We are all dreamers wanting to be completely out of touch with reality

Tutorial letak link di post atau di menu tab

Assalamualaikum .

Sekarang tengah hujan . Lebat sangat . Guruh dan kilat maybe jugak turut menyertai hujan ketika ini . Sangat menakutkan bila guruh dan kilat sama-sama menyertai . Tapi , manusia yang sedang duduk di hadapan laptop sambil menaip kata-kata ini , tetap degil dan terus menerus duduk di sini lagi tanpa mempekakkan telinga dari bunyi hujan yang menimpa bumi , guruh yang kuat berdentum dan kilat yang kurang sambarannya . Subhanallah , kuasa Allah . Aku terpaksa teruskan sebab tutorial ni dah lama budak tu minta aku tunjukkan . Serius aku cakap , memang dah lama . Tak percaya ? Meh sini guwa tunjuk bukti .





See ? Nampak tak perkataan 13 days ago ? Tengok tu betapa lamanya dia tanya aku dan baru sekarang aku nak buat tutorial pasal ni . Hehe sorry laa . Maaf ! Aku ni selalu online cuma jarang meng-update blog . Cause my idea always run and run and run -.- kejam kan dia ? Kahkah . Okay dah diam . Jangan dibiarkan aku cenggini nanti lagi banyak aku merepek . Well , ini kali pertama aku buat tutorial . Rasa happy gak ah bila orang suruh kita ajar dia pasal blog kan . Padahal , sebelum ni ada je orang tanya cuma aku je yang jenis malas nak beritahu cara-caranya . Kuikui :3 okay jom let's check out !


LETAK LINK DI POST 

1. Dashboard   >>   New post   >>   Taip pape je yang korang rasa nak taip

2. Masa korang tengah taip , then korang nak link korang punya ayat korang . Korang highlight ayat korang yang korang nak linkkan tu , macam kat bawah ni *sorry aku lupa nak highlight ayat tu*





3. Bila dah highlight ayat , korang cari perkataan Link dan klik perkataan tu macam dalam gambar kat atas . Nampak kan bulat merah ? 

4. Dah tekan kan ? Haa muncullah sebuah kotak di depan korang . Rupanya sebegini rupa 





5. Nampak anak panah tu tunjuk kat mana ? Haa kat situ la korang kena letak link . Bila dah letak , korang tekan je OK . Kalau taknak silap , test lah dulu . Dah siap !






LETAK LINK DI MENU TAB

Okay , terus terang aku cakap , aku tak faham apa yang budak tu suruh aku buat untuk tutorial letak link di menu tab . So , nak memudahkan aku dan jugak diri dia dan jugak korang , mohon sangat-sangat pergilah serbu blog akak pink MISS FARAH . See , mudah kan ? Ringkas pulak tu . Senang kerja hakuu :3



Sudah siap tanggungjawab aku . Yeayyy ! Hope korang faham la apa yang aku ajarkan ya . Maaf untuk yang tutorial lagi satu . Maaf sangat-sangat . Aku pun bukan pro sangat bab blog ni . Masih gagahkan diri bernaung dalam dunia blog ni haa . Ini semua sebab minat . Sobsobsob :') haha Syaza mengada gedik gegeh . Naahhh kata diri sendiri . Haha okay bye semua . Sayang kamu :)


Tak suka aku , senang saja , unfollow aku terus . Aku terima . Aku tak boleh dan tak akan jadi sempurna untuk orang lain .








Respon 1Malaysia Terhadap #IjatSyafiq (BULI)

Assalamualaikum .

#IjatSyafiq ?

Kenal ke tidak ? Kalau korang tak kenal memang saja korang ni . Well , hashtag #IjatSyafiq ni dah jadi tempat ketiga trending dekat Twitter pada 9 April yang lepas . Wow , hebat betul kan #IjatSyafiq ni *mata dijuling ke atas* -.- haha k . Pasal #IjatSyafiq ni aku tahu daripada Meera . Meera beritahu pasal budak acah-acah gangster ni dekat sekolah . Bila balik sekolah , aku dah lupa sebenarnya pasal budak tu . Entah tetiba rasa nak on twitter . Padahal aku rancang nak siapkan edit blog si Aqilah . Tapi , bila terbaca satu tweet ni pasal #IjatSyafiq , terus teringat apa yang Meera cakap and terus tengok tempat trending . Pehh , tempat ketiga tuu . Bangga tak dik ? Cepat gilo kan hang pemes . Sebelum ni hot jeee , sekarang dah famous pulak . Kelas kau dikkkk~ Aku perli hang ni , bukan kutuk hang . Mohon pandai membezakan ya dik . Aku lupakan terus niat nak edit blog , lantas mengikuti perkembangan terbaru pasal #IjatSyafiq . Gila ramai yang tweet guna hashtag tu . Aku faham . Ramai yang bengang , tak puas hati , rasa annoying dekat budak tu . Maka disebabkan itu , tanpa sedar *mungkin* , ramai yang tweet berbaur kutukan , cacian dan makian .






