We are all dreamers wanting to be completely out of touch with reality

Hadiah Untuk Boyfriend Girlfriend Korang

Assalamualaikum .




Before that , entry hanya sesuai untuk dibaca oleh orang yang sedang dilamun cinta or lebih tepat COUPLE . Bagi yang single tu , mohon jangan baca . Muahahaha hikhik sorry sorry . Gurau gurau , sesiapapun boleh baca . Baca jeeeeee . Comel kan kartun girl and boy tu kan ? Aku suka ayat kat dalam gambar tu je . Setuju sangat-sangat ! Hanya orang yang pernah rasa macam mana nikmat serta keperitan bercinta jarak jauh yang akan menyetujui ayat tu . Tapi tapi , jangan peluk peluk bagai . Tunggu dah sah nanti , korang nak peluk ke nak apa ke suka hati korang sebab semuanya hak korang . Eh eh , Syaza buat entry pasal cinta lahhhhhhhh . Jiwang siot . Hahahaha , hey mana ada , tak reti baca title ke ? Lol , bukanlah nak buat entry pasal cinta or something same with it . Harini kan hari Sabtu . Hari Sabtu ni kan adalah hari yang special untuk aku with my deeply love one ! Wanna know why ? Hehe , kejap lagi aku beritahu . Aku nak teruskan entry ni sampai ke titik yang terakhir . Cewahhhhh xD

So , korang pernah rasa buntu tak nak bagi hadiah or something dekat orang yang korang sayang ? I means , orang yang korang sayang kat sini , bukanlah ditujukan kepada parents or sahabat-sahabat korang . Orang yang korang sayang kat sini ditujukan untuk boyfriend or girlfriend korang k . Siapa yang sedang single tu , don't worry and sad , believe me , single are much better and fun from couple ! So , enjoy your single life ! Okay , back to the topic . Ah ya , pernah rasa buntu kan ? Sebelum hari lahir si dia or annivesary korang couple tiba , korang dah mula fikir nak buat apa ea ? Nak bagi hadiah apa ? Sweet tak kalau buat/bagi macam ni ? Agak-agak dia suka tak ? Macam mana kalau dia tak suka ? Argh buntu ! Ada yang buntu , tapi sempat lagi berangan nak bagi itulah inilah , last last apapun tak bagi . Cuma ajak keluar jalan-jalan je . Huh . Apalah korang ni . Jangan macam tu . Kecil hati pasangan korang nanti melainkan kalau dia tak kisah pun korang tak buat apa-apapun asalkan korang ingat and wish , itu yang penting bagi dia . Itupun kalau pasangan korang memang macam tu la kan , kalau sebaliknya hahahahaha aku taktau :P nasib badan la . Kena selalu buat or give something kat dia jugak even korang tengah pokai masa tu . Pity for you . Hmm , so lets start it ! 


FOR BOY
Kita mulakan dengan lelaki dulu . Before that , kau kena tahu apa yang gf kau suka dan apa gf kau tak suka k . Bagi yang dah lama couple tu tak jadi masalah pun sebab korang dah kenal si dia macam mana . Tapi , bagi yang baru lagi , korang still boleh tahu jugak mengenai gf korang . Korang tanya je kengkawan yang rapat sangat dengan gf korang . Perempuan ni kadang-kadang nak si pakwe ni sedar sendiri apa yang dia suka apa yang dia tak suka . Senang je korang nak tahu , korang just tengok kelakuan dia tak kiralah masa dia ada dengan kau or tak . Nak lagi gempak , seminggu or beberapa minggu sebelum hari special si dia or korang , korang buat macam takda apa-apa yang bakal berlaku pada hari tersebut . Selalunya si perempuan ni ingat hari-hari penting dalam hidup diorang . Selalunya la kan . And selalunya jugak , dia suka bagi hint nak tahu sama ada korang ingat ataupun tak . Then , lepastu kau nak sepakat dengan sesiapa buat suprise untuk gf kesayangan kau , suka hati kau la . Nak prank dia ke , nak apa ke , terserah kau lah yer . Aku cadangkan kau lamar dia jadi isteri kau . Amacam bro ? Berani ? *angkat kening* *evil laugh*

