Mereka begitu senang dengan Asyraf dan kawan-kawannya. Damia menyedari yang dia sudah jatuh hati kepada Asyraf setelah mereka berkawan selama 5 bulan. Perlakuan Asyraf yang membuatkan Damia menyimpan perasaan terhadap Asyraf. Asyraf benar-benar membuatnya resah dan ada kalanya tersenyum sendirian apabila memimirkan Asyraf. Damia sudah berusaha untuk membuang perasaan itu. Tetapi, semakin dia mencuba, semakin kuat perasaan itu datang sampailah sekarang. Perasaan itu masih bersama dia. Mengenali Asyraf merupakan benda yang terbest dalam hidup Damia. Damia mengukir senyuman tanpa disedarinya.

“Ehem ehem. Hai cik Damia, dah berangan sampai ke negara mana ehh? Amboi, siap senyum senyum lagi. Berangankan siapa?” Nana menegur Damia sambil memetikkan jarinya di hadapan muka Damia. Damia sedikit tersentak dan fikirannya segera kembali ke alam nyata. Err, kenapa semua orang pandang aku? Detik hati Nana. Damia meraba mukanya dan selepas itu dia beralih pula kepada tudungnya. Damia serta-merta menjadi gelabah apabila terpandang ke arah Asyraf yang ketika itu sedang melihat ke arahnya. Kawan-kawannya yang perasan akan situasi tersebut mencuba menahan ketawa, tetapi itu untuk seminit dua. Terletus juga ketawa mereka di hadapan Asyraf, Khairi, Izzat, Naim dan Haziq. 

“Korang ni dah kenapa tetiba gelak pulak? Korang ni kan, tak habis-habis mengusik Damia. Kesian Damia. Dah lahtu,” Khairi bertanya dalam nada menegur perbuatan mereka. Khairi juga kadang-kadang hairan akan junior-junior mereka itu. Suka sangat menyakat Damia dan suka sangat ketawa secara tiba-tiba. 

“Aku penat tengok diorang ni. Suka gelak tiba-tiba. Seram aku. Jom ahh weyy! Pergi makan lagi bagus daripada layan minah sewel macam diorang ni,” keluh Haziq. Belum pernah lagi Haziq berkenalan dengan junior seperti mereka. Ini boleh dikatakan kali pertama walaupun sebenarnya tidak. 

“Korang taknak sudah! Aku dah lapar ni. Perut aku ni kalau dah lapar mesti diisi sampai kenyang. Kalau tak, gua lemah bro. Lemah,” Naim sengaja melemahkan suaranya. Dia juga sudah tidak sabar untuk menjamah makanan yang dijual di kantin sekolahnya. Perutnya juga sudah lama berbunyi minta diisi.

“Yela Naim. Jom Khairi. Kang membebel lagi orang tua ni. Haha,” sempat juga Asyraf mentertawakan Naim setelah memerli dia. “Korang tu pergi masuk kelas. Rasanya macam dah lewat je. Damia, jangan asyik berangan je. PMR, its just around a corner. Abang ajak makan pun dah tak dengar. K lah, bye juniors,” Asyraf menyambung kata-katanya. Sempat lagi Asyraf meninggalkan sedikit pesanan untuk Damia. Asyraf menghadiahkan sebuah senyuman untuk mereka sebelum meninggalkan mereka. Damia agak terkejut dengan pesanan Asyraf sebentar tadi. Betulkah dia mengajak aku makan tadi? Betulkah? Damia tertanya-tanya sendirian. Asyraf sudah mula membuatkan Damia resah.

“Tulah. Tadi masa abang sayang ajak pergi makan, kau berangan lah lagi. Apa dia cakap kat kau pun, kau langsung buat tak tahu. Dah tu, terang-terangan kitorang nampak kau merenung ke arah muka Asyraf. Ahai, nasib tak kantoi dengan geng diorang tu tau!” beritahu Fiqa seperti mengagak apa yang difikirkan oleh Damia sebentar tadi. Mereka mula membuka langkah untuk ke kelas. 

“Aku bukannya buat tak tahu. Aku memang tak dengar langsung. Hmm, aku tengok muka dia, aku terus teringat balik first time aku dengan Asyraf bertembung and kenal sampai harini. Tak sangka pulak korang perasan. Ya Allah, malunya!” Damia melepaskan keluhannya sambil menutup mukanya dengan telapak tangannya. Di dalam hatinya, Damia turut mengutuk dirinya kerana bersikap terlalu cuai. Rasa hendak menjerit pun ada. Bertahanlah hati. 

“Dah dah. Takde benda yang nak dimalukan lagi. Aku pasti diorang tak perasan pun kau tengok muka Asyraf. Tapi, kalau Asyraf, aku tak tahu lah. Lantak ahh! Rilek beb. Rilek,” Eqin cuba memujuk Damia. Eqin tahu Damia pasti sedang berlawan dengan perasaan resahnya. Kalau dia berada di tempat Diana, sudah pastilah dia turut berasa sebegitu. Hati mana yang menjadi keruan apabila setiap hari pasti terserempak dengan ‘buah hati’. 