Aku terus-terusan mengikuti semua tweet pasal #IjatSyafiq . Macam-macam ado . Ada yang serius , ada yang lawak , ada yang macam tak masuk akal . Paling banyak ialah tweet kelakar pasal #IjatSyafiq . Video pembulian tu baru je di upload , tapi sudah tersebar ke pengetahuan semua orang . Itulah dik , sebelum nak buli tu , fikir dahulu . Jangan diikutkan sangat ego hang tu . Semua orang ada ego . Yes , itu aku tahu . Ego kita dapat kita kawal kalau kita selalu bersabar dan beristighfar . Ada hang buat dik ? Jangan diikutkan sangat perasaan marah hang tu . Oh ya , nasib kawan si Ijat ni upload video buli kat twitter . Cuba bayangkan kalau kawan dia tak upload , mesti kes takkan diketahui semua orang . Dan mesti geng-geng bajet gengster ni terus-terusan menganggu atau mungkin mengugut ketua kelas tu . Kesian Adli . Hanya gara-gara dia report dekat cikgu pasal si #IjatSyafiq and the gang bawak handphone pergi sekolah , #IjatSyafiq and the gang terus membelasah si Adli tu . Lan Todak yer ? Kahkahkahkahkah -.- macam orang akan takut bila hang guna gelaran Lan Todak tu . Truthly , masa aku tengok video tu , aku tergelak . You know why ? Sebab ketua kelas tu langsung tak tumbuk even dibelasah banyak kali oleh budak acah gengster tu . Si gengster tu punyalah beria-ia sepak teranjang ketua kelas tu . Camtu ke kuat ? :p

Wahai #IjatSyafiq and the gang , sebelum akak ni nak teruskan lagi bebelan dia , mohon adik-adik tengok apa respon seluruh rakyat Malaysia terhadap perbuatan korang . Marilah wahai adik-adik . Bacalah apa yang diorang katakan kepada adik-adik . Terima saja apa yang dikatakan diorang buat adik-adik yer . Hashtag #IjatSyafiq memang da best guwa cakap sama lu . Semuanya aku ambil dekat twitter je . Malas aku nak pergi temu ramah sorang sorang pasal isu #IjatSyafiq tu . Bukan sedara aku phew~


#ijatsyafiq I hope the police will arrest him as soon as possible... he needs some lesson or even better, send him to Gurney.

#ijatsyafiq The most stupid kid I've ever seen ! I hope you'll end up in jail for sure. Gangsterism won't get you anywhere.

cilake ape #IjatSyafiq ni penuh dekat timeline . dah la nama dekat sama dengan nama gua

To #ijatsyafiq and his 'backstreetboys' gang. Welcome to the real world, Gudluck surviving kay. Cheers!

#ijatsyafiq yes he bullied someone, now look at yourself cyberbullying him how ironic

#ijatsyafiq budak sekolah bajet gangster trending satu malaysia sebab dia buli ketua tingkatan, baru budak sekolah nak tunjuk hero konon.

kelakar betul pembuli bernama #ijatsyafiq ni ada blog dengan kata-kata cinta dan dihiasi dengan lagu Britney Spears.

#ijatsyafiq . Salah seorang lagi pelapis ahli tinju negara yang dilahirkan menerusi laman web Youtube. Terima kasih Youtube.

whoever you are #ijatsyafiq i don't care. You should learn how to respect other people. what you give is what you get.

#ijatsyafiq ''Kami pukul bersebab la bangsat. Sebab dia lah hp kami kena rampas dengan cikgu'' sape suruh bawak gi sekolah. Ini semua poyo!!

#IjatSyafiq → Terpengaruh tengok Juvana 2013 → Konon nak jadi Lan todak → Acah acah gangster Buli ketua kelas → Nampak kebodohan dia?

3 orang pukul sorang. Yang kena pukul tuh badan kecik je tapi tak tumbang pun. Tak ada la kuat mana #Ijatsyafiq

YouTube sekarang boleh jadi tempat utk mencari pekerjaan. Dulu penyanyi, sekarang ahli gusti pon ada. #ijatsyafiq contohnya.

harini #IjatSyafiq kena bash teruk teruk gila babs. trending semua maki hamun perangai dia. nice one. good job bro, good luck ! haha.

