We are all dreamers wanting to be completely out of touch with reality

Aku , Kau Dan Mereka

Assalamualaikum .

Terlebih dahulu , aku ingin memohon maaf jika entry aku yang lepas telah membuatkan korang terasa . Itupun kalau korang terasa . Aku sedar semasa menulis benda itu . Yelakan , mana ada orang yang tak sedar semasa menulis panjang macam tu kan . Cuma masa tu aku rasa sakit hati sangat . Okay dah , aku malas nak fikir semua tu dah . Rasa lega sangat semalam lepas luah semua masalah yang aku sedang hadapi kat ibu . Terima kasih ibu . Today , aku nak sajikan korang dengan cerita yang aku baru buat . Cerita ni bawa episod tau ! Korang kena setia selalu dengan blog aku ni haa kalau taknak terlepas mana-mana episod . *bajet macam cerita aku tu best sangat* . Okay , best ke tidak tu aku tak pasti lah . Apa-apapun , aku buat cerita ini just nak bagi korang baca and cerita ini takda kena mengena dengan sesiapapun . Its come from my own mind . Mintak tolong boleh ? Tolong tinggalkan perasaan korang dekat comment sana selepas korang baca cerita ni . Boleh kan ? Aku mohon sangat :)



“Kringgg! Kringgg! Kringgg!”

Jam loceng berwarna merah jambu itu berdering berulang-ulang kali. Tetapi gadis itu masih terasa berat untuk bangun dari tidurnya. Tanpa mempedulikan deringan tersebut, gadis itu mengambil keputusan untuk menyambung tidurnya semula. Hari ini adalah hari persekolahannya. Mungkin dia malas untuk pergi ke sekolah atau mungkin dia terlupa. Al maklumlah, hari itu adalah hari Isnin. Hari sebelumnya adalah hari Ahad dimana semua pelajar sedang bercuti ketika itu. Gadis itu kelihatan tenang seperti tidak sedar akan sesuatu.

“Kakak! Heyy, bangunlah. Sekolah harini. Jam tu dah bunyi banyak kali, tak reti nak bangun ke hah?! Heyy bangun! Bangun! Nanti lewat pulak. Kakak, bangun!” Kejut ibu itu. Terkejut kerana anak gadisnya masih berlingkar dalam selimutnya. Lantas dikejutnya gadis itu.

“Emm, kejap lagi la. Awal lagi kan? Kejap lagi akak bangun. Ngantuk la. Kejut abang dengan Achik dulu,” pinta gadis itu. Dia benar-benar ingin meneruskan tidurnya.

“Heyy! Dah, jangan cakap banyak. Bangun akak. Bangun! Lepas mandi, pergi kejut Achik pulak. Abang dah bangun awal daripada kamu lagi,” kata ibu itu sambil memukul anak gadisnya itu dengan bantal. Berbekalkan perasaan yang sangat malas, gadis itu bangun juga dari tempat tidurnya. Dia mula mengeliat dan menggosok matanya. Ibunya tersenyum lalu keluar dari bilik gadis itu. Gadis itu mengambil tualanya lalu ke bilik air. Selepas itu, dia menunaikan solat Subuh dahulu dan kemudian barulah dia mengejutkan adiknya.  Gadis itu, abangnya serta adiknya bersarapan bersama sebelum pergi ke sekolah. Jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Mereka segera menghabiskan ‘kerja’ mereka pada pagi itu.

“Terlupa lagi lahtu. Kan ibu dah pesan. Bangun dari tidur kena kemas katil. Tu haa, katil yang berselerak tu siapa yang nak kemas? Ibu jugak ke? Korang adik-beradik ni kan,” bebel ibu mereka sebelum mereka berangkat ke sekolah.

“Katil Achik ibu tolong kemas ehh. Macam biasa ler. Hehehehe,” pinta Achik.

“Katil abang tu biarkan je. Kalau abang rajin nanti, abang kemas lah. Don’t worry la,” kata si abang.

“Ibu kemas katil Achik sorang je. Balik sekolah japgi akak kemas katil tu. Tapi, kalau ibu rajin, ibu tolong la kemas ehh. Hahaha k gurau gurau,” gadis itu pula bersuara. Dia ketawa.

