We are all dreamers wanting to be completely out of touch with reality

Terima Kasih Awak :')

Assalamualaikum dan selamat petang .

Sebenarnya , aku rancang nak update pasal holiday . Tapi disebabkan kena susun idea dulu dan dengan keadaan yang jarang mengizinkan aku meng-update selalu *cakap macam dok update selalu* k . So , aku pun terpaksa tundakan niat aku tu . Entah bila boleh update pasal cuti . Hmm , dekat sekolah dah merancang macam-macam nak update apa . Bila dah on laptop , dah on blogger , dah buka tempat post , dah tulis Assalamualaikum , alahai idea hilang entah ke mana . I'm too busy with the homework and tournament for pantun *nasib dah lepas* and coming soon , forum . Busy busy busy . Tired tired tired . Hmm k . Today , tetiba terasa nak update blog . But tak tahu nak update pasal apa . Kepala hotak ni terus-terusan mencari idea dan benda-benda yang menarik yang boleh aku cerita kat sini dan korang akan baca sampai tertawan hati . Gituuu haaa~ Kahkah :3 mengada Syaza . Tadi tengah blogwalking . Then , entah macam mana aku boleh tersampai dekat satu blog ni . Haa tengok sini tengok sini BLOG JEJAKA ITU . See that ? Boleh tahu dah tu blog kaum Adam . Selongkar sana selongkar sini selongkar sana selongkar sini and tadaaaaaaaa~ !!! Ayat nak nampak gempak je . Takleh blah . Okay dah diam . Aku terbaca satu entry ni dekat blog dia . Aww sweet gilos babe ! Sweet banget . Even cerita tu rasanya macam dah lapuk dek ketinggalan zaman . Tapi aku kesah apa ? Aku tetap nak share cerita tu dekat korang . Hang dan hang dan hang kena baca jugak , okay ?! 

ENTRY TU KAT SINI 

Mari semua mari , kita ramai ramai baca kisah yang tersangat sweet ni . Itu bagi aku la . Lepas baca dah jangan banyak nak mengomen . Baca dan like sudah yer :)

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


Saya tak perasan awak ada dekat depan saya, dan saya tak sengaja langgar awak masa tu..

Saya : Saya mintak maaf..... Mintak maaf... Saya tak perasan....
Awak : Oh takpe2..

Dan awak terus berlalu pergi.. Itulah pertama kali saya melihat wajah awak dan mendengar suara awak. Wajah awak betul2 buat saya tertarik dengan awak. Mata awak, senyum awak...

Setelah sebulan berlalu saya dipindahkan tempat kerja. Dan hari tu merupakan hari pertama saya berkerja. Suasana baru, officemate baru, dan semuanya baru buat saya. Tapi hari itu saya tak sangka yang saya jumpa awak. Saya tahu awak sebab senyuman awak. Senyuman yang mampu buatkan semua lelaki cair. Wajah awak, saya cam semuanya...
Teringat balik peristiwa saya terlanggar bahu awak ketika dia kedai makan dulu. Lagi menggembirakan saya, awak berkerja di tempat yang sama. Saya rasa sangat beruntung. Boleh la saya berkenalan dengan awak.. Boleh la saya lunch sama2 dengan awak..

Hari2 saya begitu seronok bila saya sentiasa melihat awak. Walaupun saya tidak sempat berkenalan dengan awak, tapi tetap saya rasa seronok.

Suatu hari, saya sedang buat kopi. Dan sekali lagi saya tak perasan awak berada di belakang saya. Tiba2..

Saya : Opsss awak! Saya tak sengaja!
Awak : Ha! Ya Allah. Apa yang awak buat ni. Habis kotor baju saya! Macam mana ni...
Saya : Takpe2, saya tolong lapkan..
Awak : Dah dah tak payah.. Awak buat kerja awak.. Saya..

Awak betul2 marahkan saya.. Saya takut, takut awak bencikan saya.. Saya minta maaf sebab saya tak sengaja. Saya tak perasan langsung awak berada betul2 di belakang saya.. Saya minta maaf..


Sejak dari kejadian tu, bila saya lalu sebelah awak, awak macam buat2 tak pandang saya. Saya tak tahu kenapa.. Saya tak berani nak tanya..

