We are all dreamers wanting to be completely out of touch with reality

Aku , Kau Dan Mereka Part 4

Assalamualaikum .

Sedang aku meng-update cerita ni , ketahuilah bahawa Perlis sedang hujan . Ya hujan . Line tak berapa nak okay sangat . Agak mencabar kesabaran aku . Tapi demi pembaca , aku tetap nak update cerita ni untuk korang baca . Yelakan , cerita rekaan aku tu berhenti dekat Part 3 baru . Sedih gila . Hmm , idea takda nak buat sambungan macam mana lagi . Past is past . Now , tak payah cakap banyak , kuncikan mulut korang dan pergi bawah sana baca sambungan cerita rekaan aku ni . Bagi yang masih taktau apa-apa , sila godek balik entry aku yang lepas . Nanti akan bertemu . 





Petang itu,  pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 dikehendaki pulang lewat kerana mereka perlu menghadiri ceramah yang berkaitan dengan peperiksaan yang bakal diduduki oleh mereka anjuran pihak sekolah. Perkara itu sudah diketahui mereka pada hari sebelumnya. Tetapi, kelihatan beberapa pelajar mengeluh kerana perlu pulang lewat juga walaupun kelas tambahan dibatalkan. Mengapa tidak pulang terus sahaja? Perlukah mendengar ceramah ini? Kenapa tidak dilakukan semasa pembelajaran sesi pagi atau sesi selepas rehat saja? Petang-petang begini memang membuatkan pelajar-pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 berasa begitu malas. Tambahan pula, kepenatan belajar di dalam kelas masih berbekas lagi. Dewan sekolah itu dipenuhi dengan kehadiran mereka semua setelah menghabiskan masa rehat. Tidak begitu sesak kerana hanya melibatkan dua tingkatan sahaja. Pelajar perempun dikehendaki duduk di sebelah kiri dewan manakala pelajar lelaki duduk di sebelah kanan dewan. Bagi pelajar yang ingin cemerlang, mereka pasti ingin berada di barisan hadapan. Sementara menunggu kehadiran penceramah, dewan itu mula dihiasi dengan suara-suara pelajar di situ. Sudah disuruh diam, tetapi sebentar sahaja diamnya itu, selepas itu berbunyi kembali. 

"Walawei! Barisan depan dah full. Fuhh, taklah banyak sangat orang," 

"Biarlah. Kau nak duduk depan ke?" Soal Liyana kepada Hanim sambil mengibas-ngibaskan tudungnya. 

"Aku nak duduk depan? Haha, tunggu kena paksa baru aku nak," Hanim menuding jari ke arahnya kemudian dia tergelak kecil. Dia nak duduk di hadapan? Minta maaflah, Hanim bukan seorang yang suka duduk di hadapan walaupun diminta orang. Biarlah ceramah itu seronok atau tidak, tempat dia tetap belakang juga. Selagi dia masih mampu mendengar dan melihat penceramah itu dari belakang, selagi itu dia akan terus duduk di situ.

"Bagus. Tempat biasa ahh wehh. Bawah kipas. Panas dan penat berjalan ni," rungut Liyana sambil matanya mencari-cari tempat duduk yang sesuai untuk diduduki oleh dia dan kawan-kawannya yang tersayang itu. Hanim juga turut mencari.

"Okay, jom! Aku jumpa dah. Cepat!" tangan Hanim terus direntap Liyana tanpa memberi sebarang isyarat. Terkejut Hanim dibuatnya. Liyana memang begitu. Bukannya mahu beritahu dulu dimana tempatnya, terus direntap tangan tanpa memberi apa-apa isyarat. 

Setelah mendapati tempat duduk mereka, Hanim dan Liyana terus meletakkan beg sekolah mereka lalu melabuhkan punggung mereka di atas lantai dewan itu. Liyana masih mengibas-ngibaskan tudungnya akibat peluh yang melekit di lehernya. Mujur tempat itu tidak dihuni oleh sesiapa lagi. Hanim pula sedang menjamah makanan ringan yang dibelinya di koperasi semasa rehat tadi. Liyana mahupun Hanim, masing-masing diam melayan perasaan sendiri sambil memerhatikan gelagat pelajar-pelajar di sekeliling mereka. Mungkin sudah habis modal untuk bercakap. Liyana yang tadi sedang mengibas-ngibaskan tudungnya, mengalihkan tangannya ke arah begnya lalu dibuka zip begnya itu dan mengeluarkan sebuah buku nota kecil berwarna oren. Apabila sedang bosan, begitulah kerja Liyana. Menulis apa yang ada di dalam benak fikirannya. Sesekali dipandangnya Hanim yang sedang bercakap dengan rakan sekelas mereka. Sedang leka dia menulis sesuatu,

"Hai Liyana. Sorang saja?" tegur satu suara yang cukup dikenalinya. Liyana berpaling ke arah kanannya. Oh, Izzat rupanya. Haziq pun ada. Mana yang lain? Liyana menghadiahkan senyuman kepada Izzat dan Haziq lalu menggelengkan kepalanya sambil jarinya menunjuk ke arah Hanim.

"Berdua ja? Mana yang lain? Takkan fly pulak kot," Izzat menegur lagi. 

"Taklah. Berenam. Tak nampak? Memang lah tak nampak sebab lagi empat tu invisible," Liyana menjawab sambil menjelingkan matanya ke arah Izzat. Tersengih Izzat dibuatnya. Haziq tanpa sesaat terus tergelak kecil. Tanya kawan-kawan aku pulak kat mana. Habis tu kawan-kawan dia yang lain mana? Fly jugak ke? Liyana menyoal di dalam hati. 

"Yela. Kami pun berdua jugak. Yang lain ada dekat kelas lagi. Terhegeh-hegeh. Diorang suruh abang Izz dengan Haziq jaga tempat duduk. Tak sangka duduk sebelah menyebelah je," beritahu Izzat tanpa diminta oleh sesiapapun. 