Damia perlahan-lahan menghirup udara lalu melepaskannya secara perlahan-lahan. Dia berasa sedikit lega. Benda dah jadi. Biarkan saja. Mereka meneruskan langkah ke kelas dengan harapan agar guru mereka belum lagi memulakan pembelajaran. Mereka sedar yang mereka sudah lewat. Apabila sampai di tepi pintu kelas mereka, dengan perasaan yang berdebar-debar mereka mengetuk pintu kelas lalu melangkah masuk ke dalam kelas. Mereka berasa lega kerana guru mereka hanya meninggalkan kerja untuk mereka. Guru mereka juga tidak perasan tentang ‘kehilangan’ mereka di dalam kelas. Maklumat tersebut diperoleh daripada ketua kelas mereka. Mereka terus menuju ke tempat masing-masing dan memulakan kerja yang ditinggalkan oleh guru mereka. Sesekali fikiran Damia terganggu apabila terkenangkan si Asyraf. Liyana pula tidak habis-habis menyakat Damia dengan bernyanyi. Fiqa pula sekejap senyum sekejap tidak. Nana yang menyedarinya terus menegurnya dan menyatakan bahawa senyuman Fiqa itu pasti ada kaitan dengan ‘budak kesayangan’ Fiqa itu. Fiqa hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Nana hanya mengeluh dan menyambung kerjanya. Eqin dan Hanim kelihatan begitu tekun menyiapkan kerja tersebut. Al-maklumlah, kedua-duanya ingin pulang awal dan tidak mahu menambahkan kerja yang tidak tersiap di rumahnya. 


Pertama kali dia ternampak akan gadis itu, pandangannya terhadap gadis itu hanya biasa-biasa sahaja seperti dia melihat junior-juniornya yang lain. Selepas itu, dia selalu juga akan terlihat gadis itu bersama rakan-rakannya. Gadis itu langsung tidak perasan yang anak muda itu selalu melihat dia. Dia agak tertarik dengan perwatakan gadis tersebut terutama apabila gadis itu tersenyum riang dan ketawa. Pernah sekali dia terperasan akan gadis itu sedang duduk keseorangan di tempat menunggu di dalam kawasan sekolahnya. Mungkin kawan-kawannya sudah pulang maka tinggallah dia keseorang di situ menunggu ayah ataupun ibunya mengambilnya. Anak muda itu ingin sekali menegur gadis itu, tetapi hatinya pula berat untuk melangkah ke arah gadis itu. Malu mungkin. Akhirnya, peluang itu terlepas begitu sahaja. 
Sehinggalah suatu hari, dia sedang leka bersembang dengan rakan-rakannya sehingga tidak perasan akan kehadiran gadis itu bersama kawan-kawannya di hadapan dia lalu terlanggar gadis itu sehingga menyebabkan air milo yang dipegangnya tertumpah di atas tudung gadis itu. Dia dan gadis itu sama-sama terkejut. Dia begitu berasa amat bersalah. Tambahan lagi apabila gadis itu hanya mendiamkan diri apabila dia mengatakan bahawa dia tidak sengaja dan segera memohon maaf kepada gadis itu. Namun, gadis itu hanya berlalu pergi meninggalkan mereka semua. 

Seminggu dia cuba memohon kemaafan daripada gadis itu, namun gadis itu seperti mengelak daripada dia sahaja. Memang menghampakan. Siapakah nama gadis itu? Lagi menghampakan apabila dia tidak terlihat langsung tanda nama pada tudung gadis itu. Dia menanyakan kawan-kawannya kalau kalau terpandang akan tanda nama gadis itu. Dia bernasib baik kerana salah seorang kawannya mengetahui nama gadis itu. Damia Maizara. Dia cuba menjejaki di kelas manakah gadis itu belajar. Akhirnya, dia menjumpai kelas gadis itu serta tempat duduk gadis itu. Keesokan harinya, dia datang awal ke sekolah semata-mata ingin memberi kad kecil berwarna biru tanda rasa bersalah dia terhadap gadis itu. Kad kecil itu ditinggalkannya di dalam laci meja gadis itu. 

Selepas seminggu, dia telah mendapat sekeping kad comel berwarna pink daripada gadis itu pula. Pandai juga gadis itu mencari dia dan kelas dia belajar. Entah mengapa, hatinya menjerit kegembiraan dan dia berasa sangat lega apabila gadis itu telah memaafkannya. Alhamdulillah. Dia tersenyum riang dan semenjak itu dia dan rakan-rakannya menjadi rapat dengan gadis itu dan kawan-kawannya. Dia semakin mengenali hati budi gadis itu. Tapi mengapa sejak tahun lepas lagi iaitu semasa bulan 6, sikap Damia terhadap dia terasa berlainan sedikit. Sedikit? Entahlah, banyak mungkin. Mana Damia yang dulu? Kenapa apabila berhadapan dengan dia, gadis itu selalu mendiamkan diri dan suka sangat menundukkan muka? Dan kenapa wajahnya selalu kemerah-merahan? Semua itu hanya bila dia berada bersama gadis itu. Perangai gila-gila gadis itu akan muncul semula bila dia tidak berada bersama. Dia memandang kad kecil comel berwarna merah jambu disertai dengan bear kecil yang telah ditampal di atas kad tersebut pemberian daripada gadis itu kepadanya. Comel seperti tuan yang memberi kepadanya.

“Assalamualaikum,” 

Asyraf tersentak. Dia berpaling ke belakang. Kelihatan ibunya sedang berjalan menuju ke arahnya. Asyraf segera membunyikan kad itu di bawah bantalnya. Asyraf berlagak seperti biasa walhal sebentar tadi dia sudah jauh termenung. Ibunya tersenyum ke arah Asyraf dan Asyraf membalas balik senyuman itu.

