We are all dreamers wanting to be completely out of touch with reality

Cerpen : We Together Always ( Merepek Je )

Assalamualaikum earthling . So how today ? Everything good ? *bajet speaking english* Okay , takda nak story apa-apa sebab harini aku just nak share ngan korang cerita yang aku buat lama mana dah tapi belum sempat di-publish lagi . Cerita ni aku buat masa aku bosan . Ohh yeah ohh yeahh *excited nak bagi korang baca* Tajuk cerita ni pun aku main letak je . So enjoy reading *bagi popcorn* Woii puasa lah ! Haha tak kelakar .





“Awak, Barbie doll ni comel macam kite kan?” :>
“A’ah, comel macam awak. Kite suka.”
“Hehe”
“Awak, tengok power rangers ni. Dia kuat macam kite kan?”
“Emm! Kuat ahh macam awak.”
“Haha”

Comel je diorang kan. 6 tahun sudah berlalu. Kini, genap 8 tahun mereka berkawan. Shila dan Shakir sudah berkawan dari Shila berumur 5 tahun manakala Shakir berumur 6 tahun. Hubungan mereka rapat sehingga sekarang. Dalam jangka masa panjang 8 tahun itu, segala suka dan duka dikongsi bersama. Kira diorang ni best friends forever laa. Shila membesar dengan rupa yang comel macam budak manakala Shakir semakin membesar semakin bertambah kehensemannya. Semasa sekolah rendah, mereka belajar di sekolah yang sama. Bila naik sekolah menengah, mereka tidak belajar di sekolah yang sama sebab Shila belajar dekat sekolah yang semua pelajarnya perempuan sahaja. Bukan sekolah agama k. Bak kata Shakir,

“Kau pergi la belajar kat situ. At least, belajar kat situ kau dapat keamanan. Satu ekor lelaki takde kat situ. Aku pun tak payah nak risau sangat pasal kau. Aku takkan lupakan kau lahh. Lagipun, kau bukannya stay hostel. Ulang-alik kot weyh!”

Haa, punya lembut nak pujuk si Shila tu masuk sekolah perempuan. Shila degil sangat. Nak jugak masuk sekolah sekali dengan Shakir. Konon, bff mana boleh berpisah. Haha, sekali kena lekuk dengan abang dia. Nak tak nak dia kena masuk jugak. Alhamdulillah, bila dah lama dia dah okay dengan keadaan sekolah tu. Sekarang, dah jadi budak PMR pun. Satu hari, Shila dengan Shakir tengah lepak dekat taman.

“Kau study dah belum? Bukan tadi aku suruh bawak buku sekali ke?”
“Ish, kau ni. Eee, sama ahh dengan ibu aku. Jangan lahh tambah stress aku.” :(
“Apa? Apa? Yang nak PMR tu kau! So, beringat lahh sama cik adik oii! Rilek je kerja kau.”
“PMR je pun. Not SPM k! Btw, yang suruh aku datang sini tu sape haah? Bukan kau?”
“Senang kau cakap. PMR je pun. Alaa, kalau dok dekat rumah, bukannya kau study. Kau study muka buku dengan laman burung biru tu je.”
“Haihh, saya punya suka laa. Janji saya study maa. Manyak bising oohh.” :P
“Saya cuma tolong ingatkan awak wahai cik Nur Shila Aina anak Johari oiii!” *sambil tarik telinga Shila (dia pakai tudung)*
“Weyh, tak nak ahh. Nanti telinga capang macam budak yang namanya dimulakan dengan Muhammad kemudian Aliff kemudian Syakir berbinkan Mustafa.”
“Hotakmu! Takde la teruk sangat telinga capang aku ni. Janji hensem. Dari kau, muka dah elok cuma ada ‘titik-titik merah with hitam’ tu mencacatkan keadaan. Harhar.”
“Kwaja kau Syakir! Emm, sikit mana peduli apa kau cakap. Dasar mulut ayam!”
“Peace yaw. HAHAHA!” :D

Shakir selalu lawak kasar dekat Shila. Bagi Shakir, Shila senang dilawak kasar. Shila jenis yang tak simpan dalam hati dengan kutukan orang walaupun Shila terasa dengan kutukan tu. Tapi, bukan selalu lahh Syakir buat lawak kasar dekat Shila. Kekadang je kalau dia terasa nak. Shila gadis kasar yang ada lembut dan manjanya. Bagi Shila, biar apapun orang kutuk pasal dia. Dia akan terasa, tapi nak berbekas tu hanya hati dia saja yang tahu. Yang penting, life must go on. Pernah satu hari, ada seorang perempuan, budak sekolah Syakir. Namanya Erin. Si Erin ni pergi kutuk Shila depan-depan dia. Waktu tu Shila tengah tunggu Syakir dekat ruang tempat menunggu di sekolah Syakir.