Liyana menghentikan 'kerjanya' itu. Liyana memandang ke arah Hanim. Ehh? Sejak bila Hanim sudah tercangak kat tepi aku. Hanim memandang Liyana. Raut wajah Hanim seolah-olah sedang bertanyakan sesuatu. Liyana hanya mengerutkan dahinya. Hanim merampas buku serta pen Liyana dan dia menulis 'Izzat tu dah kenapa? Peramah semacam. Haziq diam je tak cakap banyak macam dia.' Hanim menunjukkan tulisan itu kepada Liyana. Liyana hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.  Pelik. Sebelum ini, jarang sekali Izzat nak beramah mesra dengan mereka. Tunggu ditegur oleh mereka ataupun kawan-kawannya, baru Izzat menunjukkan kemesraan dia melayan mereka. Tetapi hari ini, kok bisanya jadi seperti ini? Semalam dia ni ada pergi mana-mana kuliah ke? Ustaz mana yang dah berjaya 'pulihkan' dia? Lagi satu, macam mana dia tahu apa yang sedang difikirkan aku? Belum aku menunjukkan tanda ingin bertanya, dia sudah memberikan jawapan. Tanpa disedari, Liyana memandang Izzat pelik.

"Hahaha. Wehh Yana, nak pandang orang pun cover la sikit. Ni nampak sangat pandangannya. Tajam giler," tegur Haziq sambil ketawa dan menepuk-nepuk bahu Izzat. Haziq tahu apa yang bermain di minda Liyana dan juga Hanim. Pasti tertanya-tanya akan perubahan sikap Izzat terhadap mereka. 

"Hah! Kau tahu takpe. Izzat kah itu? Biar betul?" Hanim mencelah dahulu sebelum Liyana sempat berkata. Hanim sengaja menggosok-gosok matanya. Ketika itu, kawan-kawannya yang lain sudah berada dengan Liyana dan Hanim. Eqin yang duduk di hadapan Liyana sedang bertanyakan sesuatu kepada Hanim setelah Liyana tidak menjawab soalannya sebentar tadi.

"Bangang ahh kau, Izz! Wehh, semalam abang Izz ada pergi mana-mana kuliah tak? Asal transform jadi macam ni? Abang Haziq hoiiii, seriuslah ni abang Izz versi terbaru? Meh sini Yana nak tampar muka korang berdua," tanya Liyana sambil jarinya menyuruh-nyuruh mereka mendekatinya supaya Liyana boleh menampar muka kedua-duanya. Dia yang tak percaya, orang lain yang menjadi mangsa tangannya itu. Memang patut pun orang itu kena penamparnya. Kawan-kawan Liyana yang tidak mengetahui apa-apa sudah menunjukkan muka sardin. Kot yer pun, kongsilah dengan teman-temanmu ini, wahai cik Liyana. 

"Takde kuliah mana-mana pun. Izzat yang dulu tu hipokrit kalau Yana and korang semua nak tahu. Konon tak suka korang lah, padahal dalam diam-diam dah terwujud perasaan suka kat korang semua siap puji-puji lagi. Hahahaha, sekarang ni baru Izzat yang betul. Tak transform pun," muncul suara Asyraf ketika itu. Kelihatan Khairi dan Naim juga turut baru sampai bersama Asyraf lalu duduk memandangkan majlis sudah ingin bermula. Mereka sengaja datang lambat kerana malas bercampur dengan pelajar lain ketika majlis belum bermula. Duduk di kelas terasa aman. Tiba-tiba sahaja Izzat hari ini hendak turun ke dewan awal sikit. Kata-katanya sebelum meninggalkan mereka bersama Haziq, "Jodoh kita dengan diorang kuat. Kat mana-manapun pasti bertembung. Tunggu korang kat sana!" 

"Ehh! Ehh! Aku pun sama wehh. I mean, abang Naim pun sama jugak. Hehe. Terikut-ikut dengan ego Izzat. Tapi, aku still layan korang baik jugak kan?" jujur Naim tanpa dipinta. Terserlah kepuasan di wajah Naim setelah dia berkata sebegitu. Liyana dan Hanim tidak berkata apa-apa cuma sedikit tercengang dengan 'transformasi' Izzat dan Naim. 'Transformasi' Izzat lagi yang tidak disangka-sangka. Izzat dan kawan-kawannya ketawa melihat reaksi mereka. 

Kawan-kawan Liyana yang lain hanya mengangguk sedikit tanda mereka terima Izzat sekarang. Sementara Liyana, Hanim dan Eqin sibuk melayan Izzat dan kawan-kawannya, Fiqa mencuit lengan Damia membuatkan Damia berpaling ke arah Fiqa. Nana yang perasankan agedan tersebut turut melibatkan diri sama. Damia bertanya perlahan kepada Fiqa. Fiqa menjuihkan bibirnya ke depan. Nana yang sudah faham akan maksud itu terus tergelak. Damia faham akan gelak itu. Sudah tentu ingin mengusik dirinya. Kenapa masa aku sampai sini, dia jugak baru sampai sini? Cubalah dia datang lewat sikit, sudah tentu aku dah bersedia nak berhadapan dengan dia. Getus hati Damia. Damia menjegilkan matanya ke arah Fiqa dan Nana tanda amaran supaya jangan berkata apa-apa. Fiqa dan Nana sudah menunjukkan aura-aura ingin mengusiknya apabila ketawa mereka tersembur keluar sedikit. Damia geram lalu ditutupnya mulut Fiqa dan Nana supaya menahan gelak. Sedikit kelegaan untuknya kerana Liyana, Hanim dan Eqin seolah terlupa akan dirinya yang selalu menjadi bahan usikan mereka. Mungkin betul-betul terlupa. 

"Argghhhh," Perbuatan Damia membuatkan Nana terjerit kecil. Fiqa terus menampar paha Nana. Nana mengaduh kesakitan. Nana menampar balik paha Fiqa dan paha Damia juga turut menjadi mangsa tamparannya. Agedan tampar-menampar diselangi dengan ketawa mereka.

Tiba-tiba Fiqa berhenti ketawa dan bibirnya mula mengukir senyuman. Senyuman sinis. Fiqa menyuruh Damia mendekatinya sedikit. Damia yang sedang kebingungan terus melakukan seperti yang disuruh Fiqa. Fiqa menarik telinga Damia lalu membisikkan sesuatu kepada Damia. Mula-mula, raut wajah Damia kelihatan terkejut. Tetapi selepas itu, senyuman mula terukir di bibirnya sedikit. Damia sengaja berpaling ke arah senior mereka itu. Seperti dikhabarkan Fiqa kepadanya.................... Nahh, terkantoi sudah abang Asyraf oii. Pandang-pandang anak dara orang tanpa berkelip pun. Amboi, dia ni pandang orang ke berangan? Jauh sungguh pandangan itu. Walaupun Khairi sedikit melindungi Asyraf, tetapi masih kelihatan Asyraf memandang ke arah Damia. Hendak tergelak Damia dibuatnya. 