“Asy tak jawab salam mama pun. Jawab sayang, wajib tu,” tegur mama Asyraf, Puan Raudhah.

Asyraf terkedu. “Opps hehe, waalaikumussalam warahmatullah hiwabarakatuh, ibu,” jawab Asyraf salam mamanya sebentar tadi. Dia kemudiannya tersengih sambil mengusap rambutnya.

“Jauh Asy termenung. Teringatkan siapa? Buah hati ke?” Puan Raudhah bertanya kepada anak keduanya itu. Ketika Puan Raudhah ingin ke dapur, dia melewati bilik Asyraf. Terdetik di hatinya ingin mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh Asyraf ketika itu. Sengaja dia tidak mengetuk pintu bilik Asyraf. Asyraf sudah pastilah tidak perasan kerana dia ketika itu sedang sibuk melayan perasaan.

“Pandai la mama ni. Asy tengah termenungkan dan teringatkan bakal menantu mama. Fuhh,” Asyraf sengaja berkata begitu. Dia sekadar ingin mengusik mamanya. Asyraf tahu mamanya mesti berangin kalau dapat tahu Asyraf sedang bercinta di tingkatan 5 ini. SPM yang penting!!

“Asy, kan mama dah kata. No girlfriend waktu ini. Degil la Asy ni. Asy dah tingkatan 5. Sepatutnya Asy kena tumpukan perhatian pada SPM tu. Bukannya pada benda yang takda maknanya lagi ni. Kenapa tak tahun-tahun lepas je Asy bercinta? Kenapa mesti tahun ni? Kenapa? Ingat SPM, Asy,” keluh Puan Raudhah kecewa. Sudah beribu kali dia mengingatkan Asyraf supaya tidak terjebak dengan perkara yang tidak berfaedah itu. Masa Asyraf bukan untuk itu, masa Asyraf ialah untuk SPM. Itu yang penting. Kenapa lah Asyraf degil sangat ni? Dulu, dia tak macam ni pun. Puan Raudhah mengomel di dalam hati. 

“Ape? Hehe, salah ehh? Mama kecewa ke?” selamba saja Asyraf berkata sebegitu. Dia cuba menahan gelaknya. Asyraf sengaja ingin melihat reaksi mamanya. Puan Raudhah memberi jelingan yang tajam kepada Asyraf. Ada ke patut dia tanya soalan macam tu? Salah ler! Kecewa tu memang tersangat kecewa la. Asyraf… Asyraf… 

“Alolo, mama ni serius sangat la. Takkan la Asy nak buat perkara yang mengecewakan mama. Asy mana ada buah hati. Siapalah nakkan Asy ni. Bagai pipit dengan enggang. SPM je kan,” Asyraf memujuk hati mamanya. Asyraf tergelak juga apabila melihat reaksi muka Puan Raudhah. Apelah mama ni. Ada ke patut percaya aku tengah ada buah hati. Nasib baiklah tak kecewa sampai menonggeng. Alamatnya, mampuslah aku! Hati Asyraf berbisik. 

“Mama, kalau ada orang yang berkenankan Asy dan Asy pun berkenankan orang tu, dah lama Asy ajak dia datang rumah and tunjuk kat mama siapa bakal menantu mama. Asy booking dia awal-awal supaya nanti takda siapa boleh kebas dia daripada Asy. Lepastu, Asy nak suruh mama simpan dia ketat-ketat. Jangan kasi orang lain ambik. Dia hak Asy! Hehehe,” semangat Asyraf bercerita kepada Puan Raudhah. Dia pun kalau boleh nak elakkan daripada bermain dengan perasaan di kala masih sekolah ini. Dirinya sendiri pun masih ditanggung oleh mama dan papanya, ada hati nak menggatal dengan anak dara orang. Tapi, kalau nanti dia sudah terpaut dengan mana-mana gadis pada ketika itu, dia akan membuat sepeti apa yang dinyatakannya sebentar tadi.

“Asy ni kan, janganlah buat mama macam ni. Tak syok arr. Bagus bagus, ingat SPM ingat SPM. Syukur banget,” Puan Raudhah berasa sangat lega. Puan Raudhah menampar lembut paha kiri Asyraf.  “Lagi satu, amboi amboi, gatalnya anak mama ni. Sampai nak suruh mama simpan terus. Ingat, orang yang bakal awak bawak datang tunjuk kat mama tu anak dara orang yer. Bukan anak beruang,” Puan Raudhah mengingatkan Asyraf. Puan Raudhah kemudiannya tergelak kecil setelah teringat akan kenyataan anaknya sebentar tadi. 

“Don’t worry. Asy tahu la. Hmm,” Asy memandang bantalnya. Di bawah bantal itu terdapat kad itu. Dan kad itu mengingatkan dia kepada Damia. Ya, Damia. Gadis yang sejak kebelakangan ini semakin pelik perangainya. Tak macam kawan-kawannya yang lain yang suka mengusik gadis itu. Sejujurnya Asyraf mengakui, Damia begitu comel apabila Damia senyum, ketawa dan ketika wajahnya menjadi kemerah-merahan apabila diusik kawan-kawannya. Damia sudah jarang atau lebih tepat sekali  sudah tidak menunjukkan perangai gila-gilanya serta suka ketawa di hadapan Asyraf. Rindukah dia? Ya, mungkin. Rindu.

