We are all dreamers wanting to be completely out of touch with reality

Bye Cuti . Sekolah~ Aku Datang Kepadamu Semula

Assalamualaikum .



Ahad . Harini cukup 2 minggu semua budak budak sekolah bercuti . Tapi harini ada jugak yang dah pergi sekolah contohnya orang-orang Kedah dan seangkatan dengannya . Aku rasa hidup aku sepanjang cuti 2 minggu ni sangat lifeless . Dah nama pun CUTI , so maknanya kepala otak kita ni kena cuti daripada segala macam mak nenek homework or kelas-kelas tambahan . Cuti ni betul betul mengundang rasa malas . Yang aku tahu aku nak online tanpa buat kerja yang berat berat . Ek eleh , manja betul kan ? Kahkah , aku kesah apa ? Cuti tetap cuti . Hmm tapi , yelakan , sebagai kakak sulung (aku anak nombor 2) dalam family , memang banyaklah tanggungjawab yang aku pegang . Sobs sobs T__T kerja yang dah sinonim dalam diri aku is basuh baju , sidai baju , mandikan Danish , bagi Danish makan , kalau ayah beli ikan , aku la orang yang akan disuruh oleh ibu untuk menyiang ikan tu . Baik bebenor kan aku ? Ah mengelugai hang baca wkwkwk




Sekolah dan cuti . Para pelajar sekalian , sudahkah anda menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru anda ? Sudahkah anda ? Aku rasa hanya budak-budak yang rajin dan cemerlang saja kot yang buat hampir keseluruhan homework yang cikgu bagi . Aku dan homework ? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA no . Nak nak lagi kan sekarang masuk sekolah baru , sekolah yang aku rasa budak budak kat situ pun tak terbuat homework yang cikgu buat , dengan aku sekali terhisab perangai macam tu . Haha k tak lawak Syaza . Tak lawak . Tak banyak pun homework yang cikgu bagi . Tapi aku tetap taknak dan malas nak buat . Ish ish ish , macam manalah nanti aku nak berjaya . Berubahlah wahai diriku sayang~ dengan homework yang tak siap langsung , hang rasa aku tersangatlah rajin sangat ka nak menapak pergi sekolah esok ? Start cuti 2 minggu tu , aku lempaq beg sekolah aku entah ke mana dia menghilangkan diri , homework ? Kahkahkah , memang aku tak pandang langsung ! Yang ni nak kata aku tak sabar nak sekolah balik ? Memang tak ah ! Bila terkenangkan balik midyear exam haritu . Allahu :( takut gilo nak tahu result exam .

Saps . Benda alah ni tak boleh nak buka . Why weh why ???!!! Ingatkan waktu cuti ni boleh la aku tahu camna rupa result aku untuk kali ni . Rupa aku bila dapat tahu result tu macam mana . Penting tu . Wkwkwk sengal~ ni pahal tak boleh nak buka pulak ? Cari gaduh ke apa ni ? Huh . Haha lol macam aku kesah sangat dengan result kali ni . Ya , takut tu memang ada , tapi aku dah boleh agak result aku kali ni macam mana . Dah tak segah dulu . Cewahh , cakap macam exam awal tahun aku dapat 5A+ jeee . Padahal 4A je . 4A je ?! Aku ni tak sepandai k0wrUnk shumer . Uhuk uhuk . Blah ah weh buat ayat centu . Rezeki masing masing right ? Well , aku rasa result kali ni memang menurun gilo . Gilo oh gilo~ nak nyesal pun tarak guna dah . Hoho , tak menyesal punnnnnnnnnnnnnnnn . Gua rilek jeh . Hang ingat dengan jawab exam main main , result hang nak gempak macam budak budak 10A+ keeeeeeeeeee ? Absolutely not ! Tapi cedih . Masa kat smkap , masa kat kelas 3 Siti Khadijah , aku punya paper BM and BI selalunya the highest in the class . Paper BM pun ada gak ah yang kalahkan aku :< memang nak makan parang dengan aku ke apa orang yang memotong aku punya tempat ni ? Hahaha k lawak tolong gelak . But , not paper BI . Paper BI selalunya bukan selalunya tapi memang aku la orang yang semua orang akan agak siapa yang bakal get the highest in the class . Sometimes rasa menyampah pun ada . wkwkwk