Alahai Asyraf, mana taknya aku terjatuh dekat kau. Muka kau tu. Wehh, berapa lama lagi nak pandang macam tu? Tak keruan ku dibuatnya. Hehe. Demam ke apa si Asyraf ini? Ingin menyuruh Eqin menegurnya, tetapi takut Eqin berfikir benda lain pulak. Entah-entah nanti disangkanya Damia yang memerhati segala tingkah laku Asyraf. Nana seolah memahami apa yang bermain di fikiran Damia memberitahu Eqin agar menyuruh Khairi menegur Asyraf yang sedang berangan jauh itu. Kawan-kawannya yang lain sibuk berborak antara satu sama lain bersama Liyana, Hanim dan Eqin, yang dia ini sibuk melayan perasaan. Berangankan siapa entah. Damia mungkin. Damia berpura-pura tidak tahu dan terus memandang ke hadapan kononnya sedang mendengar setiap apa yang diperkatakan oleh penceramah itu.

"Hoi Damia!" jerkah Khairi kepada Asyraf. Walaupun jerkahan dia itu tidak begitu kuat namun berjaya didengari Damia. Damia masih berpura-pura tidak dengar kerana dia tahu panggilan itu bukan untuk dirinya.

"Hah?! Damia?" jerkahan Khairi itu membuatkan Asyraf terkejut lalu tersasul dia menyebut nama Damia membuatkan Damia menoleh muka dia ke arah mereka. Asyraf perasaan yang Damia sedang menoleh ke arahnya dan dia membalas pandangan itu. 

Kawan-kawan Asyraf dan juga kawan-kawan Damia mentertawakan mereka berdua. Muka Damia mula bertukar kemerah-merahan. Sudah la si Asyraf tanpa segan silu melihatnya sebegitu seolah-olah tiada siapa disisi. Damia pula segera memalingkan mukanya semasa kawan-kawannya mula mentertawakan dia. Ketawa ingin mengusik dirinya. Kelihatan Asyraf hanya tersengih seperti kerang busuk sambil menggaru sedikit kepalanya. Mulanya tadi Asyraf cuma melihat Liyana, Hanim dan Eqin yang sibuk bersembang bersama Izzat, Haziq, Naim dan Khairi. Asyraf hanya menjadi pendengar sahaja. Tetapi, bila dia memandang Hanim, anak matanya terjatuh kepada seraut wajah yang duduk di belakang Hanim. Asyraf menjadi leka memandang wajah itu. Disebabkan kelekaan dia itu, Asyraf dan Damia menjadi bahan usikan kawan-kawan mereka. Sekali lagi, muka Damia pasti berubah warna. 

---------------------------------------------------------------------------------------------

Beberapa minggu lagi, pelajar-pelajar tingkatan 3 bakal menduduki peperiksaan penting iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR). Cikgu-cikgu bertungkus lumus mengadakan pelbagai kelas bagi memantapkan lagi ilmu anak-anak murid mereka sebelum tiba waktunya. Semakin dekat PMR, semakin banyak tekanan yang dirasa. Awal-awal lagi mereka sudah diingatkan supaya menjaga kesihatan diri dan menangani apa jua tekanan supaya nanti tidak menjadi kekacauan di hari PMR. Selain daripada kelas yang dianjurkan oleh guru serta kerja yang telah dibagi oleh guru, mereka juga melakukan inisiatif sendiri dengan menghadiri mana-mana kelas tuisyen ataupun mengulangkaji sendiri di rumah tanpa mengharapkan dan menunggu menerima tugasan baru daripada guru. Mereka yang ingin berjaya, sudah pastilah akan berbuat sedemikian. Selain itu, jaga hubungan dengan pemilik alam ini. Kerana sibuk mengulangkaji, akhirnya terlupa untuk menunaikan sesuatu yang lebih penting lagi iaitu solat. Kalau berusaha kuat untuk berjaya, tetapi tidak pernah menjaga hubungan dengan Allah, mana mungkin kejayaan itu akan datang. Kalau betul pun, mungkin Allah ingin menguji kita.

Solat perlu jaga, akhlak terhadap ibu bapa dan guru-guru serta orang lain pun perlu jaga juga. Ketika ini, mereka ditegah sama sekali membuat perkara yang boleh mematahkan hati sesiapapun. Mereka dicadangkan agar membuat solat tambahan iaitu solat sunat seperti solah hajat, solat dhuha, solat tahajjud dan lain-lain lagi. Sebaik-baiknya ialah berdoa selalu. Doa itu senjata mukmin. Doa itu salah satu cara seorang insan meminta atau mengadu sesuatu kepada Allah. Allah suka jika hambaNya selalu berdoa kepadaNya. Kita perlu berusaha dan berdoa pada waktu yang sama. Jika berdoa sahaja, tetapi tidak berusaha, itu sombong namanya. Hanya mengharap sesuatu akan berlaku tanpa berusaha kuat. Allah pernah berkata Dia tidak akan mengubah nasib seseorang mukmin, melainkan seseorang mukmin itu berusaha mengubah nasibnya. Ayat itu sudah cukup menjelaskan bahawa kita perlu berusaha sebanyak mungkin untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Jika sudah berusaha dan berdoa, bertawakallah selepas itu. 

