We are all dreamers wanting to be completely out of touch with reality

5 Cara Nak Buat Korang Lupakan Orang Yg Korang Sayang


Assalamualaikum ..
Kalau korang tengok tajuk entri post di atas maybe korang akan ingat yg aku ny macam org yg baru lepas putus cinta kod #yea kod , huhu . Takpun aku skunk tengah angau tapi nak lupakan seseorang tu . Tapi semua tu tak betul kerana aku tak pernah nak lupakan siapa2 pun #werk ! takley blah . Aku just nak kongsi ngan korang , tips nak lupakan org yg kita sayang . Actually , aku copy jew tips2 ny #aduyai , teruknya ! ..

1) If korang baru break takpun yg sewaktu dengannya , sememangnya korang akan sedih. Itu adalah normal. Yg jadi tak normalnya bila korang buat2 tak sedih kononnya nak tunjuk korang kuat yang korang boleh lupakan seseorang tu dengan mudah #aku pun , sama camtu gak . Walaupun ada yg kuat tapi tak ramai yg kuat untuk lupakan seseorang yg dicintai itu. Kalau korang sedih untuk lupakan seseorang yg dicintai tu keluarkan lar dengan sepenuh hati. Takpun menangislah sepuas hati korang lama kelamaan korang akan berasa lega sikit selepas beberapa hari. Bila korang sudah biasa bersedih lama kelamaan korang akan membiarkan dia pergi dan sudah boleh melupakan dia.
Tips: Susah nak menangis? Tengok la cerita2 sedih takpun dengar lagu2 cinta ke..hehe


2) Kadang2 bila korang selalu duduk sorang2 korang akan selalu terbayang-bayangkan seseorang yg korang suka itu #itu merupakan perangai aku , hehe . So ,  makin susahlah untuk lupakan seseorang itu. Habis tu apa nak buat ek?. Senang je pergi cari kawan dan jangan biarkan korang duduk keseorangan. Bila bersama kawan ni banyak benda yg korang boleh buat seperti borak2 , main apa2 , pergi jalan2 . Percayalah bila korang bersama dengan kawan2 , korang akan selalu gembira dan lama kelamaan korang akan dapat melupakan seseorang itu.
Tips: Carilah kawan yg boleh buat korang happy..macam aku ni ..haha perasan..

3) Sentiasa sibukkan diri korang dengan apa2 aktiviti. Bila diri korang selalu sibuk , maka fikiran korang pun akan menjadi sibuk gak. Korang buat lar sesuatu aktiviti yg korang suka lakukan dan sentiasa sibukkan diri dengannya. Apabila fikiran korang sedang sibuk , maka secara automatiknya korang tak mempunyai masa untuk berfikir tentang ‘seseorang’ yg korang cuba lupakan dia!. Otak tengah buzy jadi korang takda masa nak fikir tentang seseorang itu.
Tips: Sibukkan diri korang ngan aktiviti yg banyak mendapat pahala seperti sembahyang, baca al-Quran, berzikir dan banyak lagi.

4) Korang kena elakkan atau jangan terus untuk berhubung dengan ‘seseorang’ yg korang nak lupakan tu. Kalau korang masih dok terhegeh-hegeh hubungi dia lagi sampai bila2 pun korang takkan dapat lupakan dia. Kalau boleh jangan ada faktor apa pun lagi yg boleh menyebabkan korang berhubung dengan dia seperti ym, facebook dan lain lagi. Bukan nak suruh putuskan hubungan silaturrahim tapi sekadar supaya korang dapat lupakan seseorang itu apabila tidak berhubung dengannya lagi. #kalau yg ny , aku tak berapa nak setuju ..
Tips: Berhubunglah dengan orang lain supaya korang boleh alihkan perhatian korang. Takpun berhubung je dengan aku kat facebook dan ym aku senang..hehe :)

5) Terimalah realiti yg korang perlu lupakan ‘seseorang’ dengan hati yg terbuka dan nekad. Berhentilah dari segala macam perkara seperti berharap, berangan, bermimpi atau yg seumpamanya #dushh , kena tepat kat aku . Realitinya yg korang mesti lupakan dia walau apa sekalipun. Jangan ada lagi didalam fikiran korang contohnya suatu hari nanti ke.. semua akan berubah kew..dia masih mahu kod..atau apa2 jew lar. Korang kena kuat untuk menghadapi realiti ni.

Tips: Ingatlah yg hidup ini adalah realiti dan bukan fantasi yea..

Sebagai kesimpulannya melupakan seseorang yg kita suka amatlah sukar kerana ianya memerlukan semangat yg kuat untuk melakukannya. Ada banyak lagi cara untuk kita boleh lupakan seseorang itu yg aku bagi kat atas tu hanyalah sebahagiannya ja . Kalau masih tak boleh nak lupakan juga seseorang itu , korang ingatlah kepada Allah selalu dan juga ibu bapa kita sendiri. Ingatlah hidup mesti diteruskan dan bukan untuk diratapi ..


Fully Designed By ME | Ask First If You Wanna COPY | Alright Deserved By SYAZA