We are all dreamers wanting to be completely out of touch with reality

Reunion 6 Bestari SK Seri Indra 2009


Assalamualaikum .

Ada sesiapa kira dah berapa hari kita cuti ? Ada ? Kepada si rajin berkenaan , sila semakkan muka anda di bahagian comment di bawah sana yer . Hang hebat *clap hands* . Cuti korang macam mana ? Best tak ? Ada pergi mana-mana tak ? Untunglah bagi yang dah atau sedang atau akan pergi bercuti nanti . Yelakan , at least korang dah pergi bercuti walaupun sekejap . Bagi kami yang belum berkesempatan pergi bercuti kat mana-mana lagi , cangak saja kat rumah ni . Kalau boleh online , online jelah kerjanya . Takpun hang out dengan kawan-kawan waktu hujung minggu itupun kalau ibu ayah bagi en . Aku bukan nak bercerita pasal aktiviti aku sepanjang cuti . Kalau nak bercerita aktiviti aku sepanjang cuti , alamaknya jari-jemari aku yang panjang lagi comel ni menjadi kematu hanya kerana menaip pasal aktiviti aku . Korang pun mesti letih membaca . Well , mesti panjang punya aku cakap kat korang . Itupun kalau sudi nak baca , kalau tak sudi , entah-entah tajuk entry pun taknak baca dah . Amboi amboi amboi *gaya azwan ali* , kereknya hengko ni . Hang tak rasa pendahuluan entry takda kena mengena dengan tajuk ke ? Aku rasa................................... Ya ! *garu kepala berulang kali*

So today , aku nak cakap pasal reunion . Tahu reunion tu benda apa ? Tak tahu ? Alaa , reunion tu sejenis binatang yang sangat comel lagi famous mengalahkan Justin Bieber sekarang ni . Faham ? Alahai korang ni , reunion tu ialah perjumpaan semula bersama kawan-kawan atau sesiapa sahaja setelah korang berpisah sekian lamanya. Tak kisah la kawan-kawan sekolah rendah ke , sekolah menengah ke , masa universiti ke . Entah-entah kawan-kawan masa tadika pun dibuat reunion jugak . Tak berjumpa punya lama kan . Rindulah kononnya . Hahahahahahahaha *gelak sorang sorang* okay tak kelakar . Hari Khamis minggu lepas iaitu 22/11/2012 , kawan-kawan sekelas aku masa sekolah rendah dulu telah mengadakan reunion bertempat di MaiCafe bermula pada pukul 8 malam . 8 malam ? Okay , itu aku tak tahu sebab aku sampai sana pun pukul 8 lebih . Best lah jugak *statement tak ikhlas* . Taklah , reunion tu best sebab dapat berjumpa balik dengan cikgu-cikgu and kawan-kawan lama . Bersembang and bergelak ketawa macam dulu . Macam dulu ? Mungkin . Dah buat pun kat restoran , so tak buat apa-apa aktivit sangat . Makan and makan and makan sampai........ sampai......... tak habis pun . Masa reunion tu berlangsung sedikit demi sedikit kerisauan aku hilang . Lega wehh lega !!! Nak tahu kenapa ? Meh sini aku nak cerita *sambil usap kepala korang* 





Did you see the picture ? You see , right ? Okay . Before reunion yang sebetul-betulnya berlangsung , pada permulaanya itulah perancangannya . Tak berbincang dengan semua orang pun . Cuma aku , Meera , Nasr , Imtiyaz , Akram and Fareeh . Kenal diorang ? Tak kenal kan ? Diorang tu bukan retis . Tapi , tak jadi pun nak buat macam dah dibincang antara kami berenam . Then , kami berbincang dengan cikgu-cikgu pulak . Yang lain-lain tu , lantak depa . On that day , aku tak menghadirkan diri pun dalam perbincangan tu . Bila aku baca post Hasif dalam group 6Bestari 09 , terbongkang mata aku . Nak buat kat MaiCafe ? Pukul 8 malam ? Hari Khamis 22/11/2012 ? Yuran RM30 ? Tema glamourous ? Sekilas aku terpandang perkataan 'glamourous' tu , tergelak aku dibuatnya . Bila dah bertempat di MaiCafe , aku dah agak siapa yang bakal menjadi mangsa untuk membuat tempahan tempat dan makanan . Nak tahu siapa ? Haaaa , aku lahtu *lambai lambai tangan ala ala miss world* . Bukan aku sorang la , Imtiyaz boleh dikira jugak dalam bab tu . Tapi , aku yang kena confirm betul-betul . First time , aku kena handle semua ni . At the first , aku rasa macam tak kisah la sebab nampak macam senang ja nak tempah-menempah ni . Hmm :( sangkaan aku silap . Ya Allah , susah jugak rupanya . Pening hakuuuuuuuuu ! Lagi buat risau aku bertambah bila tak dapat nak pastikan berapa orang yang akan hadir pada malam tu . Grr , tension wehh . Acano aku nak tempah makanan kalau tak dapat nak pastikan semua tu ? 