Bertawakal bukan bermaksud kita perlu berhenti daripada berusaha dan berdoa. Kita teruskan lagi amalan kita itu. Tawakal bermaksud kita berserah semuanya kepada Allah selepas kita sudah puas berusaha dan berdoa. Allah tahu hambaNya yang berusaha dan hambaNya yang tidak berusaha. Sentiasa berfikiran positif setiap apa yang dikehendakiNya. Bila-bila masa sahaja, Allah akan menguji hamba-hambaNya dengan pelbagi ujian dan dugaan. Jika hari ini, Allah memberikan kejayaan kepada kita, hendaklah kita mensyukuriNya. Janganlah bersikap riak dan alpa bahawa Allah yang telah memberikan kejayaan kepada kita. Tidak selamanya kita akan berada di atas. Jika hari ini, Allah memberikan kegagalan kepada kita, hendaklah kita berfikiran positif terhadap pemberian tersebut. Janganlah kita terasa rendah diri sehinggakan tidak mahu berusaha lagi selepas itu dan terus lupa hubungan dengan Allah. Teruskan berusaha lagi dan berdoa banyak-banyak. Mungkin Allah mempunyai perancangan yang lebih bagus untuk kita pada masa akan datang. Jika tidak di dunia, pasti di alam sana. Insya-Allah.

Seusai menunaikan solat Zohor, Fiqa keluar daripada biliknya. Agak lama juga dia bertafakur di atas sejadahnya. Fiqa ke meja makan untuk menikmati makanan tengahari. Pada tengahari itu terutamanya pada hujung minggu, Fiqa dan keluarganya jarang makan bersama. Namun, itu tidak menjadi masalah untuk Fiqa dan keluarganya. Fiqa membawa pinggannya yang sudah terisi denga nasi bersama lauk-pauk ke ruang tamu kerana dia ingin menonton televisyen sambil makan.

"Wehh, PMR kau bila?" soal abangnya, Syazwan yang tiba-tiba muncul di situ.

"Entah. Dalam tiga minggu lagi kot. Kenapa tanya?" soal Fiqa semula lalu menyuapkan mulutnya sedikit nasi.

"Ohh. Nanti sehari sebelum PMR, kau tolong remind aku, okay?" pinta Syazwan sambil jari-jemarinya sibuk menekan keypad handphone miliknya. Syazwan memandang Fiqa lalu tersenyum.

"Perlukah? Bukan kau yang nak PMR, adikmu yang tersayang ni haa yang bakal mendudukinya. Untuk apa nak suruh remind kau pulak?" soal Fiqa pelik. Memang betullah. Fiqa yang bakal mendudukinya, bukannya Syazwan. Kenapa Fiqa perlu mengingatkan dia pula? Atau mungkin..............

"Lembab!" Syazwan mengetuk kepala Fiqa. Fiqa terjerit kecil.

"Abangmu yang handsome lagi comel ni, nak suruh kau remind dia sebab nanti dia nak wish kat awek dia yang comel lagi disayang selalu tu haa. Ade faham?" Syazwan menjelaskan kepada Fiqa. Bukannya Fiqa tidak tahu yang hatinya sudah dimiliki seseorang. Dan seseorang itu bakal menduduki PMR juga nanti. Syazwan mengeluh.

"Ohh gue lupa, anak Encik Saifuddin dan Puan Siti Rohana sudah dimiliki oleh Nur Qaisara berbintikan apa aku taktau," Fiqa sengaja menaikkan sedikit volume suaranya apabila menyebut nama pujaan hati abangnya itu. Manalah tahu ibunya akan terdengar nanti. Fiqa tergelak di dalam hati.

"Kenapa tak masukkan nama aku sekali? Kan dah lengkap tu. Hehe," aura kegedikan Syazwan sudah muncul. Fiqa mencebikkan mulutnya. Dah la mengganggu aku makan. Nasiblah masih tinggal sikit untuk ditelan.

"Nak jugak? Eee, nama kau tak sedap, tapi takpa. Kau dengar ni. Wahai anak teruna kepada Encik Saifuddin dan Puan Siti Rohana yang diberi nama Syah Muhammad Syazwan, sudikah dikau memutuskan perhubungan dengan Nur Qaisara kerana adikmu ini tidak sanggup berakak iparkan orang yang sama umur dengannya," selepas berkata sebegitu, Fiqa tergelak lalu berlari ke dapur. Fiqa tahu Syazwan pasti bengang mendengar ayat sebegitu.

"Fiqa!!!" Syazwan menjerit memanggil namanya. Syazwan mengambil kusyen lalu dibaling ke arah Fiqa tetapi sempat dielak oleh Fiqa. 

Kedengaran suara Fiqa mengekek ketawa di dapur. Selepas mencuci pinggan yang digunanya sebentar tadi, Fiqa kembali ke ruang tamu rumahnya lalu dia mengusik abangnya dengan nama buah hati abangnya itu. Syazwan hanya memekakkan telinga kerana dia malas hendak melayan Fiqa. Makin dilayan makin menjadi. Mujur sahaja, hanya sekejap Fiqa mengusik Syazwan. Fiqa telah memasuk ke dalam biliknya. Entah apa yang dilakukannya. Disaat itu, ibu Syazwan, Puan Siti keluar daripada biliknya lalu ke sofa yang terletak di ruang tamu rumah mereka. 

"Yang tu siapa dia pulak? Kata yang pertama takkan ada penggantinya," Puan Siti mengujarkan soalan kepada Syazwan sambil matanya kusyhuk melihat cerita yang ditayang di dalam televisyen itu.

"Apa? Haa, betullah tu. Dia yang pertama. Mana ada orang lain. Orang yang samalah," berhati-hati Syazwan menuturkan jawapannya. Bukan apa, takut tersilap bagi fakta pula. Fiqa punya fasal lah ni.

Syazwan perlahan-lahan mencuba mengaturkan langkah ke biliknya. Syazwan tidak mahu berlama disitu kerana nanti apalagi soalan yang bakal disoal ibunya. Puan Siti akan terus menyoal selagi jawapan yang diberikan langsung tidak memuaskan. Mujurlah Puan Siti hanya seorang suri rumah sepenuh masa. Kalau Puan Siti seorang guru, nasiblah jika ada murid yang diajukan soalan oleh beliau. Syazwan melepaskan nafas lega kerana berjaya keluar daripada 'cengkaman' ibunya. Ketika melewati bilik Fiqa, langkahnya terhenti. Syazwan berasa ingin mengintai apa yang sedang dilakukan oleh adiknya itu. Perlahan-lahan Syazwan memulas tombol pintu lalu menolak pintu tersebut. Kelihatan Fiqa sedang mengulangkaji pelajaran atau mungkin sedang menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya. Memang benda itu yang patut dilakukan oleh Fiqa disaat-saat peperiksaan makin hampir. 