Setelah seminggu berlalu saya nekadkan diri saya untuk bercakap dengan awak.. Saya pergi ke meja awak dan..

Saya : Assalamualaikum.. Hye awak..
Awak : Waalaikumsalam.. Ohh, ha nak apa??
Saya : Awak, saya mintak maaf sebab kejadian haritu. Saya tak sengaja. Saya tak perasan awak ada dekat belakang saya..
Awak : Awak tahu tak baju saya tu saya terpaksa buang taw sebab kotor kopi awak tu masih lagi terlekat di baju saya...!
Saya : Hmm, saya tak tahu. Saya mintak maaf sangat..
Awak : Yela saya maafkan awak. Dah awak boleh sambung buat kerja awak. Saya ada banyak lagi kerja nak buat ni...
Saya : Okay, tapi saya harap awak dapat terima ni sebagai tanda saya nak mintak maaf dekat awak... Nah..
Awak : Apa ni?? Bunga??
Saya : Yes, bunga untuk awak tanda saya mintak maaf dekat awak..
Awak : Hmm, saya.. Terima kasih ye awak..

Awak senyum dekat saya. Masa tu saya rasa macam seronok, happy sangat! Saya tak tahu nak cakap macam mana, tapi saya suka senyuman awak..
Sejak dari itu, saya mula berkawan dengan awak. Kita sama2 lunch, sama2 dinner even meeting pun sama2. Yes, saya seronok sangat berkawan dengan awak..

Hari2 saya begitu seronok bila awak sentiasa ada dengan saya. Awak tempat saya mengadu masalah saya, tempat saya melepaskan geram saya dekat office dan semuanya!

Awak : Awak, awak ada impian tak??
Saya : Impian? Impian macam mana??
Awak : Impian la. Impian awak untuk future awak nanti..
Saya : Ohh hmm, saya tak tahu la awak. Tapi yang pasti saya cuma nak make sure saya akan bahagiakan orang yang saya sayang sampai bila2.
Awak : Aww that's really sweet awak.. So, awak dah ada ke orang yang awak sayang tu?? Heheh..
Saya : Hahaha, apa awak ni. Tak ada la. Kalau tak saya takkan nak nya selalu dengan awak kan. Saya tak tahu la. Saya ada suka dekat seseorang ni, cuma belum sampai masanya lagi untuk saya luahkan apa yang saya rasa..
Awak : Awak dah ada la ye? Hmm, beruntung kan orang tu dapat awak. Mesti dia happy je. Selesa. Yela, awak baik je kan. Tak pernah saya tengok awak marah2 tak tentu pasal.
Saya : Hahah awak ni. Puji saya lebih2 pulak. Mana ada la awak. Dah dah, kita tukar topik lain ye..


Suatu hari saya dikejutkan dengan berita yang amat amat menyedihkan saya.. Sampaikan saya tak tahu apa perasaan saya.. Saya hanya berdoa dan tidak henti berdoa kepada Allah.. Saya harap Allah dapat selamatkan awak..
Saya dapat tahu daripada kawan-kawan awak, awak telah dimasukkan ke hospital. Saya terus ke hospital untuk melihat keadaan awak. Saya takut sangat kehilangan awak sebenarnya..

Saya : Doktor macam mana keadaan dia..?
Doktor : Oh dia mengalami masalah mata. Sebab dia terkena terlalu kuat cahaya. Mata dia bermasalah sebenarnya. Dia tak boleh terlalu kena cahaya yang terang sangat.
Saya : Hmm, so, doktor rasa mata dia boleh diselamatkan??
Doktor : 80% tak..
Saya : Hmmm...

Terduduk saya masa tu mendengar apa yang doktor cakapkan.. Saya rasa hmm, macam.. Macam tak ada siapa lagi yang saya nak ketawakan, senyumkan..

Setelah seminggu..

Doktor : Nurse, tolong saya bukakan pelekatnya..
Awak : Hmm, doktor, mata saya sakit...
Doktor : Sabar.. Itu kesan sebab awak baru je lepas operation.. Awak buka perlahan-lahan ye mata awak..

