We are all dreamers wanting to be completely out of touch with reality

Debat Oh Debat !

Assalamualaikum .

Siapa kat sini percaya yg aku ni adalah seorang pendebat ? Siapa percaya ? Mohon jangan diangkat tangan tu . Buang masa ja sebab aku takkan nampak apa korang tengah buat depan pc or laptop tu sambil membaca setiap perkataan yang ditaip oleh aku . Hehehehe , well I know , mesti akan ada orang yang tak percaya aku ni seorang pendebat . Wkwkwkwkwk ! Alaa , at the first aku mula melibatkan diri dalam dunia debat ni kan , aku pun tak percaya yang aku ni dah sah menjadi seorang pendebat ! Omaigadd omaigadd hahahahaha :D nak nak lagi kan jadi pendebat dekat sekolah baru kan . Kalau kat sekolah lama , aku taklah nak rasa excited terlebih macam ni sangat . Herher , berani kan aku ? Okay dah Syaza , jangan nak angkat bakul sendiri . Ehh kenalah angkat bakul sendiri , takkan nak angkat bakul orang lain pulak kan ? Bakul korang angkat sendiri ler . Sini , guwa nak cerita macam mana guwa boleh terfikir nak libatkan diri dalam dunia debat . See see , dah terserlah muka excited aku depan laptop ni dengan ditemani Alin yang sedang melayan cerita Korea dan jugak Kak Nina yang sedang membuat kerja-kerjanya .

Pada suatu hari....... ah sudah Syaza . Tak payah nak berpada suatu hari sangat . Masa tu aku tengah belajar dalam kelas . Tengah buat kerja yang cikgu bagi . Tetiba ada seorang cikgu ni datang dalam keadaan termengah-mengah sudah berada tercangak di depan pintu kelas 4 Juara iaitu kelas aku . Macam biasalah kan , kalau ada sesiapa ja datang ke kelas kita , mesti kita akan tengok dia sebab nak tahu tujuan dia . Yer idok ? Dengan perlahan-lahan cikgu tu bersuara lepas cikgu yang tengah mengajar masa tu *ekceli en I tak ingat masa subjek apa* memberi izin kepada cikgu yang tetiba datang tu ,


Cikgu nak cari sesiapa yang sudi nak masuk debat peringkat zon . Cikgu nak dari kelas ni saja sebab cikgu rasa kelas ni saja yang okay daripada kelas lain . Cikgu nak ambik lagi 4 orang . Ada sesiapa yang nak masuk tak ?


Korang rasa , apa reaksi budak-budak kelas aku masa dengar cikgu tu cakap ? Boleh agak tak amende ? Haaaa sini hang aku nak habaq mai , masa cikgu tu sebut je perkataan DEBAT , semua budak kelas aku dah macam terdiam kejap . Ceh , menggelabah je masing-masing , sebelum tu bukan main bising lagi kelas tu . Ahakzs~ aku rasa dah boleh buat bunyi krikk krikk lepas cikgu selesai cakap . Takda sorang pun yang menunjukkan tanda-tanda keinginan nak join . Aku lak masa tu dah rasa nak join tapi guwa tak yakin loh guwa boleh debat . Aku tengok takda siapa yang join , so aku pun buat tak tahu dan meneruskan kerja aku . At the same time , cikgu tu tengah tengok semua orang macam nak random je ambik orang masuk debat dah takda siapa sudi . Hati aku ni berasa macam cikgu ni nak ambik budak-budak baru je like aku and kawan-kawan aku yang lain . Dalam beberapa minit dia diam , cikgu tu kembali bersuara ,


Kelas ni kan yang ada pelajar baru yang datang dari sekolah agama ? Mana dia ? Cikgu rasa cikgu ambik depa ni lah dah takda siapa yang nak . Siapa pelajar-pelajar baru tu ? Ada berapa orang tah ? Cepat cepat~ 