Tapi, itu apa yang sedang dipegang oleh Fiqa? Handphone, kan? Syazwan tersenyum sinis. Kalau dah namanya remaja, memang tak dapat berenggang dengan handphone. Tengah study pun masih sempat melayan orang tersayang di sana. Sedarlah wahai adikkku. Peperiksaanmu semakin menghampiri. Desis hati Syazwan. Syazwan tidak mahu mengganggu Fiqa. Biarkan saja dia begitu. Perlahan-lahan Syazwan menutup semula pintu bilik Fiqa. Syazwan berlalu ke biliknya. Sebenarnya, di luar pengetahuan Syazwan, Fiqa sudah mengagak bahawa ada orang sedang mengintai dia. Tidak lain tidak bukan, ini pasti kerja si Syazwan itu. Dah takda kerja lain apa selain mengintai aku? Fiqa meneruskan kerjanya sementara pesanan ringkasnya dibalas orang.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Di dalam bilik itu, Syafiq tersenyum sendirian sementara jari-jemarinya laju menekan keypad pada telefon bimbitnya itu. Sesekali dia ketawa. Orang sedang merasai bahagia bersama orang tersayang. Sesekali itu juga Syafiq terbayang wajah orang yang sentiasa bermain di fikirannya. Nurafikah Nadhirah. Gadis itu berjaya menawan hatinya buat kedua kali ketika hatinya sedang merasai kesakitan bersama seseorang. Ketika Syafiq memerlukan seseorang untuk meluahkan segala masalah yang dihadapinya, Syafiq terfikir akan gadis itu lantas mencari dia. Mujurlah, gadis itu masih ingin menjadi tempat luahan Syafiq. Gadis itu juga selalu memberi nasihat serta dorongan buat Syafiq. 

Dahulu, Syafiq pernah mempunyai hubungan istimewa bersama gadis itu. Tetapi, tidak bertahan lama kerana semuanya salah Syafiq. Syafiq sanggup meminta putus daripada gadis itu semata-mata kerana bekas teman wanita dia dulu hadir dengan tiba-tiba lalu mengharap agar cinta mereka diteruskan lagi. Kesian gadis itu. Dia langsung tidak bersalah walaupun layanan gadis itu terhadap Syafiq ketika itu memang kurang memuaskan berbanding dengan bekas teman wanita Syafiq itu. Syafiq tahu akan perasaan gadis itu kepadanya. Kini, gadis itu bukan seperti dahulu lagi. Gadis itu kelihatan lebih matang daripada usia sebenar dia. Gadis itu sangat memahami Syafiq. Sentiasa ada untuk Syafiq ketika Syafiq memerlukan kawan. Bijak mengambil hati Syafiq serta menceriakan hari-harinya. Gadis itu seorang yang kasar dari luarannya, tapi dalamannya Syafiq tahu pasti ada sifat kelembutan itu. 

Di saat Syafiq sedang kekusutan bersama dengan Dina iaitu kini sudah menjadi bekas teman wanitanya, hati Syafiq telah dicuri oleh gadis itu atau lebih mesra disapa dengan gelaran Fiqa. Syafiq ragu-ragu untuk meluahkan perasaanya terhadap Fiqa. Syafiq takut dia akan menyakiti hati gadis itu lagi. Syafiq ingin memilikinya. Namun, dia sudah ada yang punya. Akhirnya, Syafiq mengambil keputusan untuk memutuskan hubungannya bersama Dina. Syafiq tidak merasai bahagia ketika bersama Dina. Syafiq lebih bahagia jika Fiqa berada disisinya. Semasa Syafiq memberitahu Fiqa akan hal itu, Fiqa ternyata terkejut lantas menyalahkan dirinya sebagai punca keretakan hubungan Syafiq dengan Dina. Sudah beberapa kali Fiqa memohon maaf walaupun sudah diberitahu bahawa Fiqa bukan punca keretakan itu. 

Kalau dulu, Syafiq suka melentingkan suara jika Fiqa menegur kesalahannya atau memerli dirinya. Tapi sekarang, Syafiq cepat mengalah. Bukan kerana dia lemah. Syafiq ingin Fiqa berasa bahagia bila bersama dia. Syafiq tidak mahu hati Fiqa tersakiti kerana dia. Syafiq tersangat sayangkan Fiqa. Syafiq ingat lagi ketika dia ingin membuat pengakuan kepada Fiqa iaitu selepas seminggu dia tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan Dina. Lagi buat Syafiq bersemangat setelah mengetahui bahawa Fiqa suka tweet pasal dirinya di Twitter milik Fiqa. Hampir kesemua tweet yang dibuat oleh Fiqa telah dibaca oleh Syafiq. Syafiq tersenyum kegembiraan apabila membaca semua tweet itu.

"Err. Hello?" Perlahan-lahan Syafiq memulakan kata. Suara Syafiq juga agak terketar-ketar nadanya. 

"Aaa. Ya?" Suara orang disana juga kedengaran begitu berhati-hati. Mungkin sedang dalam kejutan kerana Syafiq membuat panggilan ini. Syafiq diam sejenak. Agak lama juga dia mendiamkan diri. Syafiq sedang berfikir sesuatu. Bunyi deheman daripada orang tersebut membuatkan Syafiq tersentak.

"Err, maaflah mengganggu Fiqa masa ni," Nada suara Syafiq kedengaran sama seperti tadi. Jangankan orang disana, dia disini pun sedang merasai kegigilan untuk bercakap. 

"Sokay. Aaa, tetiba call Fiqa kenapa? Kenapa tak mesej je?" Fiqa bercakap seperti biasa walaupun dia ketika itu sudah berasa seram sejuk. Terkejut. 

"Hehe. First time kan?" Soalan dibalas dengan soalan. Memang bagus sangat. Syafiq tersenyum. Perasaan berdebar-debarnya semakin kurang. Ketakutannya juga mulai hilang. Kini yang ada hanya perasaan gembira ketika mendengar suara si dia. 

"Ehh taklah. Beribu time dah. Huh!" ujar Fiqa. Ada ke patut dia tanya soalan sebegitu kepada Fiqa. Memanglah pertama kali. Soalan Fiqa pulak tidak dijawab. Syafiq ketawa malu sambil bermain-main rambutnya.