#IjatSyafiq kalau ada dpn mata aku dah lama aku belasah dia pastu ikat kat pokok & geletek ramai2 pastu ambil hammer and paku kat telor dia.

Tahniah #ijatsyafiq kerana awak telah jadi trending di TL saya, kenapa awak tak tercalun sekali dalam ABPBH pelakon paling gangster? -

kesian ketua tingkatan tuh . kalau dia bt salah punt maafkan jealah . Allah pun maafkan umatnya #ijatsyafiq

#ijatsyafiq ? bajet nak jadi Lan Todak bagai .hang masuk Trolak ,hang jaga ! haha *poyo sekejap .

#IjatSyafiq , hg budak seberang en? Mai turun pulau mai. Aku lpaih adik aku ja tau ajaq . Pelaq!

I just read #ijatsyafiq blog...and it was like..WOW!!..SUPER DUPER GANGSTER GUY!!

kesian #IjatSyafiq . terok harini dia kena bash. trending semua start nak maki hamun dia je . padan muka . hahahaha lols ..

#ijatsyafiq Kalau Dah Kena Sula Dengan Real Lan Todak Henry Gurney, Confirm Baru Nak Ingat Tuhan.

TL dh cemar dgn nama #IjatSyafiq . *Simbah TL dgn air Zam-Zam* .
#IjatSyafiq kau pukul budak nerd cm tu boleh laa.. cuba kau pukul yg sama level dgn kau.. cermin muka dulu kalau nak gangster lancauu !

Dah jdi Pelatih Wira Bakti lah lepas ni #ijatsyafiq Allah selamatkan pelatih baru, Allah selamatkan kamu~

Tiba-tiba gelak berdekah bila search hashtag #ijatsyafiq hahahahah. Yang marah ke maki budak tu guna hashtag tu pun boleh tahan lawak gak.

#ijatsyafiq → Gangster sekolah→ Nak tunjuk gangster → Pukul ketua tingkata → Upload youtube → Polis tengok → WANTED → Gangster tp bodoh

#ijatsyafiq habih le hang, mesti tak senang duduk skrg wakaka beria je pukul2 bajet gangster bebeno

Saya mewakili Ketua ketua tingkatan akan menentang #ijatsyafiq habis habisan. Lol

#IjatSyafiq SMK Bandar Tun Hussein Onn? Sekolah korang baru je johan Lompat tinggi MSSDHL.Kau mencalarkan nama sekolah

#IjatSyafiq jadi trending di Twitter kerana keinginannya yg terlalu tinggi untuk menjadi pelakon aksi realiti di Youtube -.- Nauzubillah .

Putih-putih melati , merah-merah delima . Baik baik ke Henry , di toilet pasti terima . #Ijatsyafiq

Teenager/kids nowadays terlalu terpengaruh dengan cerita aksi yang ditayangkan . Salah satunya #ijatsyafiq .

Saya tahu saya gangster malas la nak blagak macam #ijatsyafiq keh keh keh

Ni akak nak cakap. Akak ni dah habis sekolah dah. Nak jadi mak orang dah. Kau belajar tak habis jangan tunjuk taiko. #ijatsyafiq

Tadi bace blog #ijatsyafiq tu . Apak lah cewit gituww . hahaahhaahhahahaha .

Persatuan Bekas-bekas Ketua Darjah akan berhimpun di PWTC bg mendesak kerajaan menghukum #ijatsyafiq dgn sewajarnya

Salah satu punca #ijatsyafiq bertukar menjadi Lan Todak apabila phone dia kena rampas . Hahaha so stupid lah -.-'

#ijatsyafiq : bantai budak nerd boleh la cerita . sini mara menghadap tengok

I'm pity u bodoh #ijatsyafiq :) serious lelaki mcm u tak layak untuk bergelar suami and sangat2 memalukan kaum Melayu dgn sikap bodoh kau!

Muka gangster habis doe, last last dalam hati ada taman rama rama rupanya #ijatsyafiq ni.

#IjatSyafiq Tahniah ! Anda berjaya harumkan nama sekolah anda. Pengetua pasti berbangga dgn apa yg anda lakukan. Henry Gurney menanti mu ~

Tadi dekat sekolah. Tengok video yang ketua kelas kena pukul tu. Ya Allah kesiannya. Takdak hati perut betul! #IjatSyafiq

#Ijatsyafiq cruel much.

Why he should felt proud when bullying people? I don't like gangster, rude students seriously i hate the type of boys. #ijatsyafiq

#ijatsyafiq. He should be blamed, but not being insult. Stop lah hina dia.

