We are all dreamers wanting to be completely out of touch with reality

Malaysian Nowadays

Assalamualaikum .

So , here I am after I had left my blog such like that without taking care of it . Its been a long long time I had never touch or more precisely never open my blog to update new entry . So guys and girls , aku minta maaf sebab tinggalkan blog pink omeyy omeyy ni sampai berhabuk dah aku rasa . Well , I know , sepanjang ketidakaktifan aku dalam blog ni , there are still some people sudi buka dan buka dan terus menatap blog ni tanpa tujuan . Maybe . Hahaha , I said like that because my viewer always increasing every day sedangkan aku sudah sekian lama tidak menggerakkan jari jemari aku untuk menaip segala patah perkataan baru kat dalam ni . Aku agaklah kan mesti puak puak ni punya la excited buka blog omeyy omeyy ni and then terus click button [x] kat atas tu kan sebab entries aku yang gila bosan takda tahap tu -.- kahkah okay agak kurang ajar di situ weh but its okay . Aku camna pun takpa baq hang :)

Back to the topic . Malaysian Nowadays .





At the first , aku nak guna people nowadays as the topic but aku rasa its better guna Malaysian sebab apa yang aku nak cakap harini pasal perangai rakyat-rakyat Malaysia saja . Perkataan people terlalu umum sangat . Nowadays , kita boleh lihat betapa banyaknya perangai rakyat Malaysia yang sekarang ni dah cukup common dalam masyarakat kita . Gila ayat aku macam nak buat karangan fakta BM . Padahal dah bercampur dengan English . Haha okay tak kelakar . Macam macam perangai budak zaman sekarang ni . Nak nak lagi yang masih bersekolah . Acewahh aku cakap macam aku dah lepas sekolah padahal next year baru nak rasa how scare SPM are . Tapi betul la kan , daripada pemerhatian aku la kan , budak budak sekolah la yang paling banyak try to impress others by doing things that may cause people jadi menyampah bila tengok . Hang tau tak M E N Y A M P A H ?! Lek Syaza lek , tak pasal pasal nanti orang dengki orang nak membashing pulak . Lol , penggunaan tatabahasa yang salah . Aku malas sebenarnya nak intro panjang panjang sebabnya aku malas nak kata aku malas nak intro panjang sebab aku tahu even aku kata malas aku akan buat jugak intro panjang . Hang faham tak ? Ayat keling memang macam tu . Mohon sabar ya .

#1 BUAT VIDEO TAH PAPE THEN UPLOAD MASUK YOUTUBE OR KEEK
Benda ni memang dah banyak sangat orang kita buat sampai benda ni orang cakap perkara biasa brooo~~ perkara biasa kepala bana kau -.- video tah pape yang aku maksudkan sekarang ni is video something like dia buat semata-mata nak impress orang lain yang bagi aku takda apa-apa faedah langsung . Nak kata just untuk suka suka pun memang aku tak nampak di mana 'suka suka' tu . Yang aku nampak hanya kebodohan yang aku rasa memang dia tak boleh nak sembunyikan -.- if buat video yang boleh beri pengajaran kat orang like Mat Luthfi , Anwar Hadi , Samad Maccaboy , Shahrin Najmi and siapa siapa jelah yang related macam diorang ni takpalah juga . Aku tak tahu la apa yang puak puak jenis yang buat video yang boleh merendahkan maruah diorang then upload masuk youtube or keek ni fikir . Persoalaanya sekarang ni hang tak ada rasa malu ka ? Tak pernah fikir maruah diri sendiri bila kena pijak beramai ramai ? Tak fikir ke kesan yang bakal hang dapat ? Serious wa cakap sama lu , kalau video hang tu berjaya as Bobo tu takpalah jugak . Menghiburkan hati orang . Ini tak . Kena bash beramai ramai . Sebelum nak upload tu , fikir la dulu , yang nak tengok video tu nanti bukan setakat rakyat Malaysia je malah satu dunia weh . SATU DUNIA . Even nak confess love hangpa kat sesiapapun fikir dulu . Please , Allah bagi akal untuk kita fikir mana baik and mana buruk . Jangan memalukan negara but most important is your family . Nak ke orang orang kat luar sana said like this to us ?