FOR GIRL
Okay girls , don't worry , you also could make a suprise or something special for your boy . Jangan fikir lelaki je boleh romantik and sweet . Perempuan pun boleh la ! Tapi caranya tak sama macam lelaki tadi . Disebabkan perempuan ni selalunya ingat hari-hari or tarikh-tarikh macam ni , korang teruskan dengan kepekaan korang tu . Tak payah buat-buat lupa melainkan korang sendiri yang lupa . Korang just buat blur je if bf korang tanya apa-apa pasal hari-hari special tu . Contoh , hari ni or esok tu hari annivesary korang and bf korang tanya korang nak buat apa masa hari tu ? Korang just jawab je , "NAK BUAT APA? BUAT CAM BIASA JELAH" . Korang jawab macam tu sampailah aura merajuk dia muncul . Muahahaha , masa tu kau nak gelak ke nak pujuk ke terserah korang . Tapi better kau biar dia merajuk dulu . Lepastu baru korang mulakan niat korang yang sebenarnya . Semua itu korang kena fikir jugak k . Ajak dia skype ke kan , then tujukan lagu untuk dia . Itupun kalau ada skype , kalau takda , I don't know what else to do . Ada faham ? Cara aku ni taklah gempak sangat en , but aku just kongsi apa yang aku rasa patut korang buat . Okay , lets check out the item that should you give for them !



TEDDY BEAR

Rasanya semua dah tahu kan yang kebanyakan perempuan sukakan benda-benda lembut termasuklah teddy bear ni haa . Perempuan kalau nampak teddy bear dekat mana-mana kedai pasti akan pegang teddy bear tu padahal tak beli pun . Mulut je kepoh kata , "Eee lembutnya teddy ni . Kan best if ada orang bagi" Haa nampak tak nampak takkkkkkkkkk ? Kau cubalah bagi teddy bear dekat gf kau . Beli yang seakan-akan dalam gambar tu pun okay jugak . Takpun beli je ada tulis kata-kata yang sweet bagi gf korang . Pastikan teddy tu lembut k . Perempuan suka belai teddy tu . Nak nak lagi kalau orang yang dia sayang bagi . Lagi la dia jaga . Kau nak beli yang besar badan kau lagi bagus . Hahaha , ikut kemampuan kau la . Actually , yang kecil or sederhana pun dah cukup , asalkan kau ikhlas . Hey boy , kalau perempuan nak bagi kau teddy , kau terima ke tak ? Nyenyenyenye :3





JAM TANGAN

Pernah nampak jam tangan tu kat mana-mana kedai jam ? Pernah nampak mana-mana orang ke hulur ke hilir dengan adanya jam tangan tu kat tangan diorang ? Pernah nampak ? Mestilah pernah kan . Entah-entah korang sendiri pun dah ada kan . Tipu sangat la kalau tak tahu pasal jam tangan yang kian popular dalam kalangan remaja sekarang . Okay , disini aku tak kata , kalau korang nak bagi hadiah jam tangan , korang kena ambil jam tangan jenama Ice Watch . Tak ! Korang boleh bagi jam tangan kat bf/gf korang mengikut kemampuan korang . Tak kisah la jenama apapun . Asalkan korang ada duit nak belikan jam tangan khas buat pasangan korang . Nak nak lagi budak sekolah yang tengah bercinta . Takkan nak bagi jam tangan yang mahal-mahal melainkan kau tu ANAK ORANG KAYA . Bukan kaya saja , tapi KAYA GILA . Tak perlu nak fikir panjang-panjang , kononnya bagi jam tangan tak sweet langsung . Kau fikir kau punya sweet je ke ?! Kalau bf/gf korang kata tak sweet , korang balas ler balik , "AKU BAGI NI DAH CUKUP BAGUS LAH WOI!" :D

PHONE CASE

Sekarang kan banyak phone case yang lawa , style , comel dan macam-macam bentuk serta warna ada kat pasaran . Korang pergi je mana-mana kedai yang berkaitan dengan handphone , korang mesti akan dapat lihat banyak oh banyak phone case yang dijual . Tak kiralah phone case untuk handphone apa sekalipun . Korang tengok gambar tu . Macam phone case couple kan ? Yup , it is . Korang try la beli yang seakan macam tu punya and hadiahkan untuk your special one . Aku tahu harga phone case ni bukannya murah tapi mahal . But , aku dah cakap , beli apapun mengikut kemampuan kau . Kalau dah tahu duit hang tengah ciput , tak payah menggedik nak beli juga phone case . Benda lain banyak lagi .

T-SHIRT

Simple but nice . T-shirt pun boleh dijadikan sebagai hadiah . Sekarang ni kan dah banyak dijual t-shirt bermacam-macam design dan style . Nak nak lagi lelaki . Pantang tengok t-shirt yang elok , yang nampak style , mulalah hati memberontak ingin membeli . Tahu sangat . So girls , sebelum korang nak bagi t-shirt ni , korang kena tahu dulu citarasa boyfriend kau terhadap t-shirt . Dia suka short or long sleeves ke , kain jenis macam mana , and whatever la . Corak baju tu pun penting jugak tau . Penting kalau boyfriend korang jenis jaga gaya diorang berpakaian . Okay boys , korang boleh bagi t-shirt kat girlfriend korang . But make sure , t-shirt tu labuh dan tak ketat . And kalau boleh berlengan panjang la . Itupun kalau ada . Kalau takda pun takpa , nanti korang suruh je gf korang pakai inner or hand socks . Barulah jadi bf yang baik . Yang tahu jaga gf dengan baik . Hati gf kau pun lega . Taknak bagi t-shirt pun takpa . Bagi je dress yang comel dekat dia . Confirm dia suka ! Asalkan menutup aurat .