“Buat apa lagi ni? Tak reti tengok jam ke? Lewat dah ni. Cepat masuk dalam kereta! Ish budak-budak ni lah. Achik, jangan dok lupa or tertinggal barang pulak. Check betul-betul,” tegur si ayah apabila melihat mereka masih tercegat di ruang tamu rumah mereka. Masing-masing segera menyalami tangan ibu mereka dan terus keluar rumah. Kemudian mereka segera menaiki kereta yang dipandu oleh ayah mereka. Mereka berlainan sekolah. Si abang akan dihantar dulu oleh ayahnya kemudian diikuti gadis itu dan terakhir si adik. Berbalik kepada gadis itu. Setelah sampai ke sekolah, dia menuju ke kelasnya dengan segera. Nasib baiklah hari ini namanya tidak dicatit oleh pengawas.

“Hai cik kak, semalam tidur pukul berapa? Mimpi apa tadi? Datang sekolah terus senyum macam tu. Taknak kongsi dengan kitorang ke?” tegur rakan gadis itu ketika dia menuju ke tempat duduknya. Gadis itu memandang kawan-kawanya. Kawan baiknya. Dia terus tersenyum dan senyum sehingga kawan-kawannya berasa pelik akannya. Sebelum ini memang lah dia pernah senyum sebegitu setiap kali dia sampai ke kelas. Tapi kali ini, senyuman dia agak pelik sedikit.

“Salah ke aku senyum kat korang pagi-pagi harini? Ini sedekah tau. Kita kena mulakan pagi kita dengan senyuman. Lagipun, macam lah sebelum aku tak pernah hadiahkan korang senyuman aku yang paling menawan ni haa,” balas gadis itu.

“Yela tu cik Fiqa. Kau tak payah nak hide something daripada kitorang. Apa? Kau ingat kitorang baru kenal kau kelmarin ke? Better kau cakap cepat. Aku sumbat mulut kau dengan pencil box aku ni kang baru kau takleh senyum langsung,” gertak kawan gadis itu, Nana.
“Jangan lah garang sangat waktu pagi camni. Tak elok untuk muka tau. Cepat tua baru korang tahu. Hahahahahahahaha,” Fiqa, si gadis itu cuba bergurau dengan mereka. Gurauannya itu lantas disambut,

“HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!” ketawa yang sengaja dibuat-buat.
Fiqa tersipu malu. Gurauannya yang disangka bakal meletuskan ketawa kawan-kawannya ternyata tidak. Malah, dia disambut dengan ketawa yang dibuat-buat. Amat menjengkelkan. Tapi itu untuk beberapa minit sahaja, Fiqa kembali dengan senyumannya seperti sediakala. Kawan-kawan Fiqa merenung mukanya seolah-seolah ingin menjadikan Fiqa sebagai hidangan utama mereka. Fiqa pula yang kehairanan. Dia mengerutkan keningnya dan kemudian mengangkat keningnya sebelah menandakan dia sedang bertanya sesuatu. Namun, kawan-kawannya masih diam membisu. Ada yang terbatuk kecil. Ish, dah kenapa dengan diorang? Pelik je aku tengok, gumam hati Fiqa.

“Hey puteri-puteri sekalian, sedang termenungkan siapa? Putera idaman ya? Siapakah gerangan putera yang telah membuatkan cik puteri sekalian termenung sebegitu rupa?” soal Fiqa dalam berbahasa istana sambil memetikkan jarinya kea rah muka kawan-kawannya.

“Putera idaman nenek kau! Kitorang tengah tunggu bilalah si mulut milik Nurafiqah Nadhirah bt. Saifuddin nak bercerita tentang apa yang telah membuatkan minah tu tersenyum bahagia harini. Weyy, ceritalah cepat!” kata Hanim bagi pihak kawan-kawannya yang lain. Dia kemudiannya menampar bahu Fiqa. Hanim tersenyum seolah-olah puas dapat menampar Fiqa. Fiqa mengaduh kesakitan. Terselit rasa lucu di hati kawan-kawan Fiqa apabila melihat dia ditampar oleh Hanim.