Pilihan apakah ini ? Yeahh... aku memang dah agak . Betul tekaan aku . Aku tengok Meera , Meera tengok aku , dengan pakej muka yang terkejut . Then , aku tengok Syed lak . Syed memang bijak k bijak -.- dia just buat taktau ja apa yang cikgu tu kata . Sambil sambil tu dok suruh aku ngan kawan-kawan aku yang lain keluar pergi kat cikgu tu . Dengan keterpaksaan , kami pun melangkah keluar sambil tersenyum-senyum ke arah cikgu tu . Budak baru kan ? Inilah contoh terbaik . Wakaka ! Cikgu mula mengambil nama masing-masing kecuali Aina . Yes Aina --' dia awal awal lagi dah tolak seratus peratus tanpa ada perbincangan . Acewahhh hahaha takpa lagipun memang dah limit . Cikgu tu kata dalam debat ni ada 5 orang menteri . Cikgu just cari 4 orang lagi sebab yang sorang lagi cikgu dah jumpa . Calon yang sangat sesuai . Abang form 5 . Err abang ? Okay euww euww ^^ mula mula aku tak kenal lagi siapa si abe Arif form 5 tu . Rupa-rupanya si abe pengawas yang selalu naik pentas tu . Then , Fitrah bagitau dekat cikgu yang ada sorang lagi iaitu Syed ! Hahahaha padan mukamu . Nak mengelak sangat , kan dah kena jugak . Inilah dikatan girl's power :D dalam nak taknak tu dia terpaksalah join benda alah ni . Sangat kesian . Selepas hari tu , Fitrah pulak kata dia kena tarik diri sebab masa cuti masa kami berlatih , dia balik kampung :( masa tu aku dah berharap jangan Meera pulak yang gatal gatal nak tarik diri . Takda kawan nak gocip k . Hikhik k gedik . So , tempat Fitrah digantikan oleh Faiz . Hahahaha ini lagi lawak . Gelak kat orang sangat en . Kuikui :3

Sejak bergelar sebagai debator sekolah , aku dah jarang masuk kelas dah . Dah banyak kelas aku skip . Bukan aku je , Meera , Syed , Faiz and Arif pun sama . Tudiaaa tengok tu 2 kuntum bunga dikelilingi 3 ekor kumbang yang asyik nak kembang je . Hahahaha k tak lawak Syaza k dah diam semua . Skip kelas banyak sekali semata-mata demi debat . Eleh , at the same time happy sebenarnya . Huahuahua , yelakan ada homework yang tak siap and dapat elakkan diri daripada masuk kelas BI . Oh so so boring you know -.- guwa enggak ngerti apa yang diajarin dia . Adik-adik diluar sana , jangan meniru perbuatan yang tak bermoral ini ya . Kang aku tibai sorang sorang dengan wayar wayar yang terbiar kat kedai ayah aku ni haaa . Sodap gilos . Okay dah . Oh ya oh ya ! Before that , let me tell you , jawatan yang dipegang oleh aku . Ni mula nak bangga ni . Hehe , apa ni Syaza , Astagfirullah... Sebelum mula latihan , cikgu dah serahkan jawatan masing-masing . Aku telah dilantik menjadi PERDANA MENTERI . Look you all , I jadi Perdana Menteri Pertama di Malaysia haaa . Ahakzs~ tak lawak jangan gelak . Diikuti Meera sebagai Menteri Kedua , Arif sebagai Menteri Ketiga , Syed pulak Menteri Keempat dan Faiz Menteri Kelima . Menteri-menteri ni semua penolong aku :D Perdana Menteri , Menteri Kedua dan Menteri Ketiga je ada tugas penting . Menteri Keempat dan Kelima tugas diorang mencatat je hujah pihak lawan . Senang gila right ?