"What the heck he/she's trying to do? How stupid this boy/girl are. Pity you, Malaysian."

#2 BASHING SPREAD EVERYWHERE
Budaya bashing antara satu sama lain ni memang dah very glamour dalam kalangan budak budak zaman sekarang ni . And yeahh benda ni kita boleh tengok on Twitter . Kat Twitter la paling banyak budak budak bersepakat bash orang tu bash orang ni . Sampai boleh jadi trending uolls . Hahaha , aku pun sometimes terikut gak bila bab bashing orang . Perkataan bashing tak best , so aku guna words menganjing . Yes menganjing . Tapi macam tak sesuai pulak . Ah whatever . Malaysian nowadays always do this . Bukan Malaysian la kalau tak bashing antara satu sama lain ken . Tapi kan , gunalah akal yang ada tu , bash orang tu lagi buat dia famous . And cuba fikir korang dah berjaya capaikan matlamat dia . You know what thats ? Being a famous person . Yeahh , all of us have done it . Yang lagi aku rasa memang menyampah gila gila kan , bila tetiba wujud pulak penyokong kepada manusia yang orang duk sibuk bash ni -.- menjadi tanda tanya kepada aku . Kalau dah kenal bertahun-tahun aku boleh terima jugakk , ini tak weh kenal pun tak , tahu tahu dah sokong manusia yang sedang di bashing ni . Umakaihh , what have happen to our Malaysian ? Memang la bash orang ni best . Ya , aku mengaku even aku tak join diorang membashing orang but bila aku baca tweets yang penuh dengan bash ni aku jadi macam seronok -.- lol I dont know . I'm just feeling like that like suddenlly . Haha .

#3 FANATIK ENTAH TAHAP KE BERAPA
Fanatik~ fanatik~ fanatik~ oh fanatik~~ okay diam Syaza . Hang nak tau dak fanatik pasal apa ? Nak tau dakkkk ? Even kau taknak sekali pun aku tetap akan beritahu jugakk . Talk about fanatic . Kat Twitter aku , kat timeline aku , memang terdapat banyak manusia yang gilaa fanatik terhadap artis . Sampai sometimes tu kan aku naik meluat pun ada . Aku tahu la setiap orang ada minat masing masing and itu hak korang kan nak tweet or retweet apapun . Timeline aku tu setiap hari dirogol haa dirogol terus aku guna weh hahahaha okay dirogol oleh retweet oleh manusia yang sangat gila fanatiknya kat Justin Bieber , One Direction , Kpop and so on . Okay , aku tak kesah . Hak korang kan . Okay , just go on . Teruskan merogol timeline aku . Hang tunggu aku rogol timeline hang with Cody Simpson's tweets . Masih ingat seorang gadis yang berangan angan ingin meninggalkan Malaysia and wanna to stay in Planet Matoki ? Haa ini bukan fanatik . Ini gilaa dan bodoh namanya . Masa darjah 6 dulu agaknya dia tidur kot time cikgu ajar bab planet ni semuaa . Inilah dia akibat terlalu fanatik sehingga menjadi gila . Kesian parents dia . Oh ya , ada sorang Belieber ni kan , dia fanatik gilaa kat JB sampai sanggup toreh tangan tulis I LOVE JB . Sangat bijak ya orang ini . Kau fikir JB kau kisah ke kau toreh tangan sampai macam tu sekali ? Pity you girl . Sebelum terlupa , nak cakap ni , aku paling pantang sekali bila haters of kpop maki hamun kpop ni even aku bukanlah fanatik sangat tapi aku minat all about Kpop . So haters , dont you dare .