“Weyh, kau Shila kan?”
“Emm, yea aku Shila. Kita pernah kenal ke?” *dalam hati: teww, budak hot tegur aku*
“Kenal? Ehh, sebelum ni maybe aku just kenal kau melalui nama facebook saja. And bukan tu saja, nama kau selalu si Syakir sebut depan kengkawan dia termasuk aku.”
“Aaa, dah tu? Mende kau cuba nak cakap? Kenapa dengan Syakir?”
“Ish, lembab ahh kau! Nak kata sekolah bodoh, bukannya belajar dekat sekolah bodoh pun! Hey perempuan, aku nak kau tak perlu nak tunggu si Syakir macam ni dah. Ingat ni sekolah kau ke apa?!”
“Chopp! Kau nak apa sebenarnya? Kau tegur aku just nak kata benda ni ja ka?”
“Dengar sini. Kau cuba sedar diri kau tu sikit. Kau ada apa sangat if nak dibandingkan aku. Nak kata comel. Comel puihh! Jerawat sana sini dengan bintik hitam laa. Harap muka putih ja. Tu pun nampak macam nak koko sikit. Aku ni lagi perfect dari kau! Erin, sape tak kenal aku. Sebut nama aku, mesti diorang akan cakap pasal kecantikan aku. Kau tengok muka aku ni haa. Ada rupa macam kau tak? Takde kan? So, kau ni langsung tak layak nak kawan dengan Syakir yang HOT macam aku. Konon baik sangat. Update status mesti ada nasihatnya. Tapi, perangai kau pun macam apa tahh. Kalau boleh, semua lelaki kau nak diorang kenal kau. Eee, kau tu pelik tahu! Syakir milik aku okay. Diminta berambus lahh perempuan!” *sambil tolak bahu Shila*

Lepas dah kena kutukan yang ‘baik’ punya dari Erin, terus Shila lari keluar dari kawasan sekolah Syakir. Shila menangis di belakang pondok bas yang berdekatan dengan sekolah Syakir. Shila cukup terasa dengan apa yang Erin telah kutuk dia. Apakah diri Shila teruk sangat sampai Erin sanggup malukan Shila depan kengkawan Erin? Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu ini. Kuatkanlah imanku Ya Allah. Sedang Shila menangis, tetiba terasa satu sentuhan yang menarik tangannya supaya bangun berdiri. Shila beralih ke belakang. Syakir!

“Ikut aku kejap.”
“Pergi mana? Nak masuk kawasan sekolah kau balik ke? Ish, taknak aku!” :’\
“Jangan banyak bunyi boleh tak? Ikut je laa!” *tarik tangan Shila*

Shila hanya tergamam dengan perbuatan Syakir. Shila tidak tahu apa yang bakal dilakukan oleh Syakir. Dah la Shila malu nak masuk balik ke kawasan sekolah Syakir lepas apa yang Erin buat dekat Shila. Ish, Syakir ni nak buat apa pulak ni. Kenapa Syakir bawa aku pergi dekat si Erin tu? Detik hati Shila. Shila terasa lemah untuk melangkah. Shila memperlahankan langkahnya. Syakir yang perasan akan perubahan Shila segera menarik Shila ke sisi Syakir. Shila terpaksa sembunyi di belakang Syakir. Drama akan bermula.