"Fiqa tak rasa apa-apa ke? Tak rasa takut? Terkejut? Nervous? Heart attack? Or selain daripada tu?" Banyak pula soalan yang diajukan oleh Syafiq. Syafiq ingin menyatakan hal yang sebenarnya, tetapi kata-kata itu bagaikan tersekat di kerongkongnya. 

"Are you out of your mind? Haruslah! Semua rasa ada tau! Dah bercampur-baur ni haa. Tunggu nak pengsan je. Please call ambulans. Ninonino," lancar sekali kata-kata Fiqa. Nampaknya, kejutan serta ketakutan yang dirasainya sebentar tadi mulai menghilang sedikit demi sedikit. Syafiq terus ketawa setelah Fiqa menghabiskan kata-katanya. Comel juga cara budak ni cakap. Sabarlah wahai hati.

"Jangan ahh sampai pengsan. Nanti Syaf rindu kang. Siapa nak teman Syaf pulak nanti kalau Fiqa pengsan and tetiba kena stay dekat wad?" manja sekali suara Syafiq. Syabas Syafiq! Anda telah berjaya membuat langkah pertama. Tunggu untuk langkah seterusnya pula. 

"Err, asal manja sangat ni? Syaf kan banyak member. Bukan setakat member, adik angkat dengan kakak angkat pun ada. Suruhlah diorang temankan Syaf," suara Fiqa kedengaran agak mengendur sedikit. Syafiq terdiam. Syafiq melepaskan nafasnya. Fiqa ni kan.

"Taknak diorang. Nak Fiqa temankan jugak. Fiqa sayang Syaf kan?" Syafiq masih tetap dengan nadanya yang manja. Terasa geli hati pula ketika mengatakan ayat-ayat itu. Pertama kali berkata melalui lah katakan.

"Aku cepuk jugak budak ni kang. Ish, fikir Fiqa ni lemah sangat ke? Teruk sangat lah sampai pengsan terus," Ambik kau. Manja sangat kan. Fiqa mendengus geram. Apalah sengkek sangat kepala hotak mamat ni? Tahulah pertama kali. Tapi tak payah la sampai jadi lembab macam tu sekali. Haishh.

"Hehe. Tak tak. Hmm, Fiqa tak jawab pun soalan Syaf. Fiqa sayangkan Syaf?" Syafiq mengajukan soalan cepumas buat Fiqa. Selama ini hanya berkata-kata dalam sms. Kali ini, Syafiq ingin mendengar daripada mulut Fiqa sendiri. 

"Ehh, banyak pulak kredit Syaf call Fiqa. Sebelum call ni, entah dah topup banyak-banyak apa? Haha," Fiqa sengaja berkata begitu. Ketawa Fiqa juga dibuat-buat. Kalau dalam sms atau chatting, Fiqa tidak malu untuk menyatakan begitu. Nak cakap macam ini? Ohh tidak, Fiqa tidak mampu.

"Lantaklah. Kredit Syaf, bukan kredit Fiqa. So now, answer my question," Syafiq malas hendak membuang masa. Dia tahu Fiqa sedang cuba untuk mengelak daripada menjawab soalan itu.

"Taknak. Soalan Fiqa masa mula mula kita cakap tadi tu, Syaf tak jawab pun. Tak aci lah Fiqa bagi jawapan untuk soalan Syaf. Tapi Syaf? Syaf tak bagi jawapan pun untuk soalan Fiqa ," Fiqa sedaya upaya mengelakkan diri. Lagipun, betullah kan? Soalan Fiqa sebentar tadi belum dijawab oleh Syafiq. 

"Aci dekat India. Don't worry. Nanti Syafiq bagitau juga. Cepatlah Fiqa. Berikan jawapan Fiqa yang sejujur-jujurnya," laju sahaja kata-kata Syafiq. Mungkin dia sudah tidak menahan kesabaran yang bersaraang dihatinya dek Fiqa yang cuba mengelakkan diri.

"Tapi tak.........." 

"Fiqa......." belum sempat Fiqa meneruskan katanya, Syafiq terlebih dahulu memotongnya. Mulut Fiqa terkunci. Ya Allah, lembutnya sapaan lelaki itu. Bikin hati aku goyah saja.

"Fiqa?" Syafiq memanggil Fiqa lagi. Mana Fiqa menghilang pula? Diam ja. Ini membuatkan Syafiq menggelabah apabila Fiqa tiba-tiba mendiamkan diri. Hanya kedengaran bunyi kipas sahaja. Agak lama juga Fiqa mendiamkan diri. 

"Sayang. Sayang sangat. Fiqa sayang Syaf macam dulu jugak. Tak pernah berubah even hati Fiqa pernah disakiti," akhirnya terkeluar juga ayat-ayat itu daripada mulut Fiqa. Fiqa menarik nafas lalu melepaskannya. Terasa ringan minda dan juga hatinya selepas berkata begitu. Pelik. Syafiq berasa ingin melonjak kegembiraan mendengar ayat-ayat itu walaupun pada akhir ayat itu agak kurang enak didengarinya.

"Serius? Thanks Fiqa! Thanks sayang. Syaf sayangkan Fiqa jugak. I love you more," mungkin kerana terlalu gembira mendengar kata-kata Fiqa sebentar tadi, Syafiq laju sahaja menuturkan kata-kata itu. Syafiq berasa sangat puas. Puas.

"Hah?! Did you said 'sayang'? Apa ni Syaf? Err, jangan main-mainkan Fiqa. Fiqa... Fiqa tak suka!" suara Fiqa kedengaran agak lantang sedikit. Mata Fiqa membulat semasa mendengar kata-kata Syafiq tadi. Syafiq tahu, Fiqa mesti sangat terkejut. 

"Fiqa, Syaf tak main-mainkan Fiqa. Syaf serius ni. Ini bukan lawak bodoh k? Percayalah Fiqa. I love you, sayang. I love you," Syafiq bersungguh-sungguh menyakinkan Fiqa. Sungguh, Syafiq tidak ada niat langsung nak mainkan perasaan Fiqa. 

