We are all dreamers wanting to be completely out of touch with reality

Hidayah : Nikmat Iman Daripada Allah S.W.T :')

Assalamualaikum dan selamat petang :)


Rasanya belum terlambat lagi aku nak ucap SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT BERBUKA PUASA . Diharap dalam bulan Ramadan ini , korang yang beragama Islam membuat amalan yang berfaedah ataupun menambah pahala . Kalau kat Facebook tu , kurangkanlah update status yang melalaikan orang lain . Bukan nak bajet alim , tapi sesekali tu cuba korang update status yang berunsur ilmiah . Samalah dekat Twitter . Kalau dah kering idea sangat , korang pergi google sendiri lah pasal Islam . Simple what . Aku pun bukannya baik , alim , ataupun mulia sangat . Aku pun manusia yang tak lari daripada membuat dosa . Aku manusia yang mengharap hidayah daripada Allah datang kepada aku . Sesuatu yang aku berharap sangat . Cakap pasal hidayah . Korang tahu betapa indahnya kita jika kita mendapat hidayah yang sebetul-betulnya daripada Allah S.W.T . Aku tak berapa nak pandai sangat cakap pasal hidayah Allah . Ini pun aku just copy daripada blog seorang kakak ni . I'm really adore her . Her blog was inspire me . 




Pernahkah hidayah Allah menyapa hatimu wahai teman? Mesti pernah kan? Walau pun hanya sekali. Ada sahabat pernah cakap padaku, " Hidayah ni mungkin hanya akan datang sekali je dalam hidup kita. Jadi bila kita rasa hidayah tu hadir, peluklah erat-erat dan genggam lah kemas-kemas. Jangan biarkan ia terlepas pergi. Andainya terlepas, mungkin hidayah itu takkan datang lagi."

Alangkah ruginya jika kita tak ambil peluang yang Allah bagi kepada diri kita. Allah dah bagi peluang untuk kita berubah untuk jadi manusia yang lebih baik, tapi kita buat tak peduli. Rugi sangat-sangat.
Hidayah itu umpama satu papan tanda. Ia akan menunjukkan kita ke arah destinasi yang kita tuju. Apabila kita mengikuti papan tanda yang pertama, kita akan jumpa papan tanda yang seterusnya. Tapi pastikan kita mengikut papan tanda yang betul. Barulah  sampai ke  destinasi yang kita tuju. Tapi sekiranya kita berpaling daripada papan tanda yang pertama itu dan mengikut papan tanda yang lain, kita akan semakin menjauh dari destinasi yang dituju. Dan akhirnya kita akan tersesat.

Allah ada berfirman dalam Al-Quran:
"Dan Allah akan menambahi hidayah bagi orang-orang yang menurut jalan hidayah."  (Surah Maryam 19:76)
Tengok tu, Allah akan menambahkan hidayah sekiranya dia menurut jalan-jalan yang betul. Dan demikianlah orang yang menerima hidayah Allah ni.

Sebenarnya, kadang-kadang kita sedar Allah bagi hidayah kat kita. Allah nak kita tinggalkan benda yang salah yang sedang kita lakukan sekarang. Tapi, kita sangat sayang nak tinggalkan benda yang sedang kita buat. Ye lah. Benda mungkar ni memang seronok nak buat. Lebih-lebih lagi bila dah jadi tabiat. Dosa ni boleh lah dianggapkan sebagai kurap. Semakin kita garu, semakin seronok pula rasa. Kalau tak dirawat, bila dah tinggal parut memang sukar nak dihilangkan. 