Sepanjang latihan berlangsung , memang best sangat . Aku rasa aku dah makin suka dengan debat . Takut tu memang ah sebab first time masuk kan . Tapi disebabkan ada ahli-ahli debat yang sangat sporting dan selalu buat aku gelak , perasaan takut aku tu berkurang sikit ah . Berkurang je tapi still terasa . Haha . Plus , cikgu yang melatih tu pun sporting gak ah . Tak strict sangat . Masa latihan kan kitorang banyak main tau . Mula-mula tu serius kejap je . And then , bila si Faiz and Syed buat lawak , aku memang dah tak tahan nak gelak . Tunggu lagi , terhambur segala ketawa ketawa aku bersama Meera . Arif ni kekadang gelak kekadang tak . Antara kami berlima , Arif la yang agak serius sikit masa berlatih . Aku tak tahu apa yang ada dalam kepala hotak dia . You know why ? Sebab dia ni selalu ada idea nak bagi 'rancak' teks debat kami . Kata cikgu , Arif sangat rajin membaca . Thats why kepala hotak dia penuh dengan macam-macam idea . So awesome . Hahaha , kagum jugak aku dengan dia ni . Asalnya Syed jadi Menteri Kedua , tapi disebabkan dia asyik main-main , tak serius langsung , maka cikgu pun tukarkan Syed dengan Meera . Pertukaran yang sangat bagus . Tempat latihan kami dekat library . Duduk kat situ dari pagi sampailah waktu habis sekolah . Syok oh ! Cikgu-cikgu tak selalu ada masa latihan sebab kena mengajar . So , kami kena berlatih sendiri . Berlatih sendiri tulah yang menyebabkan banyak main-main dan gelak dan gelak je . Hehe ^^

Satu je aku tak suka masa latihan tu . Itupun selepas Faiz yang bagitau . Ish , apesal la dia mesti bagitau aku ? Grr -.- see now aku dah jadi takut nak berhadapan dengan Arif . Ha-ha-ha . Faiz cakap , dia perasan yang Arif selalu tengok aku masa aku tengah berlatih baca teks debat . Macam tu jugak bila Arif tengah baca teks debat . Arif akan tengok aku . Mula-mula tu aku rasa macam Faiz ni merepek sebab dia memang kuat merepek . Aku buat muka tak puas hati masa Faiz cakap macam tu . Faiz cakap lagi ,


Hang tak caya ka ? Ish , betul la . Buat apa aku nak bohong ? Takpa , satgi hang perhati elok-elok masa hang tengah baca takpun masa dia tengah baca . Aku tak tipu aihh . Haa haa aku taktau . Hahahaha


 See that ? Faiz memang suka buat aku takut . Tapi memang betul pun . Guwa rimas you know . Sekali sekala takpa . Masalahnya banyak kali !!! Pfft =.= lantaklah benda dah berlalu . Bila teringat balik macam sengal pun ada . Whatever it is , I'm happy when with them . 5 hari berlatih and now tiba masanya hari pertandingan :D

Hari Rabu (tak ingat berapa hari bulan) . Pukul 3 petang . Lawan dekat SMK Lailatul Shahreen . Sampai je dekat sekolah tu , tudiaaaaa baq hang , orang ramai gilaaaa . Aku mula dah rasa ketaq . Tapi still mampu gelak lagi sebab Faiz dan Syed memang pandai buat gementar aku hilang . Tajuk yang dibahaskan masa tu ialah 'Aktiviti Kokurikulum Memupuk Perpaduan' . Sebelum semua pendebat kena dikuarintinkan , salah seorang wakil daripada setiap sekolah kena cabut kertas yang ada tertulis Kerajaan dengan Pembangkang . Kena tunggu giliran dulu . Dekat tempat kami berkumpul tu terserempak dengan Syra , Nabilah and aku tak tau la siapa yang sebelah Syra haritu . Dia kenal aku . Hehe sorry girl , can I know your name ? Sebelum aku kena cabut kertas , Faiz dah pesan siap-siap dekat aku . Pesanan dia tu dah macam ugut aku je . Kwaja betul dia ni . Hahaha


Aku nak kita dapat KERAJAAN . Apa-apapun aku nak KERAJAAN . Pastikan hang ambik kertas yang tulis KERAJAAN . Hang ambik PEMBANGKANG punya , siap hang dengan aku . Aku .......