“Tengok tu, dia termenung lagi. Heyy, anak mama ni ada problem ke? Study okay?” Puan Raudhah menegur Asyraf ketika menyedari Asyraf merenung ke arah bantal milik Asyraf. Puan Raudhah memandang Asyraf dengan penuh rasa prihatin dan berharap agar dapat mengetahui perkara apa yang menganggu fikiran Asyraf.

“Haaa? Ehh ehh, takde apa-apa la. Semuanya okay. Study pun okay. Everything good,” Asyraf segera berpaling ke arah Puan Raudhah. Asyraf menggaru kepalanya yang tidak gatal itu lalu menghadiahkan Puan Raudhah sebuah senyuman. Asyraf tetap berlagak sepeti biasa. Mohon sangatlah Puan Raudhah tidak dapat menghidu apa-apa.

“Betul ni?” Puan Raudhah meminta kepastian. Asyraf hanya mengangguk. 

“Okay lah. Mama keluar dulu. Tapi ingat, kalau ada apa-apa problem, mama selalu ada untuk Asy. Jangan simpan-simpan k? Asy pergi study,” Puan Raudhah meninggalkan Asyraf selepas memberi kata peringatan kepada Asyraf. Itu semua Asyraf tahu. Dah berapa banyak kali Puan Raudhah berkata sebegitu. 


“Tanpamu… Ku kan terlewat. Tanpamu… Ku kan sedih. Kerana kaulah penyelamat… Dan akan sentiasa di hati…”

“Tanpa siapa hah?!” Terkejut Izzat dibuatnya. Izzat mengeluh panjang.

“Dei tambi! Tak reti nak tegur elok-elok ke? Huh!” Izzat mendengus geram. Kedua-dua makhluk itu hanya ketawa sahaja.

“Kenapa? Terkejut ehh? Sorry bro. Bukan main senang kau sekarang ni. Nyanyi untuk siapa tu? Share la dengan kitorang. Hati yang sedang berbunga itu untuk siapa?” Haziq berkata berserta ketawa yang masih berbaki itu. Naim juga turut ketawa apabila Izzat mencukakan wajahnya. Haziq sengaja menyapa Izzat sebegitu rupa. Bukannya Haziq dan Naim tidak tahu yang Izzat tidak suka orang menganggu moodnya ketika dia sedang menyanyikan lagu-lagu cinta ataupun jiwang. Asyraf dan Khairi juga sudah maklum akan perangai Izzat yang satu itu. 

“Suka hati aku la nak nyanyi untuk siapa pun. Orang tengah sedap-sedap nyanyi, dia datang kacau pulak. Korang je? Mana Asyraf dengan Khairi? Aikk, tadi pergi bersama, sekarang pulang tak bersama pulak,” pantas Izzat menyoal Haziq dan Naim. Izzat malas hendak melayan soalan Haziq itu. Sibuk je aku nak nyanyi. Huh, spoil mood aku nak melayan perasaan. Izzat membetulkan tempat duduknya sementara anak matanya tercari-cari kelibat Asyraf dan Khairi. 

“Tengah syok bersembang dengan juniors kesayangan diorang dan kita” jawab Naim.

“Juniors kesayangan kita? Maksud kau, geng form 3 yang rapat dengan kita tu?” soal Izzat. Haziq dan Naim serentak mengangguk. “Semua ke? Takkan semua kot. Amboi, berjalan sungguh diorang. Tak reti nak sedar ke apa PMR nak dekat dah,” Izzat bertanya lagi mendapat kepastian. Geng yang dimaksudkan mereka, sudah pastilah ditujukan untuk Fiqa, Nana, Eqin, Damia, Liyana dan Hanim. 

“Fiqa, Nana dan Liyana ja. Kau bukannya tak tahu Asyraf dengan Khairi. Kalau dah mula bersembang dengan diorang bertiga tu, hmm memang ke laut la jawabnya. Seronok sangat menyembang. Kalau kau nak tahu, aku dengan Naim pun tadi dah dibuai keseronokan bersembang dengan diorang. Nasiblah si Khairi suruh kitorang masuk kelas dulu. Diorang punya gila-gila, sampai esok pun takkan habis kalau dilayan,” terang Haziq. Tadi, dia, Naim, Asyraf dan Khairi pergi ke koperasi hanya ingin melepak sahaja. Izzat dah diajak ikut bersama, tetapi dia menolak. Masa perjalanan balik ke kelas, bertembung pula dengan Fiqa, Nana dan Liyana. Ingatkan setakat tegur-menegur antara satu sama lain sahaja, alih-alih mereka terlajak sembang pula. Tambahan pula, Asyraf dan Khairi suka sangat melayan ketiga-tiga gadis itu. 

“Betul tu. Sebab tu lah yang kitorang je masuk kelas dulu. Tu baru bertiga, bukan berenam lagi,” Naim membenarkan kata-kata Haziq sebentar tadi. 

“Biarlah. Kita pun dah kenal diorang 3 tahun,” Izzat berkata perlahan.

“Jujur aku cakap, aku suka gila dan tersangatlah suka berkawan dengan diorang. Best! Bagi aku, diorang semua natural. Sifat diorang sifat semulajadi, bukan sifat yang dibuat-buat. Sifat gila-gila diorang tu yang buat kita makin rapat tau tak,” Izzat berkata lagi dengan penuh kejujuran dan penuh rasa yakin sekali. Izzat mengakui sendiri kata-katanya di dalam hati. 