Tempah tempat dan makanan ialah aku . Hadiah untuk cikgu-cikgu juga aku . Bab membeli hadiah tu , aku tak kisah sangat sebab aku boleh hang out even takda siapa temankan aku melainkan abang aku yang tersayang lagi tercinta ni . Mujur Eyra keluar jugak haritu . Thanks Eyra . Tutup bab hadiah . Sebelum malam reunion , aku agak geram jugak ahh dengan sesetengah daripada kami . Bukan setakat geram , terasa pun ada sikit . Boleh bayangkan tak , aku tengah pening plus risau pasal kehadiran dan jugak harga untuk makanan malam tu , ada sesetangah tu main-main pulak . Aku tahu la nak bergurau , tapi tak payah la nak melebih . *tarik nafas sedalam-dalamnya* Dan bila aku minta kutip RM50 , ohh tahu pula tak setuju . Membangkang je tahu . Tolong takmau . Okay enough . Bila semua dah sebulat suara nak kutip sorang RM35 , aku boleh buat apa lagi . Terpaksa ikut dan mengalah . Actually , masa aku tengah geram tu , aku dah rasa takmau pi reunion . But , bila fikir cikgu-cikgu yang beria-ria nak reunion ni dijalankan juga berserta hadiah untuk cikgu-cikgu dan juga kawan-kawan yang nak aku pergi *ada ke?* , aku menahan emosi aku masa tu and batalkan niat takmau pi . Perhatian perhatian , sesiapa yang ingin mengadakan apa-apa jamuan atau majlis di MaiCafe , sila kutip seorang RM50 ke atas jika bilangan korang 25 ke atas . 







Semasa reunion . Masa perjalanan aku ke sana , aku memang risau tak sangga . Takut pun hado . Aku terfikir macam mana kalau yang hadir masa malam tu tak sampai 25 macam yang aku tempah . Kalau tak cukup duit macam mana pulak ? Nak suruh cikgu tolong cover ? Ish , segan aku nak minta tolong daripada cikgu especially Cikgu Suzanna . Dah la , dia bagi RM100 kat aku suruh beli hadiah untuk cikgu-cikgu . Dah sampai sana , aku tengok orang lain dah sampai . Lagi bertambah risau aku . Nak nak lagi bila nak masuk pergi tempat duduk yang ditempah oleh kami . Salam semua cikgu then terus ambik tempat duduk . Bila dah pastikan semua orang dah sampai , majlis bermula dengan ucapan pengerusi majlis iaitu Fatihah . Kemudian , Imtiyaz memberi sepatah dua kata diikuti Cikgu Shapri dan akhir sekali giliran Talhah pula membacakan doa . Time to eat !!! Nak bagitau korang nih apa yang aku pesan untuk malam tu . Nasi goreng tomyam , fish and chip , jus apple with ice-cream . Kami banyak bersembang daripada menjamah makanan . Aku masih ingat kata-kata Nasr , "Aku bau tomyam la. Nasi apa ni?" And tanpa sesaat aku tak gelak pun just rasa lucu dengan pertanyaan dia tu . Ahai , dah nama pun nasi goreng tomyam , mestilah bau tomyam . Aku tabik gila dengan cikgu Shapri bila cikgu dapat menghabiskan sepinggan nasi goreng tomyam dan fish and chip . Tengok orang laa . Aku tengok nasi goreng Nasr , Syaza dengan Izzah sikit pun tak terluak . Kena tapau dah makanan tu . At least , nasi goreng tu ada juga yang memakannya daripada fish and chip tu . 