Kenapa Awak Nak Jadi Gengster #ijatsyafiq ? Ingat ni dik , sekuat mana pun kita . pasti ada yang lagi kuat dari kita .

#ijatsyafiq naik trending ? Dahh lamaa Twitter takk menerimaa kedatangan namaa namaa budakk cari publisiti murahan cenggini kat trending (Y)

Kita benci perbuatan si #ijatsyafiq. Tapi, tolong jangan ejek rupa si dia or gf dia. Tu kurniaan Allah. Benci tu benci juga. Jangan melebih

Tidak Rimas ke dengan TL penuh nama #IjatSyafiq Acah acah Taiko ni? Cuba Penuhkan TL dengan nama Kak Ton, Kak Ton Comel tak? Comel!!! :D

Okay, dh thu psl #ijatsyafiq. BHAHAHAHAHAHAHAHAHA! First time 'gangster' ada blog wrna-wni. Wuuuu~

Acah-|| Lan Todak tapi blog warna warni. #ijatsyafiq lakalaka lahh mu nihh.

Daripada aku layan #ijatsyafiq tuh , baik aku usha pic Kak Ton , eh !


Kemungkinan besar #ijatsyafiq ni taksub sangat dengan cerita juvana. Dia nak rakyat malaysia menonton aksi sampah dia tu. #SampahMasyarakat

Aku harap #ijatsyafiq cepat keluar dari lokap, nanti boleh laa dia update blog dia yg jiwang hbs tuu.

Welcome to Wira Bakti #ijatsyafiq. Disana anda pasti berjumpa lawan anda yang sebenar. Siang malam kau boleh bertomoi. WADAPAK to you !

#ijatsyafiq look! Everybody is mentioning ur name! Kau kini gangster besar mesia! Kau da msk penjara blom wei? Wei?

#ijatsyafiq No one deserves to be bullied. You have no idea what goes on in that person’s life. To people that get bullied, stay strong.

Aku kecewa betul dengan #ijatsyafiq ni, ingatkan dah 2013 ada video HD. Tapi masih lagi kualiti 3gp.

Aku respect dekat Ketua kelas yang kene pukul dengan #ijatsyafiq nie, Walaupun kene pukul bertubi-tubi tapi masih tegak berdiri. Moga kau ok

Upload video pukul ketua kelas, konon dah gangster lah tu ? Jangan bajet gangster lah weh #IjatSyafiq, Saya tahu awak still pakai DRYPERS :3

Tak perlu kot nak kutuk #ijatsyafiq tu. Biarlah dia dengan cara dia. Nabi tak ajar bash bash orang. BASH ORANG BUKAN CARA ISLAM. Tegur dia.

Disebabkan #ijatsyafiq tu habis makwe dia sekali kene bahan. Apalah nasib kau dik dapat balak prasekolah. Lol

Doa untuk #ijatsyafiq, "moga hang jadi lelaki yg soleh nanti dgn mengambil iktibar peristiwa ni. Amin."

Ijat deactivate account fb dgn twitter. Polis tak cari kat sini woi . Dia direct pi rumah hang, baik hang deactivate rumah hang. #ijatsyafiq

Pity #ijatsyafiq 's mother . all the hardship for nine month seem have been wasted easily . i feel wanna hug his mother , poor her :'(

Done watching video's #ijatsyafiq. Acah acah gangster. Ingat gangster lah sangat. Dasar budak sekolah. Henrey Gurney menanti awak budak.

sebab #IjatSyafiq pukul ketua kelasnya adalah berkaitan handphone? salah siapa ye yang membenarkan handphone dibawa ke sekolah?

3 Perkara Yang Boleh Menghancurkan negara 1) rasuah 2) tidak menepati masa 3) #ijatsyafiq

"saya akan hormat orang yang pandai hormat saya balik" daripada abg gangster hot #ijatsyafiq 


Just sebab ketua kelas kau report pasal kau bawa hp, then kau perlu tumbuk buli dia bagai? Mohon baca peraturan sekolah balik #ijatsyafiq :)

SMK THO tak salah pun. Yg perlu dipersalahkan adalah #ijatsyafiq, Dah berambus pun menyusahkan orang. Tak pasal pasal nma sekolah tercemar.

Dear Muslim Stop bashing #IjatShafiq .Islam takda ajar awk hina org lain . Muka awek dia mcm lelaki ? Awk hina dia or Hina ciptaan Tuhan?