“Err, bukan kau pernah rasa meluat dan rimas ke dekat geng tu? Bila pulak perasaan kau kat diorang semua berubah ni? Diorang tu kan menjengkelkan bagi kau,” Haziq berkata perlahan-lahan. Seharusnya, Haziq terkejut mendengar pengakuan Izzat sebentar tadi. Baru hari ini, Izzat memberi pandangan yang jujur terhadap Fiqa dan kawan-kawannya. Kenapa sebelum ini tidak pernah sekalipun dia berkata begitu? 

“Yala. Aku pun sama jugak macam kau. Best kawan dengan diorang. Best sangat!” Naim yang tadi diam sahaja mencelah menyetujui pandangan Izzat terhadap Fiqa dan kawannya.

“Ehh! Kau pun sama? Apa ni weyy? Biar betul?” Soal Haziq dalam nada terkejut. Keningnya terangkat sedikit. Naim pun sama juga seperti Izzat. Sebelum ini, belum pernah lagi dia, Asyraf dan Khairi mendengar yang Izzat dan Naim memuji atau bercakap benda baik tentang Fiqa, Nana, Eqin, Damia, Liyana dan Hanim. Kebanyakannya mereka lebih suka mengadu bahawa mereka tidak suka, meluat serta rimas akan perangai gadis-gadis itu yang gila-gila, suka ketawa dan terlebih peramah. Mulut pulak tak berhenti nak menyakat orang. Sekarang, apa sudah jadi?

Haziq masih teringat. Di saat Asyraf memberitahu dia telah memberikan kad tanda permohonan maaf Asyraf kepada Damia, Izzat awal-awal lagi sudah tidak menyetujui langsung perbuatan itu. Katanya, bukan teruk sangat pun! Apabila Asyraf mendapat semula kad daripada Damia, Izzat memegang kad itu dan perkataan ‘meluat’ meluncur keluar dari mulutnya. Naim pula macam terikut-ikut perasaan yang sama seperti Izzat. Tidak lama kemudian, mereka menjadi semakin rapat dengan geng Fiqa. Pada permulaanya, masing-masing agak kekok sedikit. Mujurlah geng Fiqa peramah orangnya dan pandai memeriahkan suasana. Ingatkan sudah berhenti merungut pasal geng Fiqa, rupa-rupanya tidak. Tidak suka, tetapi masih juga dilayan kerenah gadis-gadis itu dengan baik dan mesra. Bila ditegur akan perkara itu, laju sahaja perkataan ‘terpaksa’ keluar dari mulut Izzat dan Naim. Menghairankan. Mulut selalu sahaja berkata meluat, tetapi bila berhadapan dengan gadis-gadis itu, dilayannya seperti suka pula. Sehinggalah hari ini, Izzat membuat pengakuan yang Haziq sendiri tidak menyangka. Naim juga begitu. Kalau Asyraf dan Khairi mendengar, sudah tentu mereka terkejut juga.

“Sebenarnya, dah lama aku suka berkawan dengan diorang. First time kenal diorang, memang aku rasa janggal sikit. Sifat diorang yang gila-gila tu buat aku tak biasa. Kau pun tahu kan, aku dengan Naim awal-awal lagi dah cakap ‘meluat’ la, ‘rimas’ la, ‘tidak suka’ la dekat geng tu. Nak dekat sebulan kita kenal diorang, aku sedar yang diorang tak seperti aku sangkakan. Berkawan dengan diorang memang seronok sangat. Macam aku cakap tadi. Diorang natural. Susah kot nak jumpa juniors macam diorang tu. Juniors yang lain pun kalah tau! Bukan setakat juniors, budak form 5 yang lain entah boleh jadi macam diorang ke tidak. Aku lagi suka dekat Nana dengan Hanim. Diorang berdua ni style cakap lepas and takda nak cover sikit pun. Gelak ikut suka diorang ja. Fiqa jenis suka senyum dan selamber bila cakap. Lebih kurang macam Nana dengan Hanim jugak lah, tapi Fiqa better sikit daripada diorang,” terang Izzat satu persatu siap sekali disertai ciri-ciri perangai Nana, Hanim dan Fiqa. Akhirnya, terlepas juga perkara yang selama ini terpendam di dalam hati sahaja. Kalau sekarang dia tidak mengaku, bila lagi? Dia hanya ada beberapa bulan sahaja untuk terus belajar di sekolah ini. Selepas itu, dia mungkin tidak akan berjumpa lagi dengan Fiqa, Nana, Eqin, Damia, Liyana dan Hanim. 

“Dah habis dah cakap? Haaa, biar aku pulak yer. Aku pun lebih kurang ja dengan Izzat. Cuma aku ni ja terikut-ikut sama perasaan Izzat. Kalau tak, memang aku takkan kata yang aku meluat, rimas and tak suka kat diorang. Aku tahu, kau, Asyraf dan Khairi mesti buntu gila kan, cari jalan supaya aku dengan Izzat suka berkawan dengan diorang. Kesian korang. Padahal, kami dah lama suka berkawan dengan diorang cuma tidak tunjuk ja. Tadi Izzat describe Nana, Hanim dengan Fiqa je kan? Meh aku pulak nak describe yang selebihnya. Eqin, Damia dan Liyana macam yang lain-lain juga. Suka gelak dan peramah serta kuat perasan. Eqin dan Liyana kuat menyakat orang. Kalau bercakap, Eqin jenis cover sikit. Kadang-kadang mulut ringan berbunyi, kadang-kadang tidak. Liyana lebih kurang macam Fiqa juga. Cuma dia lebih terjurus ke arah menyakat orang. Kadang-kadang suka cakap merepek. Damia pun samalah macam diorang. Budak yang selalu kena sakat dengan kawan-kawan. Kesian kesian. Aku suka tengok muka dia bila kena usik dengan kawan-kawan dia. Comel siot. Seorang yang cakap banyak dan kuat berangan. And sometimes, Damia akan blur. Am I right?” Naim kelihatan puas membentangkan ‘hujahnya’ tadi. Terasa lega apabila sudah berkata perkara sebenar kepada Haziq. Panjang gila. Memang gila. Giliran Izzat pula mengangguk tanda setuju dengan penerangan Naim itu. Haziq agak ternganga sedikit.