Hengko orang tau tak ada lebih ? Grr , geram aku tengok makanan yang lebih tu . Eeee , macam nak sedekahkan makanan yang lebih tu kat customer yang sedang menjamu selera kat situ . Macam aku cakap tadi , tapau bawak balik je semua makanan tu . Masa Imtiyaz cakap nanti bila nak buat reunion lagi , aku kena pergi dengan dia untuk confirm betul-betul . Kenapa aku pulak ? And my answer , "Pergi dengan hang? Better kita date terus. Hahahaha." Hang nampak tu betapa gatalnya ayat tu . I'm just kidding . Lepas makan , time to give the present to the teachers first . Hope cikgu-cikgu suka la  dengan hadiah yang dibeli oleh aku . Selesai bagi hadiah dekat cikgu , giliran pertukaran hadiah antara kami semua . Time tu semua orang especially gegirl excited gila bapak ! Well , tak sabar nak tahu bakal mendapat hadiah daripada siapa . Aku dapat hadiah Izzah and hadiah aku diserahkan kepada Syaza . Oh my twin ! Setelah masing-masing sudah mendapat habuan , semua orang diminta untuk bergambar . Yang ni paling aku suka . Tab aku sudah bersedia untuk mengambil gambar setiap orang . Huahuahua *gelak jahat la kononnya* . Budak-budak lelaki diminta mengambil tempat bersama cikgu-cikgu kerana muka diorang yang bakal dicapture dulu . And when its turn for the girl , aku tak tahu apa yang Talhah , Firdaus and Azri buat kat camera tab aku sampai locked . Tangan siapalah yang ni sangat . Huh . Okay okay okay , tak kesah . 







Dah puas bergambar and beberapa orang cikgu ja dah balik , now masa untuk membayar . Penyakit gelisah aku mai dah . Nak bayar ja pun , tapi yang ikut pergi membayar 4-5 orang . Nak tengok berapa harga ke tengok abang-abang MaiCafe yang comel lagi handsome tu ? Aku ni dah expert sangat hal-hal macam tu . Okay , kat kaunter . Masa abang tu tengah kira-kira , aku berdoa sangat jangan lebih daripada jangkaan aku . Duit yang ada kat kami entah cukup entah tidak nak bayar semua tu . Tersentak aku masa tengok harga semuanya kat mesin duit tu . Gulp . Memang tak cukup nak guna duit yang dah dikutip tu . Aku dah agak . Nasib baik cikgu Suzanna tolong tambahkan duit dia . Memang aku lega sangat . Terima kasih cikgu . Terima kasih sangat-sangat . Lepastu semua orang boleh balik . Chaww dulu bebeh . Lepas reunion tu , aku boleh rasa kelegaan yang teramat sangat dalam hati aku . Phew~ renuion malam tu berjalan seperti biasa tanpa sebarang kecacatan walaupun terdapat banyak makanan lebih . Seronok dan aku betul-betul enjoy masa malam tu . Memang lah seronok kan dapat jumpa cikgu-cikgu and kawan-kawan dulu balik . 

Itu reunion kami yang pertama . Korang nak percaya ke tidak itu lantak korang lah . Lepas kami semua habis menduduki SPM , insya-Allah , reunion kali yang kedua bakal menyusul . So , di sini aku nak ucapkan ribuan terima kasih untuk cikgu-cikgu dan kawan-kawan yang hadir pada malam tu . Walaupun tak ramai , reunion tu tetap berjalan dengan jayanya . Kepada yang tidak dapat hadir tu , takpa lah wehh , nak buat macam mana en , ada benda yang menghalang . Terima kasih sangat-sangat !!! Aku taktau nak kata apa lagi . Hampa semua dapat menghadirkan diri dan memeriahkan event tu pun dah cukup untuk aku . At least , aku tak rasa sia-sia buat tempahan semua tu hanya untuk reunion kita . Satu je aku minta , lepasni semua orang tolong berikan kerjasama . Jangan serah semuanya kepada orang tertentu ja . Biar kita rasa penat dan seronok sama-sama . Well , past is past , right ? Insya-Allah , kalau masih dipanjangkan umur , kita semua pasti berjumpa semula nanti . Anyway , tergelak aku bila tengok hadiah Izzah . Haha simple but cute . Thanks everyone ! May Allah bless all of you and also you who is read it now .

Ehem ehem , abang MaiCafe tu asyik call aku kenapa ? Ada sesiapa tertinggal ice-cream dia ? Tak payah pi tuntut , aku dah suruh abang tu buang ja :)


No comments:

Fully Designed By ME | Ask First If You Wanna COPY | Alright Deserved By SYAZA