"Kenapa panggil Fiqa 'sayang'?" Terketar-ketar Fiqa menanyakan soalan tersebut.

"Because I love you. Fiqa curi hati Syaf," selamba saja Syafiq berkata begitu.

"Hah?"

"Ini jawapan untuk soalan Fiqa. First, kenapa Syaf call Fiqa? Sebab Syaf ada penting nak bagitau Fiqa. Second, kenapa Syaf panggil Fiqa 'sayang'? Sebab Fiqa pencuri hati Syaf. Syaf sayangkan Fiqa. Sayang sangat. Itu baru sayang. Nanti ada panggilan lain lagi. Hehe," terang Syafiq satu persatu. Kesian pula dibiarkan Fiqa terus tertanya-tanya. Salah Syafiq juga. Suka sangat buat benda yang mengejutkan. Nasib tak mati kekerasan budak itu. 

"Syafiq!!!" Syafiq ketawa. Fiqa mendengus geram. "So, apa benda penting tu? Bagitau la cepat. Masa berjalan yer cik abang. Tiktoktiktok," Fiqa sudah tidak sabar mengetahui benda apa yang bakal mengejutkan dia lagi. Masak benar dengan perangai Syafiq yang suka kejutkan orang lain mengikut kegilaan dia.

"Jom couple?" Cuma dua patah perkataan sahaja. Sangat mudah disebut. 

"Couple?!" Menjerit Fiqa dibuatnya.

"Syaf, Fiqa taknak couple. Fiqa takut nak couple. Kita kawan macam biasalah. Sorry," jawapan itu benar-benar membuat Syafiq kecewa. Harapan dia agar Fiqa akan menerima. Rupanya tidak. Luka apa yang masih belum sembuh di hatinya itu? Syafiq diam seribu bahasa. Dia sudah kehilangan kata-kata. Sedih. Sudah pasti. Rasanya macam itulah perasaan Fiqa ketika Syafiq tinggalkan Fiqa begitu sahaja. Arghhh! Ini semua salah aku! Padan muka aku. Sekarang rasa apa yang dia rasa dulu. Syafiq berbicara di dalam hati. 

"Tapi, Fiqa taknak kawan biasa jugak. Fiqa nak kita berdua jadi teman tapi mesra. Senang cakap, kita berkawan but our style like we're couple. Special sikit. Boleh?" Fiqa mengajukan cadangan untuk Syafiq. Fiqa tahu, Syafiq mesti rasa kecewa pabila Fiqa menyatakan bahawa dia ingin berkawan macam biasa. Sengaja Fiqa berbuat begitu kerana ingin melihat reaksi Syafiq. Rasa ingin ketawa pun ada. Cadangan Fiqa masih belum mendapat apa-apa respons daripada Syafiq. Alahai, takkanlah kecewa sampai macam ni? Atau dia dah pengsan? Mohon dijauhkan. Fiqa pula yang berasa gelisah. Syafiq ni memang lah kan. Tiba-tiba Fiqa terfikir sesuatu. Fiqa tersenyum.

"Sayang, kenapa diam? Cakaplah sesuatu. Merajuk ke? Sayang, boleh ke tidak? If tak boleh, takpe lah. Hmm, sayang?" Fiqa berasa teruja ketika menyebut perkataan-perkataan itu. Tidak mengapa. Semuanya boleh untuk memujuk si Syafiq. 

"Fiqa panggil Syaf 'sayang'? Macam tu lah baru betul. Apapun takpa Fiqa. Janji sayang sentiasa bersama dengan Syaf. Itu yang penting," akhirnya bersuara juga Syafiq ini. Pandai betul Fiqa mengambil hati Syafiq. Tidak hairanlah Syafiq tertawan semula kepada Fiqa. Dah jodoh.

"Ek? Apesal terasa macam bunyi orang dah kahwin? Ayat macam dalam novel pulak," Fiqa ketawa.


Syafiq ketawa sendirian apabila mengingati semula kejadian itu. Terasa lawak pula apabila diingatkan semula. Yelakan, itu kali pertama mereka bercakap walaupun usia perkenalan mereka sudah mencapai 2 tahun 9 bulan. Kalau tak silap Syafiq, mengikut kiraan yang dibuat olehnya, Syafiq dan Fiqa baru 3 kali bercakap melalui telefon. Padahal, hubungan mereka yang sekarang ini sudah memasuki 7 bulan. Percaya atau tidak itulah hakikat yang sebenarnya. Itu lebih bagus daripada tak pernah langsung! Syafiq akui, Fiqa lain daripada perempuan yang pernah singgah dihatinya. Fiqa tak sama macam mereka. Sebab itu Syafiq menganggap Fiqa sebagai seorang yang istimewa. Setiap apa yang dirasai atau dilakukan Fiqa mesti akan ada hadnya kecuali menyayangi dirinya. Fikiran Syafiq melayang entah ke mana. Tersentak Syafiq dibuatnya apabila telefonnya bergetar menandakan message baru masuk. Segera dia melihat siapa pengirimnya. Fiqa? Amboi, lambatnya budak ini balas. Apabila dia membaca pesanan yang dihantar Fiqa sebentar tadi, Syafiq menepuk dahi dan menggaru kepala. Akibat termenung sebentar tadi, terus dia terlupa untuk membalas message Fiqa. Difikirkannya Fiqa membalas lambat, rupanya dia yang tidak membalas message Fiqa tadi.

---------------------------------------------------------------------------------------------

"Wehh, haritu kan Aisy IM aku dekat Facebook. Dia tanya pasal kau," 

Syafiq yang ketika itu sedang meminum air terus tersedak apabila mendengar nama 'Aisy' disebut oleh Danial. Berulang kali Syafiq menepuk dadanya. Rafiq yang berada di sisinya terus mengusap belakang Syafiq. Sampai tersedak terus si Syafiq apabila mendengar nama itu semula. Agak lama juga tidak mendengar apa-apa berita tentang gadis itu semenjak  dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungannya bersama Syafiq hanya semata-mata kerana orang lain. Mengapa hari ini nama gadis itu tiba-tiba sahaja disebut? Ish, dah takda nama perempuan lain ke? Dah tu, tanya pasal aku pulak tu. Seram aku dibuatnya. Walaupun begitu, Syafiq menjadi ingin tahu apa yang dibualkan Danial bersama gadis itu di dalam Facebook. 