Haa, sebab tu lah bila dah buat dosa. Akan rasa nak buat lagi dan nak buat lagi. Sebabnya dah sebati dalam jiwa. Apa yang Allah suruh buat, tak pulak kita buat.
Allah suruh solat. Kita cakap, alah dah tua-tua nanti aku solat la.
Allah suruh tutup aurat. Kita cakap, nanti aku dah tak vogue kalau pakai tudung ni.
Allah cakap jaga pandangan mata. Kita cakap, eye contact kan penting, buat apa tunduk-tunduk ni?
Allah cakap couple tu haram. Kita cakap, mana ada, tengok ramai je couple tu haa.
Macam-macam lagi yang Allah suruh kita buat dan tinggalkan. Tapi pasti ada sahaja alasan yang kita berikan. Benda yang haram pasti akan kita cuba sedaya upaya nak halalkan. Sedangkan dalam Al-Quran sudah terang-terang cakap tak boleh.
Jangan teman, jangan jadikan syaitan sebagai raja dalam hatimu. Jangan jadikan dia sebagai kawan.

Allah ada berfirman dalam Al-Quran:
" Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuhmu, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala."  (Surah Fatir 35:6)
Begitu juga nafsu. Didiklah nafsumu. Didiklah ia agar bekerja untukmu bukannya dirimu yang bekerja untuknya. 
Sungguh, hidayah itu milik Allah. Hanya Dia yang berhak menganugerahkan hidayah itu kepada orang-orang yang Dia nak. Tak semua orang bertuah. Kalau tak, mesti semua orang kat dunia ni jadi baik sangat. Dan tiadalah sengketa dan permusuhan kat dunia ni. Jadi jangan bersedih bila kita dah pernah berusaha untuk ajak kawan-kawan atau keluarga kita berubah ke arah lebih baik tapi mereka tak nak ikut.

Sebab Allah dah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud: 
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk."  (Al-Qasas :56)
Walaupun Rasulullah SAW pun tak mampu bagi hidayah kepada orang yang baginda sayangi. Ini menunjukkan hidayah itu hak mutlak Allah. Cuma tugas kita ialah berusaha menyampaikan hidayah yang terkandung dalam Al-Quran. Sama ada mereka terima atau tidak, semua itu kerja Allah.

Jadi tersangatlah beruntung orang yang hatinya pernah disapa hidayah Allah. Gunakanlah peluang yang Allah berikan kepada kita dengan sebaik-baiknya. Dan hidupmu bakal berubah. "Better than before". Insya Allah.
Hidayah ni tidak akan datang bergolek. Hidayah Allah ibarat kunci yang hadir daripadaNya. Kunci kepada sebuah pintu kebaikan. Pintu tersebut hanya akan terbuka apabila orang tersebut berusaha untuk membukanya. Sekiranya tidak, maka pintu tersebut akan tertutup selama-lamanya walaupun kunci itu pernah berada di tangan kita.

Dan Allah ada berpesan dalam Al-Quran: 

" Dan Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (syurga), dan memberikan petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus (Islam)." (Surah Yunus 10: 25)
Agaknya sudah berapa kali kita dipilih untuk diberikan hidayah tapi entah sudah berapa kali kita menolaknya. Dan agaknya berapa kali lagi kita akan dipilih dan terus menolaknya? Itupun sekiranya Allah masih memberikan kita peluang untuk merasai nikmat hidayah-Nya. Bagaimana sekiranya hidayah itu tidak pernah kunjung tiba lagi?

Andainya ini hidayah terakhir.. T_T
Thabbit Qalbi Ya Rabb.

Mari beramal dengan doa ni. 
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi." (Surah Ali 'Imran 3: 8)


Sudah habis baca ? So , hebat tak hidayah Allah tu ? Aku hanya berkongsi sedikit sahaja dengan korang . Inipun aku sekadar copy daripada blog Laluna . Hope entry kali ni dapat memberi sedikit pengetahuan kepada korang . Sebelum berakhir , aku harap si dia baca ini :


Ya Allah jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu... 
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu... 
Ya Rabbana jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.. 
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu... 
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.. 
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,jangan,jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu... 
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu
Amin Amin Ya Robbal'alamin....


Itu sahaja untuk petang ini . Assalamualaikum dan bye bye sayang :) 

No comments:

Fully Designed By ME | Ask First If You Wanna COPY | Alright Deserved By SYAZA