Agak bengang jugak masa dia kata camtu . Aku tak ingat dia kata lepas tu . Aku kena cepat cabut dengan budak SMK Putra . Yeahh , they're our 'enemy' . Haa not real enemy , just in debate only . Lepas dah cabut tu , aku terus bagi dekat cikgu Fiza suruh dia buka kertas tu . Then , aku beralih dekat kawan-kawan seperjuangan aku sambil buat muka mintak penyepak sorang-sorang..... suddenly debators of SMK Putra said that they've got PEMBANGKANG and at the same time Cikgu Fiza said KERAJAAN ! Perasaan aku masa tu , Ya Allah sangatlah gembira dan tenang . Alhamdulillah :') aku terjerit kot masa tu . Hahaha , sangat tak guna :D Faiz tak habis habis membebel . Dia kata nasib baik dapat Kerajaan , kalau dapat Pembangkang dia sepak aku masa tu jugak . Amboi , dayus hengko nanti weh . Dia kata lagi , masa aku buat muka mintak penyepak , dia ingatkan dapat Pembangkang . Hahaha , well aku tengok muka Faiz masa tu pun tau dah yang Faiz dah mula bengang . Wkwkwkwk :p lepas tu semua kena masuk kelas yang disediakan untuk setiap sekolah . Kami kena kuarintin :'( lol tak cedih pun . Dalam bilik tu berlatih cakap lagi . Sini nak cakap , masa debat tu kan kami pakai blazer . Faiz dengan Syed kan , seriously nampak lain masa pakai blazer . Segak , comel dan handsome . Memang tiptop . Arif nampak biasa sebab dekat sekolah aku selalu nampak dia pakai blazer . Pengawas weh .

Now , time to war ! Muahahahaha poyo lebih k dah diam . Bagi aku , SMK Putra bukan lawan aku . SMK Syed Hassan dengan SMK Putra sama saja level diorang . Perasaan takut tu tak rasa sangat . Masuk kelas tempat debat antara sekolah aku dengan sekolah Putra , nampak Eyra ! Eh Eyra jadi Speaker Dewan lah . Kenapa tak beritahu ? Debate began . Aku cakap , hang bahas balik . Hang cakap , aku bahas balik . Masa tu jugak kan , aku rasa nak gelak sebab menteri-menteri kat belakang aku . Aku senyum je tengok pendebat SMK Putra . Cara diorang cakap memang bagus tapi ada kurangnya teks diorang . Tengah berdebat , tetiba nampak Mimie dengan Syra masuk dalam kelas tu . Aku hanya mampu tersenyum saja . Takkan nak lambai lambai tangan pulak . Hahaha . Aku tak dengar dah apa yang Menteri Ketiga sekolah Putra kata apa sebab dok bercakap dengan Mimie dari jauh dalam bahasa bisu . Tersangatlah bijak masing-masing . Mimie dengan Syra masing-masing sibuk dengan phone . Aku rasa macam minah 2 orang ni online and Mimie suka snap gambar aku pehal ? Haha . Pastu kan weh Mimie cakap kan , dia cakap kan ....


Budak yang duduk kat belakang hang tu kan comel *kernyih*


Aku terus beralih belakang . Okay Faiz . Memang dah agak . Aku pun bagitau kat Faiz ada orang cakap dia comel . Lepas tu Faiz cakap yang duduk bertentangan dengan kami ka . Aku angguk jelah . Faiz senyum tak sangaaa . Huh . Tiba masanya aku menggulung segala isi Kerajaan . Gila cepat aku cakap tau . Hahaha semput tau tak ?! Dah habis tu , tunggu keputusan para juri . Pergh , gementar gila . Aku tak pandang orang lain dah . Aku tunduk tengok meja ja . Tangan sejuk . Juri suruh Eyra umumkan siapa yang menang . Aku berdebar dan berdebar dan berdebar dengar Eyra bercakap sampailah........... 


"Dengan ini , usul diterima ."