Kecik2 dah jadi gangster.. Ayyok, mohon hantar adik #IjatShafiq masuk sekolah tahfiz. Boleh juga hafal 30 juzuk Al Quran. InsyaAllah.

Just stop tweeting about #ijatsyafiq #akimkeding . Berapa banyak pahala free yg dia dpt drpd hasil kutukan kita semua . Masya Allah .



See ? See ? Aku rasa tu baru sikit ja aku copy apa pandangan orang lain terhadap #IjatSyafiq . Masih ada banyak lagi sebenarnya . Takkan la aku nak copy kesemuanya kot . Agak-agak la . Mana-mana yang aku rasa berkenan , tweet yang tu jelah aku copy and paste kat sini . Aku tahu pasti ramai kat luar dah baca tweet tweet hashtag mengenai #IjatSyafiq ni . Kalau tak puas baca kat sini , pergilah on twitter dan search #IjatSyafiq . Pasti akan muncul segala isi kandungannya . Bacalah sampai nak termuntah sekalipun . Dah korang baca tadi , korang perasankan ada macam-macam perasaan kat situ . Geram , marah , kutuk , perli , kesian , simpati , lawak dan ada yang bagi nasihat . Well , aku lebih suka yang bagi nasihat ni sebab tweet ni positif . Takda unsur negatif langsung ! Mana-mana ayat yang aku warnakan purple , itu bermakna tweet tu lawak bagi aku . Kalau yang warna merah pulak , tweet tu berunsur nasihat . Perasan kan ? Haa bagus you all~

To #IjatSyafiq and the gang . Mari sini dengar bebelan dari akak yang comel lagi budi pekerti ni . Lewls~ hahaha k tak lawak Syaza -.- okay okay . Adik-adik oii , ada terfikir tak walaupun sedikit apa kesan bila hang buat perangai macam tu ? Ada tak ??? Ni mesti tak kan ? Sebab tu la hang dan hang dan hang dalam geng tu berani buat . Eleh , ada kengkawan boleh la tunjuk gengster . Konon hebat sangat pukul pukul orang . Semua orang macam tu . Bila dengan geng je , berani buat macam-macam . Cuba bila bersendirian , haa takkan berani punyaa . Manusia manusia . Tapi kan , aku tertanya-tanya siapa budak yang pakai baju kelabu dalam video tu ? Budak baju kelabu tu kan yang pukul ketua kelas tu . Tapi kenapa nama #IjatSyafiq juga yang naik dulu ? Oh maybe sebab dia tunjuk muka dia betul betul dekat camera . Haihh --' terserlah kebodohan hang . Aku bukan nak mengata diorang , tapi ini kenyataan . Kadang-kadang manusia ni kena diperli baru dia akan terasa sampai ke lubuk hati dia . Aku selalu buat kat orang macam tu . Padanlah muka . Dah cakap elok-elok taknak dengar , haa sekarang biar terasa pulak bila diperli camtu . Kita kena faham diorang ni baru form 3 , fikiran tak matang lagi sebenarnya even dari luaran nampak matang . Ahaks puii . Geli aku :3 ini bukan kira kematangan , tapi dari segi emosi yang tak pandai nak kawal . Salah sikit , nak angkat tangan kaki bagai . Lelaki .

Adik-adik , fikirlah perasaan ibu bapa korang yang mungkin sekarang ni masih terkilan dan sedih terhadap perbuatan korang . Fikirlah adik-adik . Tak kesian ke ? Tak rasa bersalah ke ? Hampa tu sekarang ni form 3 . Bakal ambil PMR . Pastu dok buat perangai camni pulak . Tu belum kira lagi result korang sepanjang 3 tahun korang belajar . Lagi membuatkan ibu bapa korang rasa kecewa dekat korang . Korang hancurkan harapan diorang . Elok-elok belajar dekat SMKTHO , alih alih sekarang ni dah kena pindah pergi Juvana . Best tak ? Kenalah rasa best sebab tu memang tempat untuk orang yang suka membelasah orang lain . Sebelum melangkah masuk ke sekolah tu , bacalah doa apa-apa ja nak jadi pelindung hang dan hang dan hang kat sana nanti . Takda orang boleh tolong hampa dah . Fikir pulak masa depan korang tu . Mana korang pilih antara cerah atau gelap ? Mestilah cerah kan ? Takda orang yang nak masa depan dia gelap tanpa ada cahaya . Haa tudia , keluar dah bahasa kesusasteraan dia . Haha k . Well , aku ni bukan sesiapa yang layak nak cakap pasal masa depan korang , sebab apa yang berlaku kat dunia ni semuanya atas kehendak Allah . Manalah tahu kan , bila geng #IjatSyafiq dah keluar dari Juvana tu , mungkin diorang lagi better daripada kita . Padahal kita yang dulu asyik maki maki dia masih sama seperti dulu . 