“Yela. Ish, susah jugak kan nak sembunyi something from korang. Aku senyum pun korang dah dapat agak. Padahal setiap hari aku datang dengan senyum macam ni,” akhirnya Fiqa mengalah jugak. “Hmm. Waktu rehat japgi la aku cerita kat korang. Kelas dah nak start la sayang-sayangku sekalian,”  Fiqa menyambung kata-katanya bersama ‘janji’.  Fiqa sekali lagi menghadiahkan senyuman untuk kawan-kawannya.

“Apa kau fikir kita baru kenal kelmarin ka? Sumbat mulut kau dengan botol air ni kang baru kau berhenti senyum. Yela, waktu rehat karang kau tak cerita kau siap dengan kitorang,” gertak Eqin. Eqin sememang-memangnya sudah tidak sabar mendengar new hot story daripada Fiqa. Baginya, apa sahaja yang diceritakan Fiqa, semuanya menarik perhatiannya.

“Hehehe. Apa ni? Tadi Nana nak sumbat mulut aku dengan pencil box, kau lak nak sumbat mulut aku dengan botol air. Janganlah woii. Hahaha, aku akan ceritalah. Herot mulut aku kang takleh senyum dah. Time tu baru korang tahu nak rindukan senyuman aku. Muahahahahaha!” lantas Fiqa ketawa setelah memberikan fakta sebegitu.  Nana, Hanim, Eqin serta dua orang lagi kawannya, Damia dan Liyana memandangnya dengan perasaan menyampah. Tetapi mereka turut ketawa apabila mendengar Fiqa bertutur seperti itu. Kemudian kegilaan mereka bermula apabila masing-masing mengeluarkan benda-benda yang merepek yang ada di dalam otak mereka.

Begitulah mereka pada pagi hari. Ada saja perkara yang akan menjadi topik untuk mereka ketawa sehingga kadang-kadang membuatkan orang lain seperti ingin tahu apa yang dibualkan oleh mereka. Ketawa mereka sahaja sudah membuatkan kelas 3 Wawasan tidak sunyi. Kadang-kadang ketawa sahaja yang lebih daripada apa yang sedang mereka berbualkan. Apabila cikgu sudah mula masuk untuk mengajar, pelajar-pelajar kelas 3 Wawasan termasuklah kawan-kawan Fiqa segera menuju ke tempat masing-masing. Sesi pembelajaran bermula seperti biasa. Pembelajaran pada waktu pagi membuatkan Fiqa rasa mengantuk. Walaupun ketika itu ialah masa mata pelajaran kesukaanya iaitu Bahasa Melayu, Fiqa tetap jugak berasa mengantuk. Begitu juga kawan-kawan sekelasnya yang lain. Fiqa beberapa kali menutup mulut akibat menguap. Nana yang duduk di sebelah Fiqa juga begitu. Sesekali Nana akan mengerling jam tangannya dan persoalan yang akan sentiasa bermain di mindanya, bilalah masa cikgu ni nak habis entah? Cepatlah masa berlalu.

“Siapkan kerja sekolah yang sudah cikgu berikan kepada kamu semua. Kemudian, ajk Bahasa Melayu, tolong kumpulkan buku karangan dan hantar ke meja saya. Okay kelas? Assalamualaikum,” suara Cikgu Anisa yang sedikit lantang itu menyebabkan beberapa orang pelajar yang tertidur untuk seketika terkejut lalu terjaga daripada tidur mereka. Ada yang menggosok mata. Ada yang mula mengeliat. Ada juga yang berlari ke tandas untuk membasuh muka sebelum guru matapelajaran seterusnya masuk mengajar.  Fiqa dan kawan-kawannya telah berlalu ke tandas. Selepas membasuh muka, mereka segera kembali ke kelas. Ketika mereka hendak duduk, guru matapelajaran Geografi memasuki kelas mereka. Sesi pembelajaran Geografi bermula sehingga berakhirnya waktu pembelajaran itu. Pelajar di dalam kelas 3 Wawasan sudah mula mengerling jam tangan masing-masing. Mereka sudah tidak sabar untuk rehat. Apabila mereka dibenarkan untuk rehat, mereka sudah mula menarik nafas lega.