CAP

Kebanyakan lelaki suka pakai cap kan ? Lelaki , kalau kau rasa kau tu penggemar cap , better dari sekarang kau mula tunjukkan yang kau tu betul-betul suka pakai cap . So that , your girlfriend will realize that you really love the caps . Manalah tahu kan tetiba je dia belikan cap untuk kau . Girls , kalau korang sedar korang punya boyfriend selalu pakai cap bila pergi ke mana-mana , haa tu tandanya dia sangat sukakan cap . Kemana je dia pergi , cap mesti ada sekali . Apa kata korang hadiahkan cap untuk dia ? Biar dia terkejut . Yelakan , sebelum ni mana pernah pun korang tanya dia minat apa melainkan korang tanya and dia mana pernah beritahu korang yang sangat sukakan cap melainkan dia ada beritahu . Korang just senyum je . Please make sure that the cap that you will give is suitable for him . Barulah dia tambah sayang kat you ollssssssssssssssss k . Lelaki kalau nak bagi cap kat perempuan pun boleh jugak . Tak kisah la awek kau bertudung or free hair .

SHAWL OR TUDUNG BAWAL

Girlfriend kau bertudung kan ? Ada dia tunjuk rambut dia depan kau ? Tak ? Bagus . Alhamdulillah . Ciri-ciri girlfriend yang baik . Kalau lelaki sukakan cap , perempuan pulak sangat sukakan shawl and tudung bawal . Alaa , shawl and tudung bawal ni ada yang tak mahal . Ada yang dijual dalam RM10 . Ikut kemampuan korang la kan . Girlfriend kau mesti suka punya sebab terserlah disitu yang kau betul-betul nak dia jaga mahkota dia tu . Kalau girlfriend kau free hair ? Hmm , tak salah pun kalau korang cuba hadiahkan untuk dia even korang tahu entah bila dia akan pakai . But its okay , itu dah menunjukkan kau nak dia tutup mahkota dia tu . Pedulikan je kalau dia tak suka sekalipun . Yang penting niat kau baik . And yeah , jangan membabi buta pilih shawl or tudung bawal . Kena pastikan jugak yang shawl or tudung bawal yang bakal kau belikan tu sesuai ke tak dengan si dia .


Novel-novel


Buku-buku agama


Pernah tak sesiapa bagi hadiah macam tu kat korang ? Kalau novel tu mungkin pernah , tapi kalau buku agama ? Hmm okay takpa . Novel-novel and buku-buku agama ni mungkin agak mahal harganya tapi apa salahnya kalau sekali-sekala hadiahkan semua tu dekat si dia . At least , bila kau bagi novel or buku agama , ilmu pengetahuan dia akan bertambah . Boleh jadikan diri dia matang sikit dalam kehidupan yang penuh pancaroba ni . Hehe , aku rasa dalam banyak-banyak hadiah yang aku cadangkan , hadiah yang macam ni lagi bagus . Lantaklah pasangan korang nak baca ke tak , asalkan kau dah cuba bantu dia jadi orang yang matang dan cukup ilmu pengetahuan untuk terus hidup kat dunia ni dengan selamat . Itu buktinya yang korang sayangkan dia . Kalau diorang tak faham , korang kena jugak buat dia faham . Ada faham ? Cuba lain daripada lain . Try give it to him or her .

CUPCAKE

Alahai , comelnya cupcake . Nampak macam sedap je . Tapi sayang nak makan sebab comel sangat . Dah la warna pink . Grrr hahaha . Tak perlu beli cake besar-besar yang penuh dengan hiasa tapi akhirnya membazir because no one to eat it . Takpun korang main-mainkan kek tu . Sangat tak patut . Membazir tu kan amalan syaitan . Bila dah beli kek yang besar , belilah dengan niat nak bagi orang makan . Bukannya niat nak calitkan kek tu kat muka orang . Nak mengelakkan pembaziran macam tu , better korang beli je cupcake banyak-banyak . Sorang satu dapat . Most importan your special one . Kau bagi je cupcake comel macam kat atas tu , confirm dia suka gilaaaaaaaa . Nak nak lagi kalau kau yang buat sendiri . Lagi dia suka and hargai and kalau boleh taknak makan langsung . Kau boleh je beli cupcake yang kosong , then kau hias sendiri mengikut citarasa kau takpun pasangan kau . Itu namanya sweet ! Buat macam dalam gambar tu ke kan . Hahahahaha untung boyfriend/girlfriend korang .