Aku dah malas nak membebel panjang-panjang . Mohon sangat #IjatSyafiq and the gang insaf la atas perbuatan korang tu . Please jangan rasa bangga dengan apa yang korang dah buat . Aku tahu disebabkan video tu , nama korang dah up , ramai yang dah tahu . Tapi semua tu tak bermakna la . Masa korang masih panjang lagi , umur korang pun insya-Allah masih panjang , so fikirkanlah apa yang terbaik untuk hidup korang . Pilih jalan yang baik , bukan jalan yang buruk macam sekarang ni . Allah sentiasa ada untuk umatNya . Dia tak pernah lupa kita , sebaliknya kita yang selalu lupa dia . Anyway , rasanya korang dah boleh stop babitkan Akim Keding sebab Akim tak bersalah dan dia takda kena mengena dengan kes buli tu . Memang la ada gambar dia , dia pegang gelas yang berisi arak mungkin , tapi stop blame him . Jangan terus-terusan babitkan Akim takut nanti akan jadi fitnah . Nauzubillah . Apa-apapun , kepada budak-budak sekolah di luar sana , fikir dahulu sebelum nak buat apa-apa tindakan . Fikirkan baik dan buruknya kelak . Ayuh semua , mari kita membanteras gejala pembulian ! Semangat akuuu :3 haha kbye semua ada lawan forum .



Terima Kasih Awak :')

Assalamualaikum dan selamat petang .

Sebenarnya , aku rancang nak update pasal holiday . Tapi disebabkan kena susun idea dulu dan dengan keadaan yang jarang mengizinkan aku meng-update selalu *cakap macam dok update selalu* k . So , aku pun terpaksa tundakan niat aku tu . Entah bila boleh update pasal cuti . Hmm , dekat sekolah dah merancang macam-macam nak update apa . Bila dah on laptop , dah on blogger , dah buka tempat post , dah tulis Assalamualaikum , alahai idea hilang entah ke mana . I'm too busy with the homework and tournament for pantun *nasib dah lepas* and coming soon , forum . Busy busy busy . Tired tired tired . Hmm k . Today , tetiba terasa nak update blog . But tak tahu nak update pasal apa . Kepala hotak ni terus-terusan mencari idea dan benda-benda yang menarik yang boleh aku cerita kat sini dan korang akan baca sampai tertawan hati . Gituuu haaa~ Kahkah :3 mengada Syaza . Tadi tengah blogwalking . Then , entah macam mana aku boleh tersampai dekat satu blog ni . Haa tengok sini tengok sini BLOG JEJAKA ITU . See that ? Boleh tahu dah tu blog kaum Adam . Selongkar sana selongkar sini selongkar sana selongkar sini and tadaaaaaaaa~ !!! Ayat nak nampak gempak je . Takleh blah . Okay dah diam . Aku terbaca satu entry ni dekat blog dia . Aww sweet gilos babe ! Sweet banget . Even cerita tu rasanya macam dah lapuk dek ketinggalan zaman . Tapi aku kesah apa ? Aku tetap nak share cerita tu dekat korang . Hang dan hang dan hang kena baca jugak , okay ?! 

ENTRY TU KAT SINI 

Mari semua mari , kita ramai ramai baca kisah yang tersangat sweet ni . Itu bagi aku la . Lepas baca dah jangan banyak nak mengomen . Baca dan like sudah yer :)

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


Saya tak perasan awak ada dekat depan saya, dan saya tak sengaja langgar awak masa tu..

Saya : Saya mintak maaf..... Mintak maaf... Saya tak perasan....
Awak : Oh takpe2..

Dan awak terus berlalu pergi.. Itulah pertama kali saya melihat wajah awak dan mendengar suara awak. Wajah awak betul2 buat saya tertarik dengan awak. Mata awak, senyum awak...

Setelah sebulan berlalu saya dipindahkan tempat kerja. Dan hari tu merupakan hari pertama saya berkerja. Suasana baru, officemate baru, dan semuanya baru buat saya. Tapi hari itu saya tak sangka yang saya jumpa awak. Saya tahu awak sebab senyuman awak. Senyuman yang mampu buatkan semua lelaki cair. Wajah awak, saya cam semuanya...
Teringat balik peristiwa saya terlanggar bahu awak ketika dia kedai makan dulu. Lagi menggembirakan saya, awak berkerja di tempat yang sama. Saya rasa sangat beruntung. Boleh la saya berkenalan dengan awak.. Boleh la saya lunch sama2 dengan awak..