Selepas beberapa minit...

Doktor : Macam mana awak rasa? Sakit lagi tak?
Awak : Emmphh, saya rasa elok sikit doktor..
Doktor : Alhamdulillah, awak kena lalui beberapa ujian. Lepas tu awak boleh keluar. Dalam masa tiga hari lagi la ye..

Selepas beberapa ujian...

Awak : Doktor, saya boleh keluar sekarang kan??
Doktor : Oh boleh boleh.. Tapi ni. ada surat daripada kawan awak. Dia dah lama bagi kat saya suruh saya berikan kat awak.
Awak : Oh yeke, terima kasih ye doktor. Saya pergi dulu. Terima kasih banyak2 doktor..
Doktor : Sama-sama..

Sampai di rumah. Pada malam tu, dia terus membaca surat yang diberi doktor tadi...


"Assalamualaikum awak. Saya ni.. Saya ingat lagi pertama kali saya melihat awak di cafe dekat Mall. Time tu saya tak perasan boleh terlanggar bahu awak. Saya betul2 rasa bersalah masa tu... Setelah sebulan selepas peristiwa tu, saya telah dipindahkan daripada tempat kerja saya, ke tempat kerja awak. Mulanya saya tak menyangka awak boleh kerja sama company dengan saya. Saya terkejut. Macam mana saya tahu awak? Well, disebabkan peristiwa tu la saya tak dapat lupakan awak.. Saya masih ingat lagi masa saya tak sengaja tumpahkan kopi dekat baju awak. Saya minta maaf sebab buat macam tu. Saya tak sengaja.. Saya tak perasan langsung awak ada kat belakang saya. Saya terkejut masa tu sebab ternampak awak. So saya pun tertumpahkan la kopi tu dekat baju 'mahal' awak. Heheh. Sebagai balasan, saya hadiahkan awak bunga kan. Bunga sebagai tanda saya minta maaf dekat awak. Selepas dari peristiwa tu, kita dah berkawan. Awak tahu setelah beberapa bulan berkawan dengan awak saya rasa lain sangat. Saya rasa selesa, seronok dan happy sangat.. Awak ingat lagi masa awak tanya kepada saya tentang impian saya apa? Ingat? Saya ada cakap dengan awak yang impian saya nak bahagiakan orang yang saya sayang. Awak, impian saya dah tercapai awak. Dah tercapai!! Saya bersyukur sangat sangat!! Awak pernah juga tanya saya siapa orang yang saya sukakan tu kan. Awak nak tahu ke? Baiklah saya akan bagitahu awak.. Sebenarnya awaklah orangnya. Awaklah orang yang saya nak bahagiakan selama ni. Saya terpaksa tulis surat sebab saya tak akan berjumpa dengan awak lagi. Malah saya harap awak tak mencari saya lagi. Saya rindu semuanya dengan awak. Saya rindu tengok awak senyum, ketawa awak, kelembutan awak, wajah awak, suara awak, nakal awak, makan dengan awak, jalan dengan awak, buat awak marah, bagi hadiah dekat awak dan segala2nya tentang awak. Awak, terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya. Saya bersyukur sangat dapat berkawan dengan awak. Saya berterima kasih sangat sangat. Awak, jaga mata awak elok2 ye. Saya dermakan mata saya dekat awak. Keadaan awak masa tu kritikal. Doktor cakap hanya 80% sahaja untuk awak buta, kecuali ada yang mendermakan. Jadi saya nekad untuk dermakan mata saya kepada awak. Kan saya ada impian saya. Saya nak tengok orang yang saya sayang bahagia. Dan sekarang saya tahu awak bahagia. Awak... Teruskanlah hidup awak ye. Saya sayang awak.. Saya cintakan awak.. Dan saya rindukan saat2 bersama awak.. Terima kasih awak atas semuanya..."



 "I do love you until forever. Bye. Take care."






















2 comments:

ezyra daniel said...

pernah baca cerita nie dlu

Syaza Syfa said...

@ezyra daniel yaa , saya rasa dah ramai yg pernah baca :)

Fully Designed By ME | Ask First If You Wanna COPY | Alright Deserved By SYAZA