Fiqa, Nana, Hanim, Eqin, Damia dan Liyana berjalan menuju ke koperasi sekolah. Pada waktu rehat, mereka lebih suka menikmati makanan di koperasi sekolah berbanding di kantin sekolah. Mereka akan makan di kantin apabila mempunyai kelas petang sahaja. Sepanjang perjalanan mereka ke koperasi, gadis-gadis itu tidak lekang dengan ketawa mereka sehingga menarik perhatian beberapa pelajar lelaki yang berdekatan dengan mereka. Apabila mereka menyedari akan hal tersebut, mulalah masing-masing tersipu malu. Kononnya lah kan. Padahal dalam hati sedang menahan gelak. Mereka memandang dan senyum antara satu sama lain. Mereka berjalan seperti biasa seolah-olah tidak sedar apa yang berlaku.

“Wehh korang, agak-agak kan minggu ni koperasi siapa yang jaga ehh? Minggu lepas abang-abang form 5 yang jaga. Hope minggu ni form 5 jugaklah. Hehehehe,” Damia bersuara semasa mereka sudah dekat menuju ke koperasi. Sememangnya, Damia sedang menyimpan perasaan terhadap senior mereka di sekolah itu. Bertambah gembira dan bersemangat si Damia selepas mengetahui bahawa ‘abangnya’ itu merupakan ahli Kelab Koperasi Sekolah dan senior kesukaan Damia itu juga akan menjaga koperasi apabila tiba waktu rehat.

“Amboi kau. Bersemangat nampak? Aku bet minggu ni dia tak jaga. Hahahaha, kecewa Damia if senior dia yang hensem tu tak jaga. Hahahaha,” usik Liyana. Damia mula mencebik mukanya. Fiqa, Nana, Hanim dan Eqin turut ketawa setelah Liyana berkata begitu. Pelajar tidak kelihatan ramai di koperasi. Mungkin mereka semua menyerbu kantin akibat ingin melantak nasi di sana. Selepas makan, barulah mereka menyinggah ke koperasi untuk membeli sesuatu. Liyana mula tersenyum sinis kepada Damia. Itu menandakan bahawa senior mereka yang diminati Damia itu tidak menjaga koperasi untuk minggu ini. Nana dan Hanim sudah memecahkan kotak ketawa mereka. Manakala, Fiqa dan Eqin hanya tersenyum kepada Damia. Sesungguhnya Damia berasa sungguh kecewa. Alahai, kenapa minggu ni dia tak jaga? Dah 2 minggu dia tak jaga. Damia mengungkapkan rasa kecewanya di dalam hati. Sabarlah wahai Damai dan juga si hati
.
“Hi juniors. Happy je. Napa? Kongsilah sama,” sapa senior mereka, Khairi yang sedang menjaga koperasi. Khairi sudah kenal benar dengan geng Fiqa. Mereka seolah-olah pelanggan tetap dan setia koperasi. Jika tiada apa untuk dibeli, mereka pasti akan datang juga.

“Hehehe. Ehh abang Khairi, harini jaga sorang ka? Mana partner? Abang Khairi jaga dengan siapa hah?” Liyana membalas kata Khairi. Dia sengaja bertanya sebegitu kepada Khairi. Liyana berpaling ke arah Damia. Damia sedar akan pandangan itu dan dia terus menjeling. Aku cekik jugak Liyana ni kang. Gumam Damia dalam hati.

“A’ah la bang, kenapa harini sorang pulak? Bukan kena jaga 2 orang ke? Ke partner dah melepaskan jawatan? Hahahahaha,” Hanim turut menyampuk. Fiqa dan Eqin tersenyum riang kerana menahan ketawa daripada meletus.

“Korang ni dah kenapa? Ada pulak jaga sorang-sorang harini. Partner tu mesti ada, okay? Si partner tu pergi tandas kejap. So, tinggal la abang sorang kat sini,” Khairi menjawab soalan mereka dengan penuh kehairanan. Tiba-tiba saja mereka ini. Dia menggarukan kepalanya. Mujurlah ketika itu hanya ada geng Fiqa saja.

“Siapa partner abang untuk minggu ni?” Damia mencelah setelah dia berdiam diri. Kawan-kawannya memandang dia. Ketawa dalam hati saja.