Hari2 saya begitu seronok bila saya sentiasa melihat awak. Walaupun saya tidak sempat berkenalan dengan awak, tapi tetap saya rasa seronok.

Suatu hari, saya sedang buat kopi. Dan sekali lagi saya tak perasan awak berada di belakang saya. Tiba2..

Saya : Opsss awak! Saya tak sengaja!
Awak : Ha! Ya Allah. Apa yang awak buat ni. Habis kotor baju saya! Macam mana ni...
Saya : Takpe2, saya tolong lapkan..
Awak : Dah dah tak payah.. Awak buat kerja awak.. Saya..

Awak betul2 marahkan saya.. Saya takut, takut awak bencikan saya.. Saya minta maaf sebab saya tak sengaja. Saya tak perasan langsung awak berada betul2 di belakang saya.. Saya minta maaf..


Sejak dari kejadian tu, bila saya lalu sebelah awak, awak macam buat2 tak pandang saya. Saya tak tahu kenapa.. Saya tak berani nak tanya..

Setelah seminggu berlalu saya nekadkan diri saya untuk bercakap dengan awak.. Saya pergi ke meja awak dan..

Saya : Assalamualaikum.. Hye awak..
Awak : Waalaikumsalam.. Ohh, ha nak apa??
Saya : Awak, saya mintak maaf sebab kejadian haritu. Saya tak sengaja. Saya tak perasan awak ada dekat belakang saya..
Awak : Awak tahu tak baju saya tu saya terpaksa buang taw sebab kotor kopi awak tu masih lagi terlekat di baju saya...!
Saya : Hmm, saya tak tahu. Saya mintak maaf sangat..
Awak : Yela saya maafkan awak. Dah awak boleh sambung buat kerja awak. Saya ada banyak lagi kerja nak buat ni...
Saya : Okay, tapi saya harap awak dapat terima ni sebagai tanda saya nak mintak maaf dekat awak... Nah..
Awak : Apa ni?? Bunga??
Saya : Yes, bunga untuk awak tanda saya mintak maaf dekat awak..
Awak : Hmm, saya.. Terima kasih ye awak..

Awak senyum dekat saya. Masa tu saya rasa macam seronok, happy sangat! Saya tak tahu nak cakap macam mana, tapi saya suka senyuman awak..
Sejak dari itu, saya mula berkawan dengan awak. Kita sama2 lunch, sama2 dinner even meeting pun sama2. Yes, saya seronok sangat berkawan dengan awak..

Hari2 saya begitu seronok bila awak sentiasa ada dengan saya. Awak tempat saya mengadu masalah saya, tempat saya melepaskan geram saya dekat office dan semuanya!

Awak : Awak, awak ada impian tak??
Saya : Impian? Impian macam mana??
Awak : Impian la. Impian awak untuk future awak nanti..
Saya : Ohh hmm, saya tak tahu la awak. Tapi yang pasti saya cuma nak make sure saya akan bahagiakan orang yang saya sayang sampai bila2.
Awak : Aww that's really sweet awak.. So, awak dah ada ke orang yang awak sayang tu?? Heheh..
Saya : Hahaha, apa awak ni. Tak ada la. Kalau tak saya takkan nak nya selalu dengan awak kan. Saya tak tahu la. Saya ada suka dekat seseorang ni, cuma belum sampai masanya lagi untuk saya luahkan apa yang saya rasa..
Awak : Awak dah ada la ye? Hmm, beruntung kan orang tu dapat awak. Mesti dia happy je. Selesa. Yela, awak baik je kan. Tak pernah saya tengok awak marah2 tak tentu pasal.
Saya : Hahah awak ni. Puji saya lebih2 pulak. Mana ada la awak. Dah dah, kita tukar topik lain ye..


Suatu hari saya dikejutkan dengan berita yang amat amat menyedihkan saya.. Sampaikan saya tak tahu apa perasaan saya.. Saya hanya berdoa dan tidak henti berdoa kepada Allah.. Saya harap Allah dapat selamatkan awak..
Saya dapat tahu daripada kawan-kawan awak, awak telah dimasukkan ke hospital. Saya terus ke hospital untuk melihat keadaan awak. Saya takut sangat kehilangan awak sebenarnya..

Saya : Doktor macam mana keadaan dia..?
Doktor : Oh dia mengalami masalah mata. Sebab dia terkena terlalu kuat cahaya. Mata dia bermasalah sebenarnya. Dia tak boleh terlalu kena cahaya yang terang sangat.
Saya : Hmm, so, doktor rasa mata dia boleh diselamatkan??
Doktor : 80% tak..
Saya : Hmmm...