"Aisy? Dia nak apa?" Soal Syafiq. Fikiran Syafiq mula mengingati semula gadis itu. Aisy Nieyl atau nama sebenarnya Aisyah Nabilah. Aisy Nieyl sekadar nama di Facebook sahaja. 

"Dia tanya kau sihat ke tak. Kau masih marahkan dia lagi ke? Then, dia kata dia minta maaf. Dia menyesal. Sekarang, lelaki tu tinggalkan dia sebab perempuan lain. Dia suruh kau unblock dia daripada Facebook kau. Nak text kau, dia kata takut pulak," jawab Danial. Dua hari yang lepas, Aisy tiba-tiba chatting dengan dia setelah sekian lama mendiamkan diri semenjak couple dengan abang angkat dia, Yazid. Danial sendiri pun terkejut.

"Break dah? Biar dia rasa apa yang aku rasa masa dia buat aku macam tu," ringkas saja Syafiq berkata. Syafiq akui, dahulu Aisy difikirkannya adalah perempuan yang terbaik untuk dirinya. Aisy melayan dirinya seolah-olah dia ialah suami Aisy. Sampaikan Syafiq sanggup memutuskan hubungan bersama Fiqa hanya kerana Aisy datang mengharap kasihnya kembali. 

"Aku rasa better kau beware dengan dia. Bukan apa, aku takut sejarah berulang kembali. Kau pun sekarang tengah bahagia dengan Fiqa," cadang Rafiq. Sesungguhnya, Rafiq lebih suka jika Syafiq bersama Fiqa daripada bersama Aisy. Aisy bukan perempuan yang terbaik untuk Syafiq walaupun Syafiq pernah mengatakannya suatu ketika dahulu.

"Betul tu wehh. Bukannya kitorang tak tahu, kau tu mudah sangat cair dengan dia. Dia baru bagi kau ayat-ayat sweet, hati kau mula goyah. Kau jaga Fiqa elok-elok dah la," Danial turut menyetujui Rafiq. Danial dan Rafiq bukannya tidak suka pada Aisy. Cuma, mereka kurang berkenankan perangai Aisy. Sudah banyak kali mereka mendengar cerita kurang enak tentang Aisy. Namun dibiarkan saja kerana Syafiq pun berbuat begitu. 

"Ish, taklah. Aku takkan buat macam tu lagi dekat Fiqa. Fiqa tu dah banyak kali bersabar dengan aku. Ya, aku mengaku, aku masih sayangkan Aisy lagi. Tapi tu tak bermakna, aku akan terima dia balik dan tinggalkan Fiqa macam tu ja," Syafiq bercakap seolah-olah dia begitu yakin dengan apa yang dikatakannya sebentar tadi. Sikit pun tidak meragui perasaannya. 

"Kami sebagai sahabat kau, hanya mengingatkan kau je. Kau pun tahu kan, Fiqa tak suka kau rapat dengan Aisy balik. Sebab Fiqa yakin kalau itu terjadi, kau dengan dia akan berperang semuanya sebab Aisy. Kau kena ingat, apa yang Fiqa yakinkan tentang kau dan Aisy, selalunya betul tau!" Danial mengingatkan Syafiq. Danial tidak mahu Syafiq melakukan hal yang sama seperti dahulu. Harap pengalaman dulu mengajar Syafiq agar bersikap dan berfikiran lebih matang.

"Fiqa tak boleh tahu semua ni. Aku pun taknak berperang dengan dia lagi. Kau fikir tak sakit ke berperang dengan orang yang kau sayang. Sakit wehh. Tapi tulah, ego aku ni kuat," seusai berkata Syafiq terus bangun daripada kerusi itu. Syafiq meraba-raba poket seluarnya untuk mengambil telefonnya. Terpampang gambar Fiqa dan dia yang telah diedit olehnya pada skrin telefonnya itu. Syafiq melepaskan keluhannya.

"Kau nak pergi mana? Nak balik dah? Hmm, nanti bila dah unblock Aisy, kau kena hati-hati. Fiqa bukan Fiqa yang dulu lagi. Sekarang dia cepat 'hidu' apa yang kau buat dekat belakang dia even dia tak nampak," giliran Rafiq pula memberi peringatan kepada Syafiq. 

Syafiq terus meninggalkan kawan-kawannya tanpa berkata apapun. Danial dan Rafiq tidak menghalang. Mereka sekadar melihat sahaja Syafiq berlalu pergi. Apa yang mereka katakan sebentar tadi adalah benar. Biarlah Syafiq hendak terasa sekalipun. Syafiq memang perlu diingatkan sebelum perkara itu terjadi sekali lagi. Mereka sebagai sahabat Syafiq inginkan yang terbaik untuk Syafiq. Danial berasa bersalah pula apabila menceritakan tentang Aisy itu. Kan bagus kalau dia simpankan saja. Sejak Syafiq bersama Fiqa, Syafiq menjadi lebih baik daripada dulu. Selalu juga mereka mendengar daripada Syafiq bahawa Fiqa selalu memberi nasihat kepada Syafiq dan selalu juga menyelesaikan masalah Syafiq. Kadang-kadang mereka juga turut meminta pandangan daripada Fiqa. Sebelum ini, Syafiq selalu bermakwekan perempuan-perempuan yang kuat bersosial. Boleh dikatakan kurang manis dipandang orang. Aisy itu pula bukan yang terbaik untuk Syafiq. Dalam hati masing-masing berharap agar Syafiq tidak mengulangi kisah lama lagi. Boleh wujud perang dunia beb!!!




Sampai situ saja untuk Part 4 ini . Maaflah kalau cerita ni makin lama makin bosan . Aku pun kebuntuan idea . Anyway , hujan ini membuatku terasa lapar tapi tak mahu makan . Well , online lebih penting . Kahkah . Okay , mohon jangan banjir sudah la . Kang tak boleh nak adakan kenduri . Mintak simpang wehhh ! Oh ya , 23/12 nanti jemputlah ke rumah aku yer . Aku nikah . Hohohoho kegatalan terserlah . Okay babai :)



No comments:

Post a Comment

Drop your messages here.

All Right Reserved By SYZASYZWNA