Alhamdulillah . Ya Allah , terima kasih . SMK Syed Hassan layak ke peringkat suku akhir . Aku gembira sangat . Sebelum keluar dari bilik tu  , kami salam dengan para juri dan pihak lawan . Then , jumpa Eyra . Cakap-cakap dengan Eyra . Pergi kat Mimie and Syra lak . Aku menjerit terus depan muka Mimie . Herher , nampak tak ketidakmatangan aku disitu ? Kesah apa aku ? Faiz terus nyanyi lagu SMK Syed Hassan lepas keluar daripada kelas tu . Aku hanya mampu gelak ja . Taktau nak kata apa dah . Terkejut pun ada . Makanan yang diorang bagi pun kami takmau . Meera takmau . Faiz takmau . Syed pun takmau . Arif ja yang mau . Yang lebih tu aku bawak balik . Meera , Faiz dan Syed balik dengan Cikgu Fiza . Arif balik dengan mak dia . Mimie marah aku sebab aku bagitau Faiz yang Mimie kata Faiz comel . Lol Mimie lol . Aku balik dengan Mimie . SMK Lailatul Shahreen , see you next week !!!! (aku cakap hari tu)

Berlatih lagi . Kali ni tajuk debat ialah 'Penerokaan Hutan Wajar Diteruskan' . Entahlah , aku dah mula rasa takut sangat bila dapat tahu SMK Syed Hassan akan berdebat dengan SMK Agama (P) . Weh , sekolah lama aku tuuu ! Hati aku memang berdebar gila tapi masih mampu bergelak lagi . See that ? Betapa gilanya aku . Masa berlatih tu pun kami banyak main-main dan berlatih pun kurang . Faiz dengan Syed dok layan Harlem Shake dalam library . Arif pun sama . Terkejut masa aku tengok Arif buat macam tu . Errr sengal . Diorang kata aku penyebab dan pembawa Harlem Shake kepada geng debat . Meera pun setuju tu kenapa ? :( sampainya hatimu . Dah banyak hari aku fikir . Aku nak SMK Syed Hassan menang sampai ke peringat akhir dan dalam masa yang sama aku nak SMK Agama (P) menang jugak dapat pertandingan debat ni . Aku tahu diorang boleh dan mampu buat . Aku kenal cara diorang macam mana . Masa tu baru aku tahu macam mana takutnya yang dirasakan oleh orang-orang yang pernah bertanding dengan wakil-wakil SMK Agama (P) dalam apa-apa saja pertandingan . Aku jadi bingung . Mana satu yang aku perlu pilih ?

Tiba masanya hari pertandingan . Elok sampai je kat SMKTLS , aku dah rasa takut sangat . Muka aku jadi panas . Airmata aku rasa macam nak jatuh . Tapi aku tahan dan cuba tersenyum untuk sembunyikan rasa gementar aku . Bila nampak pulak pasukan debat SMKAP , aku memang dah tak tahan . Airmata aku memang nak keluar masa tu jugak . Ish , kenapalah masa tu jugak ? Takleh ke tunggu kejap ? :'( aku keluar dari tempat orang ramai berkumpul , aku menangis kat luar lorong tu . Aku dah tak peduli orang lain nampak . Aku memang takut sangat . Then , Meera , Fitrah and Aina pergi kat aku . Meera dah mula nak menangis jugak sebab dia tak boleh tengok aku menangis . K sweet :') Fitrah dengan Aina cuba memujuk . Aku tak boleh nak berhenti . Aku takut . Tangan aku sejuk gila . Faiz , Syed dan Arif terkejut tengok aku dan Meera tetiba nangis . Diorang tak faham dan aku takkan bagi diorang faham kenapa aku rasa takut dan menangis . Cikgu Fiza *cikgu debat SMKAP* , dia bagi semangat dekat aku .



Kalah menang tu adat pertandingan . Takda apalah yang nak ditakutkan . Kita semua sama . Depa pun lebih kurang sama ja dengan kamu . Dah dah , tak payah la menangis . 