“Erin!!”
“Ehh Syakir!” :D
“Kau ingat dengan muka manis kau tu boleh buat aku cair? Kau ingat kau cantik, hot, menarik, kau boleh sesuka hati nak kutuk orang yang tak senasib dengan kau? Kau ingat kau tu bagus sangat ke?!”
“Apa ni Syakir? Kenapa tetiba nak marah aku nihh? Ohh ohh, aku tau aku tau. Ni mesti sebab kawan baik kau tu kan? Shila right?”
“Yea! Kau fikir dengan muka kau yang cantik tu semua orang akan automatic sukakan kau? Kau fikir dengan hot kau tu semua orang akan respect kau? Heyy, aku bukan orang yang kau anggapkan tu la! Shila ni kawan aku. Kawan baik aku dunia akhirat. So, apa ja yang kau atau orang lain kutuk pasal dia memang aku angin arr weyy! Jangan ingat dengan apa yang ada pada kau sekarang aku akan sukakan kau. Definitely not k! Memang Shila tak secantik kau, tapi perangai Shila seribu kali cantik dari kau! Sedarkan diri kau dulu sebelum kau nak sedarkan diri orang lain.”

Shila memang happy habis bila Syakir back up dia. Shila pun sebenarnya memang tak sangka gila. Sejak kejadian tu, Erin jarang bertegur sapa dengan Syakir. Syakir pun malas nak layan Erin. Biarpun Syakir selalu lawak kasar dekat Shila, tapi Syakir tidak akan sekali membiarkan kawan baiknya itu dikutuk orang walaupun kawan sekelas sendiri. Hmm, bertuah badan dapat kawan macam Syakir kan? Terasa diri dilindungi, dihargai dan disayangi. Hehe. Okay. Lagi seminggu, Shila bakal menduduki PMR. Gila tak nervous. Shila busy dengan ulang kajinya. Yang bestnya, Syakir selalu teman Shila ulang kaji. Syakir pro Math. So, apa yang Shila tak faham, dia yang tolong ajarkan. Seminggu berlalu. Beberapa paper exam sudah dijawab. Kini, hanya tinggal 2 paper saja. Maknanya, the last day for PMR. Pagi sebelum Shila pergi ke sekolah,

“Ibu, ayah. Doakan Shila taw. Bagi Shila tenang nak jawab paper exam nanti. Last paper nihh!” *salam tangan ibu ayah*
“Ye Shila. Insya-Allah, mesti ibu dengan ayah akan doakan yang terbaik untuk Shila. Shila jawab elok-elok. Jangan nervous sangat. Relax k.” *usap bahu Shila*
“Terima kasih ibu ayah! Ehh Syakir!! Kau pun sama taw! Doakan aku yang terbaik punyaa. Hari ni last paper. Balik ni kita lepak sampai malam.” :D
“Of course lahh. Insya-Allah. Kalau aku teringat. Haha, gurau je. Apa-apa pun, kau buat yang terbaik untuk hari last exam ni. Cool weyy. Last exam je. K, balik ni ikut suka hati kau nak buat apa. Yang penting, berusaha dan bertawakal jawab paper!”
“Ish kau ni. Haha, aku yakin boleh. Aku kena buat yang terbaik. Thanks bagi aku semangat. Sayang kau! Hehe.”

Dah last paper sudah dijawab. Balik sekolah terus Shila ajak Syakir keluar. Syakir ikut saja apa yang Shila nak. Orang tengah rasa kemerdekaan la katakan. Begitu rapatnya Shila dengan Syakir. Sampaikan budak-budak sekolah Shila fikir yang Syakir ni pakwe dia. Haha, Shila gelak ja bila orang cakap dekat dia macam tu. Bukan Shila je, Syakir pun terkena jugak. Bagi yang belum kenal Syakir dengan rapat, mesti diorang kata Syakir dengan Shila ni couple. Padahal kawan baik sehidup semati je pun! Lagi tinggi darjat dari pakwe/awek. Sejak merdeka, Shila sering hilang bila pulang dari sekolah. Ibu dengan ayahnya dah tahu ke mana anak dara mereka seorang tu. Tak lain tak bukan mesti keluar dengan Syakir. Kadang-kadang, ibu dan ayah Shila pelik akan Shila. Asyik berkepit dengan Syakir je. Bukannya Shila tak ada kawan perempuan. Nasib Shila tak berperwatakan seperti lelaki. Bila ditanya soalan macam tu, mesti Shila akan jawab

“Alaa, Shila dengan Syakir dah kawan dari kecik lagi. Kawan baik sejiran sehidup semati sedunia seakhirat mana boleh renggang. Takda orang lain selain Syakir tu haa. Dengan my best schoolmate, Farah. Sayang 2 orang gila tu je. Hmm.” :)