Terduduk saya masa tu mendengar apa yang doktor cakapkan.. Saya rasa hmm, macam.. Macam tak ada siapa lagi yang saya nak ketawakan, senyumkan..

Setelah seminggu..

Doktor : Nurse, tolong saya bukakan pelekatnya..
Awak : Hmm, doktor, mata saya sakit...
Doktor : Sabar.. Itu kesan sebab awak baru je lepas operation.. Awak buka perlahan-lahan ye mata awak..

Selepas beberapa minit...

Doktor : Macam mana awak rasa? Sakit lagi tak?
Awak : Emmphh, saya rasa elok sikit doktor..
Doktor : Alhamdulillah, awak kena lalui beberapa ujian. Lepas tu awak boleh keluar. Dalam masa tiga hari lagi la ye..

Selepas beberapa ujian...

Awak : Doktor, saya boleh keluar sekarang kan??
Doktor : Oh boleh boleh.. Tapi ni. ada surat daripada kawan awak. Dia dah lama bagi kat saya suruh saya berikan kat awak.
Awak : Oh yeke, terima kasih ye doktor. Saya pergi dulu. Terima kasih banyak2 doktor..
Doktor : Sama-sama..

Sampai di rumah. Pada malam tu, dia terus membaca surat yang diberi doktor tadi...


"Assalamualaikum awak. Saya ni.. Saya ingat lagi pertama kali saya melihat awak di cafe dekat Mall. Time tu saya tak perasan boleh terlanggar bahu awak. Saya betul2 rasa bersalah masa tu... Setelah sebulan selepas peristiwa tu, saya telah dipindahkan daripada tempat kerja saya, ke tempat kerja awak. Mulanya saya tak menyangka awak boleh kerja sama company dengan saya. Saya terkejut. Macam mana saya tahu awak? Well, disebabkan peristiwa tu la saya tak dapat lupakan awak.. Saya masih ingat lagi masa saya tak sengaja tumpahkan kopi dekat baju awak. Saya minta maaf sebab buat macam tu. Saya tak sengaja.. Saya tak perasan langsung awak ada kat belakang saya. Saya terkejut masa tu sebab ternampak awak. So saya pun tertumpahkan la kopi tu dekat baju 'mahal' awak. Heheh. Sebagai balasan, saya hadiahkan awak bunga kan. Bunga sebagai tanda saya minta maaf dekat awak. Selepas dari peristiwa tu, kita dah berkawan. Awak tahu setelah beberapa bulan berkawan dengan awak saya rasa lain sangat. Saya rasa selesa, seronok dan happy sangat.. Awak ingat lagi masa awak tanya kepada saya tentang impian saya apa? Ingat? Saya ada cakap dengan awak yang impian saya nak bahagiakan orang yang saya sayang. Awak, impian saya dah tercapai awak. Dah tercapai!! Saya bersyukur sangat sangat!! Awak pernah juga tanya saya siapa orang yang saya sukakan tu kan. Awak nak tahu ke? Baiklah saya akan bagitahu awak.. Sebenarnya awaklah orangnya. Awaklah orang yang saya nak bahagiakan selama ni. Saya terpaksa tulis surat sebab saya tak akan berjumpa dengan awak lagi. Malah saya harap awak tak mencari saya lagi. Saya rindu semuanya dengan awak. Saya rindu tengok awak senyum, ketawa awak, kelembutan awak, wajah awak, suara awak, nakal awak, makan dengan awak, jalan dengan awak, buat awak marah, bagi hadiah dekat awak dan segala2nya tentang awak. Awak, terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya. Saya bersyukur sangat dapat berkawan dengan awak. Saya berterima kasih sangat sangat. Awak, jaga mata awak elok2 ye. Saya dermakan mata saya dekat awak. Keadaan awak masa tu kritikal. Doktor cakap hanya 80% sahaja untuk awak buta, kecuali ada yang mendermakan. Jadi saya nekad untuk dermakan mata saya kepada awak. Kan saya ada impian saya. Saya nak tengok orang yang saya sayang bahagia. Dan sekarang saya tahu awak bahagia. Awak... Teruskanlah hidup awak ye. Saya sayang awak.. Saya cintakan awak.. Dan saya rindukan saat2 bersama awak.. Terima kasih awak atas semuanya..."



 "I do love you until forever. Bye. Take care."






















Fully Designed By ME | Ask First If You Wanna COPY | Alright Deserved By SYAZA