“Korang memang gila! Dalam diam-diam, korang dah boleh describe perangai sorang sorang. Pergghh, Asyraf dengan Khairi dengar mesti diorang pun suka. A big congrats for both of you! Kalau dah lelaki, lelaki jugak kan? Ego tinggi!” Haziq menepuk kedua-dua tangannya kemudian menepuk-nepuk bahu Izzat. Izzat dan Naim hanya tersenyum. Mungkin sudah penat bercakap. Penerangan Izzat dan Naim tadi membuatkan Haziq begitu terpaku dan teruja. Kan best kalau Asyraf dengan Khairi ada sekali dekat sini. Hmm, melepaslah mereka. Lepas ini, Haziq terpaksa cerita satu persatu kepada Asyraf dan Khairi apa yang berlaku hari ini semasa ketiadaan mereka. Mesti mereka akan terkejut!

“Habis tu, yang lain tak comel ke??? Ego!” satu suara tiba-tiba menyergah mereka. Tersentak mereka dibuatnya. 







And that's it . Hope tak bosan lagi la bila membaca bahagian ke-3 ni . Janganlah bosan woii , ada banyak lagi tau tak . Just nak bagitau korang sekarang ni aku tengah tengok cerita 17 Again . Alaa , yang Zac Efron berlakon tu . Okay dah , malas nak taip banyak-banyak . Nak melayan cerita pulok . Hope enjoy by read the story . You may leave your comment . Ohh ya , bagi yang belum baca part yang sebelumnya , tekan SINI .








Aku , Kau Dan Mereka Part 2

Assalamualaikum .
Pembaca sekalian sihat ? Alhamdulillah , penulis di sini sihat jugak . Pembaca sekalian tak rindukan entry dan juga penulis di sini ? Apa ? Tak rindu ? Okay , penulisan penulis setakat di sini sahaja . Bye .




*kena baling penyapu* Okay okay , aku gurau aku gurau . So , today aku nak sambung cerita rekaan aku yang haritu aku jadikan ia sebuah entry dalam blog ni . Korang faham tak apa aku tulis tu ? Aku rasa macam tak kena ja ayat aku . Okay whatever . Aku tengok cerita tu macam takda respon pun . Hmm , sah cerita aku tak menarik lahtu . Ni yang cedih ni :'( huwaaaaaaaaaaaaaaaaa . Tapi tapi , itu semua takkan membuatkan aku patah semangat dan berhenti untuk menulis sambungan cerita itu . Aku akan tulis sampai cerita itu habis . Bukan senang nak mereka cerita yang panjang . Di bawah sana , tertera sambungan cerita aku . Diharap semuanya sudi meminjamkan mata dan hati apabila membaca cerita itu yer ? Pweaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ;) Ohh Ohh , bagi yang belum baca part 1 , sini ado Aku , Kau Dan Mereka .





Malam itu, selepas Fiqa menunaikan solat Isyak, telefon bimbitnya berwarna merah jambu itu bergetar menandakan ada message baru masuk. Fiqa membiarkannya dahulu kerana dia ingin menyidai sejadah dan telekungnya. Awalnya dia mesej aku. Selalunya pukul 10 baru dia nak mesej. Mimpi apa pulak pakcik sorang ni? Bisik hati kecil Fiqa. Fiqa mengambil telefon bimbitnya lalu melihat siapa yang menghantar pesanan kepadanya. Tertera di skrin telefonnya ‘Nana’. Ohh Nana yang mesej aku.

Hai awek. Buat pe? Study ke? Ke tengah text dengan si dia? Haha

Fiqa tersenyum membaca message Nana. Ini mesti kes tengah bosan. Nana Nana. Fiqa menekan punat reply.

Yo scandal. Baru lepas solat. Kau dah kenapa tetiba text aku? Kau bosan ehh?

Selesai menaip, Fiqa menekan punat send pula. Usai membalas pesanan Nana, Fiqa menuju ke meja belajarnya kerana ingin menyiapkan kerja yang diberikan oleh gurunya. Seketika itu, telefonnya bergetar.

Haha saja. Weyy, tak study ke? If tak study, online ahh makcik! Hehe

Fiqa membalas.

Aku otw nak buat kerja yang cikgu bagi tadi. Only buat untuk yang cikgu nak mintak esok ja. Lepas habis benda ni, aku akan online ler. Kau tak buat ke?

Ini mesti Nana dah terlupa. Fiqa menyambung kerjanya. Titt titt.

Rajinnya kau. Hmm, aku rilek dahulu. Nanti aku buat. Weyy minah, hang tak rasa ka hang lupa something? Hang dok buat leceh apa? 

Lajunya Nana balas message aku. Gertus Fiqa. Fiqa tergelak apabila membaca message utara Nana itu. Nana mula dah bahasa kampung nenek dia.