A SPECIAL CARD

Tak mampu nak beli semua tu ? Jangan risau , korang masih boleh bagi sesuatu dekat dia iaitu kad . Not a normal card but a special card . Apa susah kan . Dekat kedai dah berlambak jual macam-macam jenis card . Tunggu masa korang pilih dan beli je . Then , tulislah sesuatu kat dalam kad tu . Senang kan ? Tapi , nak nampak yang korang ni sweet , korang cubalah buat sendiri special card tu . Search je kat internet , macam mana nak buat kad tu bagi nampak special and lain daripada kad biasa . Ikut kreatif masing-masing . Aku pasti , si dia mesti terharu la dengan usaha korang buat kad tu hanya semata-mata untuk dia . 



So , bagus tak idea-idea aku ? Kalau rasa tak bagus lagi , takpelah setakat tu je yang aku mampu sharing dengan korang . Well , aku sedar aku masih budak sekolah . But I know , what a human want in their life . Apa-apapun , korang jangan lupa berdoa tau supaya hubungan korang tu terjaga daripada benda-benda buruk dan kekal sampai selamanya . Jangan ingat nak sweet je . Berusaha ajak dia ke arah kebaikan . Jangan fikir dengan keistimewaan yang ada dalam diri korang akan buat hubungan korang kekal . No . When Allah says no , its no forever . Jaga hubungan korang baik baik . Girls , when your boyfriend asks you to open and show your aurat in front of them , you better take a good decision to sever your relationship with him . Pedulikan sayang korang tu . Sorry to say , tak guna sayang lelaki macam tu . Kalau betul dia hormat korang sebagai seorang perempuan MUSLIMAH , dia takkan mintak benda pelik-pelik kat korang . Apa yang penting sebagai seorang perempuan , kita kena jaga maruah kita sebaik-baiknya . Jangan biar mudah tercalar akibat perbuatan kita sendiri . 

Aku tak cakap couple tu salah sebab aku sendiri pun tengah couple . Aku pun takkan kutuk orang yang tengah couple because I know I'm also same with you and them . Suka hati korang la nak couple ke tak , yang penting kena jaga segala kelakuan korang dengan elok . Bukan nak suruh kau berlagak sempurna depan si dia but at least jaga kelakuan . Boys , jangan rosakkan hubungan korang dengan meminta benda yang pelik dekat KAUM HAWA . Kau fikir tu ke cara menghormati perempuan ? Macam tu ke kau hormat ibu kau ? Maaf , aku terpaksa cakap sebab zaman sekarang ni macam-macam boleh berlaku . Aku pun bukan baik sangat . Aku pun buat dosa jugak sebab aku bukan maksum . Tapi , aku cuba jadi manusia yang lebih baik daripada dulu . Enjoy your life and keep loving him/her with all of your heart . Tapi tapi , jangan terlalu sayang/cinta sangat yer . Nanti menyesal pulak . Herher . Sayang dia kerana ALLAH . Kepada yang single , better fikir masak-masak dulu sebelum ambil keputusan nak couple . Okay , hope idea-idea aku sebentar tadi berguna untuk korang . May you always feel happy when with him/her . Bye couples and singles .


 instagram: syazasyfa



Actually , tarikh nari ni 23/2 , genap 2 bulan aku bersama dengan dia . Baru 2 bulan aku dah kecoh . Belum setahun  lagi . Hahahaha setahun ? Insya-Allah . This is for him . Happy 2 months , sayang ! Semoga hubungan kita kekal lebih lama lagi . Terima kasih sebab selalu ada untuk saya . I love you .


9 comments:

AQilah Ismail said...

mine was 23hb too! :D

Izzuddin Park said...

Thanks for the information.. Saya selalu bagi kad istimewa pada si dia :-)

faizul badri said...

Untuk jam tangan sebagai hadiah, saya cadangkan jam ke kanan, jam yg cute, unik dan islamik. Juga bagus untuk kesihatan....
http://www.muslimchoices.com/?p=jam_tawaf_tali_kulit&s

Syaza Syfa said...

@AQilah Ismail Oh really ? Thanks for informing me , Aqilah :D

Syaza Syfa said...

@Izzuddin Park Wahh sweetnya awak . Keep it up ! Perempuan ni suka je even kad pun asalkan datang dari jiwa yang ikhlas :)

Syaza Syfa said...

@faizul badri Oh ! Oh ! Thank you bang !

Nuratika Aziz said...

erm,akan dipertimbangkan !

Syaza Syfa said...

@Nuratika Aziz glad

kedai hadiah onlineku said...

saya ada byk pilihan hadiah for boys n girls. sesapa yang buntu tak tahu nak bagi hadiah apa tu... boleh datang visit saya ye :)

Fully Designed By ME | Ask First If You Wanna COPY | Alright Deserved By SYAZA