Masa keputusan PMR sudah diumumkan, orang pertama yang tahu keputusan Shila mesti lahh ibu ayah Shila. Kemudian Farah dan Syakir. Punya seronok dapat keputusan yang baik walaupun bukan straight A. Ibu ayah Shila turut gembira dengan keputusan Shila. Yang lagi membuatkan Shila gembira, Farah pun dapat result yang sama dengannya. Haha, kawan baik dunia akhirat lahh katakan. Alhamdulillah, 7A 1B. ‘B’ tu ialah Math. Memang Shila dah agak result Math dia takkan dapat A. Shila sendiri tak sangka dia dapat keputusan yang begitu memuaskan. Bila diberitahu Syakir, Syakir pun turut gembira dengan keputusan Shila. Melalui panggilan telefon.

“Weyh!! Aku bangga gila dengan kau. Kau dapat kalahkan aku punya result! Esok aku belanja kau karok dengan makan. Duit shopping guna duit kau. Haha!”
“Well. Haha, terima kasih terima kasih!! Okay! Cantikk kau punya idea!”
“Ish, aku rasa nak pi jaja keputusan kau dekat kawan-kawan aku ja. Mulut dah gatal gila nihh!”
“Woii! Agak-agak ahh. Bukannya aku straight A pun. 7A 1B je kot!”
“Ada aku kesah? Hahaha!”

Tahun demi tahun berlalu. Pelbagai kisah suka dan duka dikongsi bersama. Kini, Shila mahupun Syakir masing-masing sudah besar panjang. Sudah mampu berdikari. Selepas mendapat result SPM, Syakir meminta tawaran dari salah satu universiti yang ada di ibu kota. Begitu juga dengan Shila. Syakir dan Shila belajar di universiti yang sama. Orang yang paling gembira mestilah Shila. Tambahan pulak, Farah pun ikut Shila sebab Shila yang ajak. Eleh, Farah nak sebab ada Syakir. Farah kan tengah suka kat Syakir. Sejak dari sekolah menengah lagi. Hanya Shila saja yang tahu. Apa-apapun, Shila tetap gembira belajar di universiti yang sama dengan Syakir walaupun berlainan semester.

Di universiti, semua pelajar di situ cukup masak dengan keakraban Syakir, Shila dan Farah kecuali pelajar yang baru daftar masuk. Al maklum lah kan, Syakir ni famous kot dekat u. Kiranya, Shila dengan Farah pun terkena tempias kepopularan Syakir. Haha, bertuah badan. Apa nak hairan, dari sekolah menengah lagi Syakir dah famous. Ke mana saja dia pergi mesti akan ada orang mengenalinya. Kadang-kadang Shila rimas jugak dengan keadaan macam tu apatah lagi Syakir. Lagi lah dia rimas. Dah macam artis pulak. Bila Syakir merungut pasal benda tu, mesti Shila akan gelak sebab tak tahan dengar rungutan Syakir. Kata Shila, orang bila dah famous memang benda tu kena hadap selalu. Dan jangan lembik dan selfish dah ahh. Ambik kau! Haha.


-------- THE END ---------


Syaza , mana lagi ? Amboi cerita tergantung nampak . Okay readers yang tersayang *buat muka comel* , sampai tu je . Aku dah taktau nak sambung macam mana lagi . Kebuntuan idea . Amboi korang ingat senang ke aku nak karang cerita macam tu *flip tudung* . Nak abadikan dalam karangan masa PMR nanti pun tak sempat awhh . For your information , aku buat cerita tu sebelum aku tidur . That means , masa orang lain sedang enak dibuai mimpi . Ewahh ewahh , time tu aku suka jadi burung hantu sambil menunggu mana lah tau kan ada orang yang sudi nak mesej aku tengah-tengah malam tu . Apa kau gelak ? Ingat takde ke orang yang mesej aku masa tu ? Ada okay . Aku je yang suka layankan budak-budak tu even aku tengah mengantuk tahap kuasa 24 volt . Ehh ehh betul ke tu ? Haha k taktau . Ohh ohh lupa lak . Acano cerita aku ? Best dak ? Best takkkkkkkkk ?? Kemain 'k' aku tu . Taktau nak merepek apa dah . So kbye sayang :)

Actually , aku curi-curi online je nihh . Trial tak habis lagi lahh . Peace yawz ^_^v
Fully Designed By ME | Ask First If You Wanna COPY | Alright Deserved By SYAZA