“Datang nak beli barang ke nak beli orang? Hmm tu haaa, panjang umur partner abang. Wehh Asyraf! Junior tanya pasal kau nihh,” jawab Khairi sambil menuding jari ke arah pemuda yang sedang berjalan menuju ke koperasi.  Khairi menjerit memanggil pemuda itu, Asyraf. Damia kelihatan terkejut. Dia memandang satu persatu muka kawannya. Tetapi dalam terkejut Damia itu, terselit perasaan gembira di dalam hatinya. Akhirnya, jumpa juga dia kat sini.

“Korang nak apa? Dah berapa lama ada kat sini tapi satu benda tak beli lagi? Suka sangat jadikan koperasi ni tempat korang menyembang. Masak benar dengan perangai korang,” perli Asyraf sengaja. Asyraf juga sudah cukup mengenali mereka. Bagi Asyraf, junior seperti mereka ini tersangatlah best. Mereka jenis tak kesah apa orang nak kata.

“Aik? Ohh harini turn abang Asyraf jaga ehh? Patutlah ada orang tu semangat je nak datang sini. Ohh dah dapat bau siapa yang jaga rupanya. Hahahaha,” Liyana sengaja berkata begitu sambil mengerling ke arah Damia. Muka Damia bertukar kemerahan-merahan.

“Ehh dah lahtu. Kang habis juga waktu rehat. Saya nak ice lemon tea and saya ambil kerepek ni,” pinta Fiqa sambil menunjukkan kerepek yang diambilnya. “Harga macam biasa kan? Nah,” Fiqa menghulurkan wang RM5 ringgit kepada Khairi. Khairi menyambut pemberian itu dan memulangkan bakinya. Nana, Hanim, Eqin serta Liyana juga membeli kerepek dan air minumana. Kemudian mereka membayar pembelian mereka itu. Asyraf dan Khairi sudah mengetahui makanan dan minuman apa yang mereka akan  beli. Al-maklumlah kan, setiap kali rehat, mereka tetap akan membeli makanan dan minuman yang sama.

“Damia? Damia taknak beli apa-apa ke? Nak minuman macam biasa ke? Abang nak ambil ni,” tegur Asyraf setelah menyedari bahawa Damia belum membeli apa-apa lagi. Asyraf memandang Damia. Eqin yang berada di sebelah Damia menguis siku Damia. Daripada raut wajah Damia itu sudah menunjukkan bahawa Damia dalam keadaan blur.

“Err macam biasa lah. Ehh Damia bayarlah cepat. Dalam kelas japgi kau sambung berangan k? Waktu rehat pun rasanya nak habis dah. Kau tengok belakang ada ramai murid nak beli pulak. Cepat weyy,” Eqin berkata bagi pihak Damia. Damia hanya mengangguk dan segera mengeluarkan wang untuk membayar pembeliannya itu. Asyraf mahupun Khairi berasa pelik. Mereka malas hendak menyoal banyak kerana kerja mereka itu harus diselesaikan dengan segera. Setelah itu, Damia dan kawan-kawannya berlalu pergi. Damia juga berasa pelik akan dirinya. Kenapa tiba-tiba dia jadi blur sebegitu? Terkejut kerana tadi? Tapi kenapa? Damia mengeluh.


Akan bersambung di lain hari....... 


At Ameera's House

Assalamualaikum . 



Heyy manusia , lama kan tak nampak aku post entry baru . Ya aku tahu aku tahu . Hmm k faham faham je lah . PMR nak dekat dah . Dekat sangat . SANGAT . Lepas trial haritu , aku dah mula busy . Even tengah free pun , aku takkan ada idea nak update apa . Rindu gila segalanya yang berkaitan dengan blog . Entry pasal raya pun aku tak update . Tak guna betul . Hahaha k .

So , disaat aku sedang kesempatan mempunyai idea , dengan segeranya aku update . Manalah tahu ada manusia manusia yang sedang rindukan kehadiran aku . Hikhikhik k gedik . Aku rasa korang boleh agak kot sekarang aku ada dekat kat mana . You see the title right ? Yes , I'm at Meera's house now . Konon nak study , tapi benda lain yang buat . Plus , aku bawak laptop jugak . Memang study tu takkan pernah terjadi . Meera pun tak pernah kesah kawan kawan dia yang comel plus awesome plus gilerz ni nak buat apa kat rumah dia . Sebab tu aku suka stay kat rumah dia . Ahh ~ rasa macam rumah aku ja . Meera baca ka ni ? Mohon jangan rasa apa-apa ehh . Masing-masing sibuk . Sibuk la sangat en . Sibuk menghabiskan masa dengan benda-benda yang tak berfaedah . Ahai , PMR dekat dah , tapi kami still rilek macam PMR tu lambat lagi . Hmm lambatnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa -,-

