We are all dreamers wanting to be completely out of touch with reality

16 Mei 2013 - Selamat Hari Guru

Assalamualaikum .

Hai semua budak sekolah termasuklah diriku ini . Yang bukan budak sekolah jangan nak menyibuk . Ke tepi ke tepi~ budak sekolah nak lalu~ apa motif aku letak benda ni '~' aku pun tak tahu . Aku suka letak sebab nampak comel . Lol Syaza lol . Hahaha k entry kali ni memang melibatkan benda yang merangkumi persekitaran persekolahan saja . Yeye tambah saja tu , nanti terpesong ke arah lain jugak . Hari ni kan Hari Guru . So , mesti ada yang terlibat dengan program Hari Guru mesti ramai yang pergi sekolah hari ni kan sebab nak menyambut Hari Guru ngan cikgu-cikgu and kawan-kawan korang . Eh ramai ke ? Ramai lah kot . Dah hari ni Hari Guru mesti korang dapat balik awal kan ? Mestilah korang suka kan . Gila tak suka dapat balik awal . Aku tanya banyak ni dah boleh nampak yang aku tak pergi sekolah tadi . Yeay , terbongkar sudah~~~ Syaza seorang murid yang malas yang taknak sambut Hari Guru dengan cikgu-cikgu and kawan-kawan dekat sekolah . Kisah pulak aku -.- ibu pun pelik kenapa aku taknak pergi sekolah harini . Dengan selambanya aku pagi tadi kata tak pergi sekolah then sambung tidur . Nyenyenye~ pastu tadi ibu mula berkata sesuatu

"Kenapa tak pi sekolah ? Hari ni kan Hari Guru . Mesti depa dok sambut . Tak teringin ka nak tengok budak-budak sekolah tu sambut hari guru camna ? Ruginya tak join depa sekali sambut hari guru . Lepas sekolah nanti mana ada dah semua ni . Akak takkan rasa dah sambutan hari guru macam kat sekolah . Masa sekolah ni la kena enjoy apa yang sekolah buat . Nanti bila lepas sekolah , bila akak tengok budak sekolah , betapa rindunya akak pada zaman sekolah nanti ."

Jyeahh~ kata-kata seorang manusia yang sudah hidup lama kat dunia ni . Aku hanya mampu senyum saja . Entah ah , rasa malas nak sambut hari guru dekat sekolah baru . Hmm , aku rindu sekolah lama . Rindu sambutan dekat sekolah lama . Masa-masa nilah aku dan kawan-kawan berkumpul . Gelak bersama . Lagipun aku letih . Semalam teman abang aku buat preparation dengan kawan-kawan dia untuk hari guru dekat sekolah dia . Sampai pukul 12 lebih kot ! Nasiblah kedatangan aku ke situ adalah untuk memberi sedikit bantuan dari segi idea persembahan -.- tapi aku rasa diorang................ Ah whatever ! Yang penting kawan-kawan abang aku asyik puji aku tu dah kenapa ? Haha k alhamdulillah .

Cakap pasal GURU . Aku teringat sekolah lama , teringat cikgu-cikgu dulu , teringat kawan-kawan . I'm really miss all of this :'( can I back to the past ? Hmm , yang baru tak sama dengan yang lama . Ini kenyataan . Daripada form 1 sampailah form 3 aku belajar kat situ . So , memang banyaklah kenangan yang tercipta kat situ . Mula-mula tak suka , lama-lama jadi suka . Itulah orang tua-tua kata apa , jangan dok benci lebih-lebih sangat , lama-lama nanti tak pasal-pasal jatuh suka . Nah sekarang aku dah merasa . Dalam Al-Quran pun ada sebut

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh pula jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui".  (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Baca tu baca tu~ nak benci tu boleh tapi biarlah berpada-pada . Sama jugak bila suka , kenalah berpada-pada . Well , dulu aku jahil . Sangat jahil . Dulu , aku selalu berharap dan berdoa supaya aku dapat masuk sekolah yang sekarang menjadi sekolah baru aku . Aku tak boleh terima aku dah jadi pelajar sekolah tu . Aku memberontak . Jiwa remaja memang macam tu . Bila dah form 2 , hmm aku dah boleh terima sikit kenyataan tu . Tapi , masa tu aku dah mula rancang nak pindah sekolah . Aku dah tak fikir apa-apapun . Jiwa aku mula tak sabar nak pindah sekolah . Tapi bila lama-lama tu , aku dah boleh terima hakikat tu . Aku dah mula sukakan sekolah tu . Aku dah mula sukakan cikgu-cikgu sekolah tu . Dulu aku jahil , bila dah ada kat situ lama , aku dah tak sejahil dulu walaupun apa yang aku tahu sekarang belum mencukupi . Aku sangat bertuah sebab tak ramai yang berpeluang dapat apa yang aku dapat . Tak ramai berpeluang pakai apa yang aku pakai masa kat sekolah tu . Oh ya , aku rindu nak pakai macam tu balik . Aku nak pakai lagi uniform tu . Baru aku sedar yang uniform tu sangat selesa dan selamat . Aku rindu...










Rindu serindu rindunya . Aku dah tak tahu nak tulis apa . So , kat sini aku nak ucapkan jutaan terima kasih buat cikgu-cikgu SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PEREMPUAN KANGAR PERLIS . Terima kasih sangat-sangat . Syukran jazilan ! Aku takkan sepandai sekarang tanpa bimbingan cikgu-cikgu sekolah tu . Sekolah yang banyak merubahkan aku . Terima kasih Ustazah Basyirah , Ustazah Azizah , Ustazah Asma , Ustazah Zaleha , Cikgu Dayang , Teacher Nurminazura , Cikgu Mashitah , Cikgu Sharipah , Cikgu Matnoq , Cikgu Syed , Ustazah Zahirah , Ustazah Norhayati dan banyak lagi . Aku tak boleh nak balas budi semua cikgu ni melainkan dengan kejayaan . Aku nak buktikan yang aku mampu berjaya dan jadi insan yang solehah walaupun sekarang aku bukan belajar kat sekolah agama . Ya Allah , berkatilah kehidupan guru-guruku . Berikanlah kejayaan kepada mereka . Lindungi mereka .


Terima kasih pada mu cikgu Jasa mu akan ku kenang selalu Tak pernah lelah tunjuk ajarku Terima kasih ku kepada mu cikgu Terima kasih cikgu Kaulah pelita hidup bagi kami semua Menuju jalan ke arah yang benar Penuh ikhlas dan tulus membimbing dan mengajar Untuk memastikan kami berjaya Tak terhingga pengorbanan mu Hingga aku besar kan ku ingat selalu


Hargailah mereka . Seorang Perdana Menteri takkan wujud jika tiadanya seorang guru .



No comments:

Fully Designed By ME | Ask First If You Wanna COPY | Alright Deserved By SYAZA