Haha, pala hotak hiangg. Lupa? Lupa apa? Aku buat janji apa dengan siapa dan di mana?

Fiqa menggaru kepalanya. Fiqa cuba mengingati apa yang dah dia terlupakan. Bermula pada dia bangun pagi hari ini sehingga malam ini. Lupa apa ya? Hmm. Haa! Ya Allah, aku terlupa nak cerita benda yang telah membuatkan aku senyum manis sangat pagi tadi. Fiqa menepuk dahinya.

Tobat hang lupa! Ish, pagi tadi tu kau senyum manis macam dah terlebih gula tu kenapa? Penyakit apa yang singgah pi kat kau? Ke pasal budak tu? Cerita cepat!!!

Fiqa tersengih sendirian di situ. Fiqa benar-benar terlupa untuk menceritakan apa yang dah terjadi terhadapnya pagi tadi kepada kawan-kawannya. Selepas mereka pulang dari koperasi, dia terus terlupa kerana asyik mengenakan Damia. Fiqa segera menceritakan segalanya kepada Nana dan dia menyuruh Nana forward message Fiqa itu kepada kawan-kawannya yang lain.

Agak dah benda yang buat kau tersenyum mesti melibatkan budak kesayangan kau tu. Tak text dengan dia ke? Kang rindu pulak nanti. Alololo. Try text dia.

Aku message dia dulu? Takkan. Fiqa menggelengkan kepalanya. Di saat Fiqa ingin membalas pesanan Nana, tiba-tiba telefonnya bergetar sekali lagi menandakan message baru masuk. Aik? Siapa pulak? Takkan Nana pulak. Fiqa memutuskan untuk melihat siapa yang menghantar pesanan kepadanya. Fiqa tersenyum. Panjang umur dia. Kemudian Fiqa membuka semula message Nana dan membalasnya.

Apa kau merepek? Tak perlu susah susah aku nak text dia dulu. Dia dah text aku cik oiii! Panjang umur dia. Haha dah pergi main jauh-jauh. DND :P

Selepas membalas message Nana, Fiqa membuka pula message lelaki yang telah menghantar pesanan kepadanya sebentar tadi. Fiqa membalas pula message lelaki itu.

Yela. Macam ni kawan en. See, aku yang mendoakan semua tu. Haha, nanti kirim salam dekat dia tau. Aumm aumm :*

Fiqa membiarkan saja message Nana tanpa balasan. Sekarang, Fiqa menumpukan perhatiannya kepada jejaka yang telah menghantar pesanan kepadanya sebentar tadi. Mujur kerja sekolahnya sudah selesai. Sekejap Fiqa tersenyum, sekejap dia ketawa. Alahai, bahagianya dia.




“Geng, esok korang pergi sekolah tak? Esok ada ape tah?” Soal anak muda itu kepada kawan-kawannya sambil membetulkan rambutnya yang kusut itu.

“Pergilah. Nak mati dengan bapak aku sesaja ja taknak pergi sekolah. Asal kau tanya? Ni mesti nak ponteng kan,” jawab salah seorang daripada kumpulan tersebut.

“Aku malas lah nak pergi esok. Lagipun, esok kan tak belajar. Cikgu-cikgu busy dengan persiapan untuk apa benda tah. Kau, Syafiq, pergi tak esok?” anak muda itu menanya rakannya sambil mencuit bahu Syafiq yang ketika itu sedang sibuk dengan telefonnya. Tiada respon daripada Syafiq. Semua anak muda itu memerhati Syafiq.

“Weyy Syafiq! Haikal tanya kau tu. Amboi, kemain dia mesej tak ingat orang sekeliling dah,” sergah rakannya. Dia menampar paha Syafiq. Syafiq kelihatan terkejut dan mukanya menunjukkan dia tidak tahu apa-apa.

“Kau dah kenapa, Danial? Sakit kau tahu. Aduh,” Syafiq mengaduh kesakitan.

“Ape kau? Tu haa, Haikal tanya kau. Esok kau pergi tak sekolah? Mesej je kerja kau,” Danial membalas kata Syafiq.

“Esok? Aku pi kot. Dok rumah pun aku taktau nak buat apa nanti. At least kat sekolah ada kengkawan yang boleh dibuat geng. Macam korang. Hehe,” Syafiq menjawab sambil jarinya lincah menekan keypad pada telefon bimbitnya itu.

“Mengada ahh kau. Poyo je. Hmm, aku pergi jugak la esok. Dah cikgu tengah busy, boleh ajak Hani date nanti,” Haikal memberikan kata putus. Itu saja kerja Haikal apabila cikgu semua sedang sibuk. Dating saja dia tahu. Sekolah tidak mahu datang, tapi bila dah datang, benda lain yang dia buat. Kawan-kawannya juga sudah masak benar dengan perangai Haikal itu.

“Aku jugak kena cover kau nanti. Memang tau sangat,” rakan Haikal, Rafiq menyampuk. Rafiq juga tahu. Esok pasti dia kena menemani Haikal untuk ‘melancarkan’ date Haikal itu. Apabila disuruh untuk pergi seorang diri, katanya malu dan tidak biasa. Ewahh ewahh, date dekat luar sekolah tanpa orang teman boleh pulak. Pelik Haikal ini.