Aku hanya mampu tersenyum . Then , kena cabut undi . Kali ni aku redha apa yang aku dapat . Aku dah tak berharap apa-apa . Okay , dapat Pembangkang . Masa berjalan pergi ke bilik kuarintin , ramai yang tengok airmata aku jatuh satu persatu . Dalam bilik tu pulak , aku cuba tenangkan diri . Tarik nafas . Hembus . Tarik nafas . Hembus . Faiz dan Syed cuba pujuk aku dan Meera balik . Macam-macamlah diorang buat . Sorry geng , it's not work . Sampailah diorang buat Harlem Shake , terus terburai gelak aku . Sengal gila . Aku kuatkan hati aku . Aku tak nak menangis dah . Tapi , ketakutan tetap menguasai aku . The time has come . I want or do not want , I have to faced with them . Masa aku berdebat , memang dapat rasa kegigilan aku . Aku tak tahu apa yang aku cakap masa tu . Tergagap-gagap . Nak nak lagi bila aku tengok ramai yang tengok kami berdebat . Aku dah mula rasa down . Aku dah mula rasa kegagalan yang bakal kami terima . Meera pun macam tu jugak . Aku takut aku akan hancurkan harapan semua orang . Dah la aku pelajar baru kat SMK Syed Hassan . Meera pun sama . Kami datang dari SMK AGAMA (P) . Aku takut orang lain akan fikir bukan-bukan . Aku bukan sengaja nak bagi pasukan aku kalah . Aku boleh bandingkan diri aku dengan kawan-kawan aku yang wakil SMK Agama (P) . Diorang hebat dan aku tak .

Masa penggulungan ni yang buat aku tergelak . Aku terlupa nak bagi pasukan aku duduk ! Masa speaker dewan jemput Ketua Pembangkang untuk buat penggulungan , semua pasukan aku kena berdiri sama-sama kononnya nak bagi penghormatan kat aku . Cewahh , penghormatan terus . Haha . Dah berdiri tu , aku ambil nafas . Aku tenangkan diri . Aku selesakan diri aku . Lepas tu , aku terdengar Syed macam kata sesuatu kat aku . Tapi aku tak dengar . Aku tengok dia . Aku blur kot . Yang aku terfikir Syed ni sengaja kacau aku . Aku jeling ja dekat diorang . Guess what , they were shocked . Aku pun mulakan ayat pertama aku . Masa aku mula , aku pandang diorang , tengok diorang duduk . Naahh amekaw ! Aku terlupa weh . Sorry sangat . Aku tergelak terus . Hahahaha , juri pun gelak jugak . Dah habis menggulung , aku duduk tempat aku then aku gelak . Actually , aku bengang gila kat penjaga masa tu . Reti jaga masa ke tidak ?! Ish , aku rasa macam kena sabotaj ja . Geram gila . Tiba masa speaker dewan umum , yes I already know it , our team lose . Debators of SMK Agama (P) won it . Congrats ! I'm so proud of you :* teruskan lagi kejayaan korang sampai ke peringkat kebangsaan .

Aku terima kekalahan ni dengan hati yang terbuka . Aku redha . Setakat tu sajalah yang mampu aku perjuangkan . Maaf , aku dah hancurkan harapan semua orang . Maafkan aku . Terima kasih untuk Cikgu Raja dan Cikgu Fiza sebab sudi melatih kami sehingga kami sudah cekap berbahas .Terima kasih kepada pasukan debat aku yang sudi memberi kerjasama . Well , no blazer free for us . Hahaha , aku belanja Pizza Hut haritu pun dah cukup , okay ? Hari berlalu dan terus berlalu , baru sekarang aku teringat nak update pasal debat bagai . Aku free masa cuti je . Masa sekolah , aku jadi malas nak meng-update . Anyway , hubungan aku dengan pakcik tu dah baik macam biasa . Alhamdulillah . Dah lama aku berharap agar kami berbaik semula . Aku ingatkan harapan aku ni sia-sia ja , rupa-rupanya takkkk ! Okay bye semua .


Sebenarnya , kenangan masa debat tu telah menjadi kenangan manis aku . Aku akan tersenyum bila teringat semula . Aku tak menyesal dengan apa yang aku buat dan dapat . Aku ada mereka . Mereka yang selalu buat aku ketawa dan akan buat aku gembira bila aku sedih . Thanks friends .


Some pictures for you....











Sorry , gambar tak jelas . Aku just screen capture daripada twitter Mimie and instagram Meera . Malas nak download .




Fully Designed By ME | Ask First If You Wanna COPY | Alright Deserved By SYAZA