Kelmarin dah pergi rumah Meera . Harini pergi lagi . Hahahaha tamak gila aku nak stay rumah dia banyak kali . Kelmarin lagi lama kot stay kat rumah dia . Dari pukul 3.15 petang - 10.00 malam . Lama kan ? Agak lama lah jugak study Sejarah . Aku jadi cikgu diorang . Waktu malam tu bermulalah kegilaan kami semuaaaaa . Nasr call dia punya kawan , Amar . Wahhh !! Suara Amar best giler . Lepastu , pergi rumah Aina nak ambik laptop dia . Balik pulak rumah Meera , masuk bilik dia , then on skype terus . Lawak gila skype dengan Amar . Macam bangang je :3 hahaha kesian Nasr . Asyik kena usik dengan Amar . Amar ni bapak gila sweet kau tahu . You know what , Amar cakap Arifah isteri pertama dia , Aina isteri kedua dia . AKU ISTERI KETIGA DIA and the last Meera isteri keempat dia . Awwhhh ~ teruja sangat masa dia kata camtu . Please lahhhhh *muka menyampah* Most important , dia cakap Nasr babu dia . So teruja . Tahu tak siapa Amar tu ? Alaaaaaa , Amar si tweetpemesh tuuu . @AmarChillax *aku tak letak link twitter dia , so memandai cari sendiri kat twitter* :P

Arifah : Boboy / Amar : Yayang . Aina : Biy / Amar : Baby . AKU : ABANG  / AMAR : HONEY. Meera : Sweetheart / Amar : Sunshine

Actually , today aku sekolah . Meera ajak lepak rumah dia konon nak study Geografi . Cannot go bila cakap pasal study tu . Arifah with Meera sedang menunjuk aura kegilaan mereka kat Amar . Dasar isteri pertama dan keempat . Huh . Aku isteri yang ketiga ni rilek jewrzzzzzzzzz . Lulz . Diorang print out gambar Amar and buat something yang begitu kreatif dekat gambar tu . Aku tengok je lah sambil update ni haaaaaaaaa . Eleh sikit tak kesah diorang buat kerja camtu . Hmm , Nasr pun sama jugak . Aiman Rahman , itu mangsa Nasr . Kreatif doh kawan-kawan aku ni . Bertuah badan k . Aina tak join kami pulak harini . Haha rugi gila isteri kedua Amar ni . Madu-madu dia sedang bergembira disini *mampus aku kalau Amar tertonggek kat blog aku* . Aaaa hmmm aku tak tahu nak balik pukul berapa ni . Ohh yaaaa ! SORRY TO FARID IKHWAN . Sorry pasal semalam . Kawan-kawan saya punya kerja . But .................................................... wth to your girlfie . Jebon you know =.= 

And......................................... ahh sudah aku taktahu nak taip apa dah . Ada idea lagi ? Meh share sini :) macam boleh kan . KAN ? Anyway , aku mintak maaf if sepanjang penglibatan aku dalam dunia blogging ni aku ada sakitkan hati mana-mana pihak . Hope korang yang macam terasa tu kan , maafkanlah aku . Aku nak PMR dah ni . Zero zero la ehh ? *buat muka comel* Doakan kejayaan aku untuk PMR ni . Aku nak banggakan ibu ayah aku dengan result aku yang gempak gila bapak tuuuuu . Insya-Allah , kalau itu rezeki aku . Kkkkkkk dahhh . Aku dah blur nak taip apa . Aaaa tak panjang kan entry kali ni . Selalunya panjang je sampai korang penat nak baca . Pelik , baca je pun , bukan suruh menaip sekali macam aku ni haa . Wehhh , membaca itu jambatan ilmu kot . Amalan mulia pulak tu . Hahahahaha bongok =.=



Fully Designed By ME | Ask First If You Wanna COPY | Alright Deserved By SYAZA