“Memang kau la! Takkan kitorang pulak. Hahahahahahahahahahaha!” kawan-kawannya menjawab bagi pihak Haikal. Mereka ketawa riang. Mereka awal-awal lagi sudah mengangkat tangan untuk tidak melakukan ‘kerja’ terbabit. Nanti tak pasal-pasal mereka juga yang terkena kalau kantoi dengan cikgu-cikgu. Lagipun, Rafiq memang pandai cover line. Itu sebablah dia terpilih walaupun pada permulaanya dia menolak. Rafiq mengeluh. Date pandai, nak cover tak pandai. Hati Rafiq berbicara.

“Ingat SPM kawan-kawanku. Jom balik. Dah lewat,” ajak Syafiq setelah dia menyedari hari telah lewat. Itupun selepas si dia yang menegurnya tentang itu.

“Cakap orang, dia pun samalah. Tersenyum-senyum lagi. Kau tu orang rumah siap remind lagi. Hahaha, untung lah kan,” Haikal memulang paku pakisnya semula. Kawan-kawannya yang lain juga membenarkan kata-kata Haikal tadi.

“A’ah, orang rumah en, orang rumah tu ialah mak and abah aku. Diorang tu orang rumah aku la. Nak perli aku jugak. Jom guys, kita pulang sekarang yuk,” Syafiq sudahpun menghidupkan enjin motornya. Dia menekan minyak supaya motornya mengeluarkan bunyi enjin yang membingitkan. Kemudian dia ketawa. Kawan-kawannya jugak mengikuti Syafiq. Perlakuan itu hanya membuatkan pencemaran bunyi berlaku. Itulah anak-anak muda sekarang. Mujurlah masing-masing mempunyai lesen. Setelah puas menekan pedal minyak itu, mereka memulakan perjalanan mereka untuk pulang ke rumah masing-masing. Ada yang sehaluan, ada yang tidak.




Cuaca pada petang itu sungguh panas. Suasana disitu juga agak lengang kerana kepulangan murid-murid yang lain. Kelas-kelas peperiksaan seperti kelas tingkatan 3 dan tingkatan 5 mempunyai kelas sambungan selepas waktu pembelajaran di sekolah berakhir. Ada pelajar yang berada di kantin, di kelas, di surau mahupun di perpustakaan terlebih dahulu sebelum kelas bermula. Bagi pelajar yang tinggal di asrama, pastilah mereka menghabiskan waktu tersebut dengan berada di dewan makan atau bilik masing-masing. Pelajar tingkatan 3 mungkin agak tertekan dan keletihan kerana mereka perlu bertindak cergas dan cepat menelaah pelajaran memandangkan Penilaian Menengah Rendah (PMR) semakin hampir iaitu sebulan sahaja lagi. Namun, gelak ketawa itu masih bergema juga dalam kalangan pelajar tingkatan 3 seolah-olah peperiksaan itu masih lama lagi. Begitu juga dengan 6 gadis itu. Masa rehat mereka diisi dengan bersembang benda-benda yang tidak berkaitan dengan pelajaran. Sesekali terdengar suara ketawa mereka. Mesra sungguh hubungan antara 6 sahabat ini.

“Aku tak sabar nak habiskan PMR ni. Ergh, aku dah malas la asyik balik lewat ja setiap hari. Penat,” keluh Eqin setelah dia dan kawan-kawannya diam seketika selepas puas bergelak.

“Rilek ahh. Sebulan je lagi. Lepasni merdeka dah kita!” Hanim memberi kata semangat sambil menepuk-nepuk bahu Eqin.

“Kau malas balik lewat sebab kau nak online. Kau penat sebab balik dari sekolah kau tak tidur ke apa ke, kau mandi kau terus online. Tak gitu?” kata Nana sebegitu kerana itu memang kebenarannya. Eqin tersipu malu ketika Nana berkata begitu. Dia hanya menghadiahkan jelingan untuk Nana. Nana terus tergelak kecil.

“Aku pun penat jugak. Ehh, sekarang pukul berapa? Kelas start pukul berapa? Mana Fiqa dengan Liyana ni? Lama benor ahh pergi tandas,” Damia menyampuk sambil tangannya meraba-raba ke dalam poketnya untuk mengambil jam tangannya sementara anak matanya mencari-cari kelibat Fiqa dan Liyana.

“Baru pukul 2.30. Kelas start pukul 3. Entah diorang ni, buat ape dekat tandas yang lama sangat,” beritahu Nana. Dia juga mencari-cari kelibat Fiqa dan Liyana. Pergi tandas ke pergi buat benda lain? Getus hati Nana.

Mereka terdiam sebentar. Di saat mereka sedang tercari-cari kelibat Fiqa dan Liyana, dari jauh kelihatan Fiqa dan Liyana sedang berjalan ke arah mereka. Cara berjalan mereka sungguh laju seperti baru lepas terserempak dengan benda yang tak sepatutnya. Tetapi, hairannya muka Fiqa dan Liyana kelihatan seperti muka tidak sabar kerana masing-masing tersenyum ketika berjalan ke arah mereka. Senyuman yang mempunyai makna. Apa ya?

“Damia! Damia! Hahaha, news untuk kau ni. Cepat buat muka comel. Cepat!” Sampai sahaja Fiqa di situ, dia segera menjerit nama Damia dan menyuruh Damia melakukan perkara itu. Fiqa juga ketawa disambut pula dengan ketawa Liyana.


Apa yang membuatkan Fiqa dan Liyana begitu teruja dan tidak sabar-sabar untuk memberitahu kepada Damia? Semuanya akan bersambung di lain hari................. *tak rasa pendek ke part 2 punya cerita ni?*
All Right Reserved By SYZASYZWNA