Gila rindu moment tu :'( I want my old place back :( kat sini , kat smksh ni , aku sangat kecewa bila ada yang dapat result lebih tinggi daripada aku untuk paper BM dan BI . Aku tak boleh nak beat diorang yang pandai ni kan . Hakhak -.- geram pun ada kadang-kadang . Eee orang orang ni pun minta parang jugak ke kat aku ? Haiyo -.- haha gurau . Tapi , Allah tu kan Maha Adil . Dia yang menciptakan kita . Dia tahu apa yang lebih baik untuk kita . Ini takdir Allah . Aku kena terima segalanya dengan hati yang redha . Just watlek watpeace je k ? Smileeeeeeeeeeeeeeeeeee :) tak best cakap pasal exam . Nanti moody tetiba . Go away result~ please go away . Talk about homework . Gua ada homework Sejarah and Addmath saja kot . See ? Hanya 2 saja . Tapi , aku tetap malas nak buat . Kemalasan menguasai diriku . Kelalaian jugak menguasai diriku . Keseronokan bercuti jugak menguasai diriku yang comel ini . Haktui -.- aku ni jenis suka tangguh kerja . Memang tak elok kan tangguh tangguh kerja , nak nak lagi kalau kerja tu kerja penting kan . Memang kena siapkan walau macam mana cara sekalipun . Dan aku suka ikut kawan . Kalau kawan aku tak buat homework , makanya aku pun takkan buat homework . Sehati sejiwa lah gituuu~ haha cannot go~





Ramai orang cakap aku ni jenis takda perasaan . Yala kot , aku pun rasa camtu jugak . Yela , contoh kalau macam terima kertas exam dari cikgu , aku tengok markah aku , aku tengok orang-orang di sekeliling aku who is budak-budak kelas aku , taraaaa senyuman yang ku tunjukkan dengan takda langsung tanda-tanda kekecewaan kat muka aku . Please gelak . K . Takda perasaan apanya~ kalau tak , kenapa airmata aku perlu turun masa kena serang dengan budak-budak kelas bawah tu ?! Kenapa ?! Camgampang . Okay Syaza , forget that accident . Forget it . Keep your smile on your face . Sejujurnya aku nak cakap kat sini , aku sakit mata gila gila bila tengok cara budak-budak sekolah tu bergaul antara lelaki dengan perempuan . Sakit mata hang tau ?! Ya , aku tau tu sekolah biasa , so budak budak pun jenis biasa biasa jugak . Terpaksa faham situasi tu even aku malas nak faham sebenarnya . Ada otak fikir sendiri . Masing-masing dah besar panjang . Tapi kan , satu jelah yang buat aku rasa ada hikmah aku masuk sekolah tu , otak dan diri aku yang dulunya langsung tak tahu pasal perangai sekolah luar , sekarang haa dah terbuka luas . Dah boleh menilai orang tu macam mana . Memanglah dont judge book by its cover . Tapi sometimes dalam hidup ni , tak perlu nak kenal orang tu beminggu-minggu , berbulan-bulan , bertahun-tahun , korang dah boleh agak sendiri dia tu macam mana . Tak percaya ? Cuba bawak kawan or bf/gf korang jumpa parents  korang , lepas tu cuba tanya pendapat parents korang pasal dia .

Hari Isnin . Esok . Kat semua sekolah akan ada perhimpunan . Siapa yang suka perhimpunan ni walaupun boleh duduk sekalipun ? Siapa yang suka hah ? Nobody k . Takda siapa yang hadap nak dengar ucapan daripada pengetua or mana-mana cikgu yang bertugas hari tu . Hanya mengundang rasa mengantuk ja . Pelajar . Nak mengelakkan rasa mengantuk ni , nak nak lagi yang gegirl ni kan tapi boboi pun ada , mengambil peluang bersembang rancak dengan kawan-kawan . Kan dah habis cuti ? Yaaaa sudah pasti lagi bertambah rancak perbualan itu . Cikgu-cikgu kena faham semuaaaaaaaaaaa tu . Ayat yang paling takleh blah dari pengetua is "murid-murid pasti tak sabar nak meneruskan persekolahan blablablablabla" k ini tipu . Sangat tipu . Bukan semua yang tak sabar . Saya ni kan cikgu sabar je nak sekolah balik . Saya cuma tak sabar nak cuti balik . Kalau tak kenangkan SPM tahun depan , rasanya memang aku jadi pelajar tak berguna kat situ . Pergi sekolah , belajar main-main . Macam mana ilmu nak masuk ? Sebelum kita pergi sekolah , pastikan niat kita pergi sekolah ialah untuk belajar bukan sekadar nak jumpa kengkawan atau main-main . Eleh , cakap kat orang , aku pun sama . Tak salah kan saling mengingati satu sama lain ? Walau bagaimanapun , kita ni tetap kena pergi sekolah jugak . Kita kena ada ilmu dalam diri kita . Kalau takda ilmu macam mana kita nak jadi orang yang pandai ? Macam mana nak jadi seorang pemimpin satu hari nanti ? Macam mana nak balas jasa parents kita ? Jangan asyik nak kejar hot je cik kak cik bang sekalian sampai pelajaran ditinggalkan . Okay babai budak sekolah :)



Semakin bertambah ilmu yang kita ketahui , semakin bertambah kita rasa yang kita ni jahil sebenarnya . Seimbangkan dunia , seimbangkan akhirat . Perbetulkan niat . 

Fully Designed By ME | Ask First If You Wanna COPY | Alright Deserved By SYAZA