#4 GIRLS WITH GIRLS FIGHT EACH OTHER BECAUSE ONE MALE
Pernah buat ? Pernah terlibat ? Pernah jadi saksi ? Pernah tak ? Hanya orang yang akal pendek saja yang akan buat macam tu . This is serious case you know . Aku tak rasa kaum Hawa wajib atau patut atau harus buat semua ni hanya sebab seorang lelaki . Its show how stupid you are , girls . Hang fikir la weh penat penat hang bergaduh perempuan lain sebab lelaki and at the last lelaki tu bukan  jodoh hang . Tak penat ke ? Hang fikir lelaki zaman sekarang ni betul betul rasa dihargai or terharu bila awek dia sanggup bergaduh , memaki hamun dengan perempuan lain sebab rasa sayang korang tu kat dia . Jangan jadi bodoh . Kita perempuan ni ada maruah . Maruah kita tinggi . Dah banyak aku tengok kat youtube video budak perempuan especially budak sekolah yang mentah mentah ni bergaduh sampai bertumbuk , tarik rambut la tarik tudung la sampai terangkat kain pun adaa haa terajang menerajang pun ada weh . Masya Allah , hang tak fikir aurat yang dilihat orang lain ? Tak fikir maruah diri ? Bangga lahtu bila dah menang ? Puas hati dapat maki hamun tumbuk sepak terajang orang ? Sedarlah diri kau tu perempuan weh . Kudrat kitaa tak sekuat kudrat lelaki . Kalau betul la pakwe kau dah ada perempuan lain , kau tunggu apa lagi , tak payah nak sakitkan hati sendiri sampai nak bergaduh bagai , kau tinggalkan terus pakwe kau tu . Kita kena bijak Hawa . Kena bijak .



Aku dah senaraikan 4 perkara yang Malaysian nowadays selalu buat . Padahal banyak lagi weh . Boleh je aku nak tulis semua pasal tu tapi memandangkan dah nak dekat pukul 12 pagi so I think I should stop . Nanti nanti jelah aku sambung lagi dekat new entry Malaysian Nowadays Part 2 . InsyaAllah , kalau kemalasan tak melanda dalam diri ni , aku akan buat . Ecehh cakap je tapi tak pernah buat pun . Hoho , aku tengah fikir ni , tahun depan aku bakal ambil SPM pulak . Ya Allah , sumpah rasa seram gila . Aku tengok abang-abang aku semuanya rilek aje macam takda SPM -..- aku pulak yang takut dengan depa macam tu . So , kepada manusia manusia yang dah buat perkara macam tu , nak menyesal pun dah tak guna kan , muhasabah la diri tu ya ? Memang kita manusia tak lari daripada buat kesilapan . Setiap hari kita buat salah sama ada kita sedar atau tak . Tapi , takkan bila dah buat kesilapan tu , kita terus terusan nak buat lagi ? Listen me , just dont . Jadikan kesilapan yang kita buat tu sebagai pengajaran untuk kita . Kepada manusia manusia yang ada niat nak buat , aku sarankan hang batalkan jelah niat tu . Bukan dapat apa-apa faedah pun . Nanti yang rugi yang nak menyesal tu hang . Bukan orang lain . Pandai buat pandai tanggung . Gitu haa . Tak payah la membodohkan diri nak buat semua tu . Better fikir pasal pelajaran , fikir macam mana nak banggakan parents kita . Haa kan bagus . Allah pun redha . 

Okay , thats all . Thanks for reading . Click the button like if you love it . Salam sayang , Syaza omeyy omeyy :D haha k .




Ni nak promote . Mai la semua pakat tengok video #OhMyMalaysia kat youtube . Ada tweetpemes doe . Haha okay so guys and girls guna la hak berfikir sebelum hak bersuara . 








Fully Designed By ME | Ask First If You Wanna COPY | Alright Deserved By SYAZA